Total Pageviews

Bersih 2.0 - Kupasan dari kacamata saya

Esok, di ramalkan 300,000 orang dari seluruh pelusuk negara di jangka berkumpul dipelbagai tempat sebagai menyahut kempen BERSIH 2.0. Sehingga ke saat ini saya dapat membaca begitu banyak tulisan di dinding - dinding Facebook mengenai kesulitan di jalanraya hasil dari sekatan jalanraya di pelbagai laluan. Selain itu, ramai juga yang memperlekhkan kempen BERSIH 2.0 ini dengan menyeru kepada perlunya bersyukur dengan KEAMANAN dan KESEJAHTERAAN yang di miliki negara sekarang.


Berikut adalah salah satu catatan dinding kenalan saya mengenai isu ini

"Pelik!12 thn SPR kendali PRU n ratusan PRK.Apa yg BERSiH nak bersihkan?PAS 22 thn di Kelantan,2008: 5 state PR menang.Kalau BN control SPR-kasi tukar itu undi n kasi BN menang semua state la!Korang pem'Bersih'ni jd alat politik pembangkang utk tutup isu liwat di court,isu video klip Pak Sheikh.Be n Adult la!X puas hati-ajak BERUNDING.Jgn nak seronok jer,fighter konon!Rasional la."

Khabarnya pula sudah ada Batalion Askar Melayu mula di kerah untuk membantu menangani kempen ini.

Baiklah - saya akan menulis pandangan saya dalam keadaan nuetral - tidak berpihak kepada mana - mana dan lebih menjurus kepada aspek psikologi dan sosio politik.

Who gets what, when and how  - Ini adalah satu konsep pemahaman mudah terhadap politik. Kebenaran, ketulusan, keikhlasan serta perjuangan merupakan nilai - nilai yang disalutkan dalam proses politik dengan satu tujuan - MEMPENGARUHI PENGUNDI. Natijah kepada kejayaan mempengaruhi pengundi ini ialah - WHO GETS WHAT, WHEN & HOW.

Persoalan awal - mengapa kempen Bersih ini wujud? Maka, kepada mereka yang komited dengan kempen ini akan memberikan hujahan mengenai senario politik kita yang teruk, ketelusan dalam pilihanraya yang amat jijik dan pelbagai lagi. Kepada yang menentangnya pula, akan memberikan hujahan balas dengan pelbagai dakwaan dan rasional. Siapa yang betul? 

Dalam buku tulisan Ken Chee, seorang rakyat Singapura yang bertajuk Brand Mastery, Ken Chee menyebut  - "Alasan adalah satu perkara yang sentiasa betul! Betul kepada si pemberi alasan itu"

Apa juga alasan, sama ada mengapa harus di adakan kempen Bersih ini atau alasan menghalangnya, ia bertujuan memenuhi keperluan pihak yang memberikan alasan itu.

Mari kita kupas aspek psikologi dan sosio politiknya.

Mengapa PDRM di kerah sebegitu sekali dalam melakukan sekatan jalanraya? Bermula dari 30 Jun 2011, sekatan jalanraya secara besar - besaran di adakan. Takdirnya saya ketika itu berada di Utara semenanjung. Bayangkan dalam satu batang jalan yang sama, saya perlu menghadapi 2 sekatan dalam jarak kurang dari 1 kilometer! Apa tujuannya? Malah, di satu sekatan itu, saya hanya mampu ketawa melihat betapa tidak bijaknya pemilihan lokasi sekatan jalan ini. Pernah menonton filem arahan Hishamuddin Rais - Dari Jemapoh ke Manchestee? Dalam satu babak ada satu sekatan jalanraya yang mana beberapa meter sebelum sekatan itu ada cabang jalan yang pemandu boleh gunakan untuk mengelakan dan dengan tenang melepasi sekatan itu cabang tadi bercantum semula di belakang sekatan itu. 

Bayangkan jumlah anggota yang dikerah..begitu ramai sehinggakan saya mula terfikir, siapa pula yang perlu melaksanakan tugas hakiki PDRM? Tiada tangkapan dibuat cuma pemakai pakaian berwarna kuning menghadapi risiko ditahan. Maka, apakah tujuan sekatan ini? Saya melihatnya sebagai satu langkah memberi tekanan kepada penganjur kempen Bersih 2.0. Sekatan yang cukup banyak tanpa mengira waktu puncak kesesakan umpama satu serangan psikologi kepada pengguna jalanraya dan penganjur Bersih. Ia memberi gambaran yang kempen ini bakal hanya menyusahkan orang ramai, maka rasa benci kepada kempen ini cuba disuburkan.

Terdapat juga pandangan yang mana salah seorang pegawai atasan PDRM sedang berusaha meraih gelaran Tan Sri. Maka dengan menunjukkan inisiatif hebat sebegini barangkali mampu membantunya meraih pingat itu dalam masa terdekat. Bersambung...

No comments: