Sejak semalam..video viral yang berlegar di media sosial mengenai seorang wanita mengamuk dengan pengunci steering kereta akibat dari pelanggaran kecil di antara 2 buah kereta. Malas saya mahu titipkan video itu di sini kerana saya tidak mahu memperbesarkan lagi perkara itu. Malah troll yang dasyat sedang berlegar kereta ini meski ia kelihatan lucu, tapi ia adalah sebahagian dari kenyataan yang kita perlu telan hari ini - iaitu, ramai saja yang sangat rajin berusaha melakukan suntingan itu dan ini bagi menarik minat pembaca dunia maya dan langsung menjadi troll panjang,
Entah apa nasib wanita itu kini, saya pasti dia dan keluarganya pasti sangat terkesan. Namun itulah hukum dunia, buat baik di balas baik ...buat jahat anda akan kena troll.
Saya lebih suka mengupas mengenai apa yang berlaku dari sudut psikologi tingkahlaku utama dalam video itu iaitu mengenai MARAH.
Tiada manusia yang akan secara tiba - tiba jadi MARAH. Anda tidak akan mungkin tiba - tiba bangun dari tidur dan terus MARAH tanpa sebab dan sekiranya ia berlaku, pastinya anda mengalami masalah mental.
Marah juga memiliki prosesnya..perhatikan foto di bawah;
Marah akan bermula apabila seseorang sakit hati. Sebab itu, banyak status di Facebook ketika musim pilihanraya, musim bola dan sebagainya digunakan dengan menulis status sinikal, menyindir atau mengutuk. Ia bertujuan membuatkan pembaca yang ditujukan status itu sakit hati. Kenapa perlu membuatkan orang itu sakit hati? Kerana ia akan mengundang respon yang setimpal. Komunikasi adalah perkara yang perlu dipuaskan, maka selagi pihak yang satu lagi tidak respon, orang yang ingin membuatkan pihak satu lagi sakit hati akan terus berusaha menulis sesuatu yang pada hatinya bakal mengundang rasa sakit hati pembacanya.
Maka, apa yang kita boleh perhatikan dalam bentuk tingkahlaku ialah, sesuatu pertengkaran atau pergaduhan itu perlu memiliki elemen menyakitkan hati terlebih dahulu. Aksi wanita dalam video itu menggunakan pengunci steering untuk memukul kereta lelaki berkenaan, meninggikan suara, menggugut dengan menyebut status kereta baru; ini semua adalah tingkahlaku cuba menimbulkan rasa sakit hati. Kenapa? Kerana dia sendiri sudah sakit hati keretanya di langgar dan dia turut mahu lelaki itu merasai apa yang dia rasa..iaitu sakit hati. Jadi , apa yang membuatkan wanita itu sakit hati pada awalnya sehingga dia bertindak demikian?
Ada banyak teori yang anda boleh kemukakan...antaranya
1. Dia sudah kelewatan untuk ke suatu lokasi dan dia mungkin sedang di marah kerana kelewatannya itu
2. Dia mungkin memandu kereta yang bukan miliknya dan dia bimbang untuk dipertanggungjawabkan.
3. Keadaan yang kurang selesa dialaminya - sakit / kepanasan / mental tidak stabil atas pelbagai masalah peribadi
Dan pelbagai teori lagi yang anda sendiri boleh kemukakan.
Apabila wanita itu sakit hati, apa yang berlaku dalam proses seterusnya ialah dai jadi MERADANG. MERADANG adalah keadaan di mana nada suara menjadi tinggi dan menjerit - jerit. Pergerakan mundar mandir yang kerap dan hayunan tangan melebihi paras dagu untuk mengukuhkan mesejnya. Fasa ini sekiranya tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan proses ini memasuki fasa seterusnya iaitu BERANG. Maka apa yang anda saksikan tingkahlaku memukul kereta itu dengan pengunci steering itu sebenarnya bukan dalam fasa MERADANG tetapi BERANG.
Degupan jantung pantas mengakibatkan darah dipam ke seluruh anggota badan dengan kuat. Ini menghasilkan tenaga dan seperti hukum fizik yang anda pelajari - Tenaga tidak boleh hilang begitu saja tetapi ia akan bertukar bentuk. Dari degupan pantas ke aliran darah laju, tenaga perlu dilepaskan maka tangan adalah anggota paling mudah bergerak dalam keadaan ini. Hayunan pengunci steering itu adalah fasa BERANG maka proses MARAH itu menjadi lengkap.
Oleh itu, sekiranya anda merasai HATI DISAKITI - uruskanlah segera agar tidak memasuki fasa seterusnya. Apabila tidak terkawal dan anda menjadi BERANG..segalanya akan terlambat dan bersedialah untuk dimalukan secara TROLL!
1 comment:
Jika Tuan MA melihat senario sekarang, Kiki Steering Lock diangkat sebagai seorang selebriti dan dibantu dari segi guaman dan khabarnya hanya didenda sahaja di atas kesalahannya itu.
Walaupun saya rasa ia berpatutan kerana Kiki mungkin bukan seorang pembuli di jalan raya. Namun kita tidak boleh menjadikan ia satu "precedent" kepada keganasan dan mengambil hukum rimba sewenang-wenangnya.
Apa yang penting seperti kata Tuan MA, pencegahan itu lebih baik daripada mengubat. Saya nampak khalayak masyarakat kita ini semakin lama semakin sakit dan perlu diubati. I hope we can join the forces untuk berdakwah dan membantu membangun semula masyarakat melalui MAC. oooppss... :P
Post a Comment