Total Pageviews

To teach is to learn twice!

To teach is to learn twice - kata - kata ini di sebut oleh Joseph Jourbet; seorang filasuf dan penulis dari Peranchis dalam karyanya Pensees pada 1842. Saya sangat bersetuju dengan pernyataan ini kerana ia sangat berkaitan dengan kerjaya saya. Tetapi, realitinya ialah, anda tidak perlu menjadi seorang yang diiktiraf sebagai guru atau cikgu atau Trainer atau jurulatih untuk memulakan langkah ini. Secara jelas, gelaran yang saya nyatakan tadi adalah hasil dari usaha mengajar yang dilakukan terlebih dahulu sebelum di iktiraf atau di angkat sebagai guru, cikgu dan sebagainya.

Joseph Joubert

Kata - kata seperti "Aku bukannya nak mengajar kau" bagi saya adalah ssesuatu yang harus di elakkan selalu oleh kita. Mengajar atau berkongsi ilmu ini adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Malah, atas dasar perkongsian ilmu inilah yang mendorong Islam menjadi besar dan menguatkan penganut. Ketika itu memiliki ilmu bukanlah sesuatu yang eksklusif sifatnya. Kepada yang ingin belajar, mereka akan merantau mencari guru - guru di zaman itu. Hari ini, keadaan berlaku sebaliknya. Ilmu menjadi eksklusif, bersifat komoditi dan menjadi garisan pemisah darjat yang cukup nyata. Lihat sahaja dialog filem Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah yang diungkapkan oleh Usop Wilcha - "Itulah pentingnya English Education"


Setelah hampir 12 tahun berada dalam industri ini, saya merasakan perkara yang menjadi tajuk entri kali ini benar - benar berlaku. Iaitu, setiap kali saya menyampaikan sesuatu, saya rasa semakin banyak yang saya sendiri pelajari dari apa yang saya sendiri sampaikan. Proses ini mengukuhkan pemahaman saya, melancarkan tatacara saya menyusun kata dan menajamkan lagi hujah saya.

Kemahiran mengajar ini bagi saya dimiliki oleh semua manusia. Secara alami, seorang ibu bisa sahaja menagajar anaknya melakukan sesuatu tanpa si ibu menguasai kemahiran mengajar. Hasilnya, semakin kerap si ibu cuba mengajar anaknya, semakin cekap pula si ibu mengendalikan apa yang di ajari dan mudah di ulangi oleh si anak. Proses belajar menerusi contoh ini adalah kaedah pembelajaran yang paling berkesan nampaknya.


Bagaimana pula dengan perkara yang lebih besar, belajar di sekolah atau di tempat kerja? Kepada anda yang masih bersekolah, sudah terbukti kaedah belajar dalam kumpulan (Group Study) amat berkesan bukan? Kenapa? Kerana apabila anda perlu membentangkan sesuatu topik kepada ahli kumpulan belajar anda, anda sebenarnya bertindak seperti seseorang yang sedang mengajar. Natijahnya, anda lebih memahami topik itu berbanding orang lain. Bukankah itu membuktikan pernyataan di atas benar?

Di tempat kerja, anda sebagai kakitangan senior dikehendaki mengajar kakitangan baru tatacara melaksanakan sesuatu tugasan. Apa yang berlaku? Anda cuba bersedia untuk mengajar orang itu dan setiap kali anda mengajarnya anda lebih yakin dan faham dengan apa yang anda sampaikan bukan?

Ini bermaksud - budaya berkongsi ilmu ini tidak akan membuatkan anda rugi. Malah anada akan semakin kaya dengan ilmu. Jangan takut, atau bimbang dengan persepsi sesiapa apabila anda menyampaikan ilmu kepada sesiapa. Semakin anda cuba bersedia menyampaikan ilmu, anda akan semakin faham tentang perkara itu. Malah, ia mampu menerbitkan rasa seronok untuk belajar.

Oleh yang demikian, kita perlu berazam untuk membuang ayat - ayat begini dari kamus hidup kita:
"Aku tak reti la nak ajar - ajar orang ni?"
"Tak kuasa la aku nak ajar orang, takut salah ajar"
"Aku nak ajar camna? Aku pun tak cukup ilmu"

Mulakan langkah pertama anda hari ini - berusahalah mendalami sesuatu ilmu itu dengan Iqra - Membaca. Carilah ruang untuk membaca. Sekiranya terlalu sibuk, dengarlah podcast, youtube atau siaran radio yang bermanfaat untuk menajamkan fikiran. Saya suka mencadangkan kepada pembaca sekalian untuk mendengar BFM - 89.9 di sekitar Lembah Kelang atau cari saja laman sesasawangnya. Anda boleh mendengar secara dalam talian atau memuat turun podcast tajuk - tajuk perbincangan yang bermanfaat dan mudah difahami.

Ingin mendalami kaedah penyampaian ilmu? Email saya di mohsenamdan@gmail.com

No comments: