Total Pageviews

Bolarotan.com - satu pencapaian luar dugaan

Ketika saya menyertai seminar Irfankhairi - Rahsia Internet beberapa tahun lalu atas cadangan sahabat baik saya; Shahrul Faizal, saya memiliki keazaman untuk mengetengahkan sukan sepaktakraw melalui media baru ini. Di dalam sesi itu, Irfan bertanyakan mengenai idea peserta seramai 40 orang ini tentang apa yang ingin dilakukan dalam perniagaan online ini. Maka pelbagai reaksi dari peserta - dari insurans sehingga kedai makan. Tetapi mata peserta program mula menoleh kearah saya apabila saya menyebut Sepak Takraw.

Saya dan Shahrul di Singgah Selalu Danga Bay baru - baru ini

Ketika itu, www.sepaktakraw.com menjadi sasaran saya. Namun domain itu telah pun dimiliki oleh entah siapa. Maka saya mula berfikir dan mencari apa yang sesuai. Setelah lebih 6 bulan selepas saya ke program Irfan Khairi itu, terhasil Bolarotan.blogspot.com. Saya tidak membeli domain ketika itu kerana saya sendiri tidak pasti sejauh mana kemampuan blog sukan yang bersifat niche ini.

Hasil idea teman saya - Fairus yang melonjankkan nama Bolarotan.com

Ada yang menyokong, ada yang kagum, ada yang pelik, ada yang sinis malah ada juga yang mempertikai. Itu adalah sebahagian asam garam yang saya lalui semasa membangunkan laman itu. Soalan yang paling kerap saya terima ialah - "Siapa yang sponsor blog tu?" "Mana kau dapat duit nak bangunkan blog tu?" "Kau dapat apa?"

Saya percaya kepada beberapa prinsip. Pertama - Kesempitan adalah asas kreativiti. Kedua - Minat dan kesungguhan mendahului, duit akan datang kemudian. Setelah hampir setahun lebih, dari blogspot kepada .com Bolarotan kini mencecah hampir 55000 bacaan. Ya, bukan 55000 orang yang membaca tetapi bacaan. Dengan purata 100 pembaca unik setiap hari dari pelbagai negara, Bolarotan.com kini menjadi rujukan utama mengenai perkembangan sukan sepaktakraw di Malaysia ini.

Adakah saya mendapat keuntungan? Dari segi nilaian wang ringgit, saya menerima wang masuk dan ia masih belum menjadikan saya kaya raya. Kerana bukan kaya raya yang saya cari. Keuntungan jaringan persahabatan, idea dan pengetahuan adalah keuntungan paling besar yang dapat saya raih setakat setakat ini. Terlibat dalam kejohanan besar sebagai pengendali data tajaan KFC - Utusan adalah pencapaian terbesar setakat ini. Bermain sepakraga di Hotel Hilton Kuala Lumpur untuk majlis berbuka puasa adalah pencapaian yang sangat pelik tetapi membanggakan.



Ketika di Johor baru - baru ini, T-Shirt bolarotan.com mendapat sambutan. Menariknya ialah pada malam kejohanan beberapa pembeli datang menonton sambil menyarung T-Shirt Bolarotan.com... kembang hidung saya di buatnya.

Peminat sepaktakraw Johor menyarung T-Shirt Bolarotan sewaktu menonton

Walaubagaimanapun, perjalanan masih terlalu jauh. Banyak lagi yang perlu diusahakan. Banyak bantuan dan sokongan dari semua pihak diperlukan. Kritikan membina juga amat ditagih.

Apa yang paling mengharukan saya ialah, ramai yang menghubungi saya sama ada menerusi telefon, email, ruang bual atau sembang kedai kopi meminta Bolarotan.com menjadi pemangkin sukan ini . Malah mereka mendorong kepada satu revolusi besar dalam sukan tradisi ini. 

Persoalannya - mampukah sebuah laman kecil ini memberi kesan mendalam pada negara?

6 comments:

Huzaifah said...

Kawe sokong demo Sen. Demo mesti boleh.Satu2 nya sahabat yang betul2 serius dalam menonjolkan sukan sepaktakraw ni.Bolarotan.com adalah satu platform yang baik untuk dikembangkan.

adie said...

Insya-Allah sen... asal sj ko istiqomah. isi yg ko utrkn dlm blog ni smmgnya mnrk

Mohsen Amdan said...

Huzaifah - Keinginan menyumbang kepada pembangunan sukan ini perlu diperluaskan lagi. Dalam kem askar banyak bakat kan?
Adie - moga terus bagi sokongan

TEKONG DARAT said...

laman kecik laa yg akan menjadi besar...yang penting hati mesti selalu mau besar...samangat mesti berkobar...lingkupkAN saja PSm...tubuhkan saja yg baru...

raja ady said...

trimakasih kerana mewujudkan bolarotan...satu platform menjadi bahan rujukan utk peminat,pemain dan penggiat sepaktakraw malaysia...

Mohsen Amdan said...

Terimakasih atas sokongan