Banjir yang bagai bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain bukan saja memberi kesan kepada mangsa malah kepada sukarelawan dan penderma.
Ramai sukarelawan yang berkongsi rasa di mana mangsa di pusat pemindahan biasanya akan lebih 'mewah' makanannya berbanding sukarelawan sendiri. Malah pengalaman saya sendiri ketika ke Mentakab telah menemukan saya dengan anggota Bomba dan Penyelamat yang mengadu tiada bekalan makanan. Pada mulanya mereka menyangka bekalan yang saya bawa adalah untuk balai bomba mereka walhal ianya untuk pusat pemindahan banjir. Saya dapat lihat wajah kecewa mereka dan bila mendengar rintihan mereka, barulah kita tahu betapa mereka sanggup berikan makanan mereka kepada mangsa sehingga mereka sendiri tiada bekalan.
Bukan mereka berkira bab makan cuma seringkali orang lupa yang sukarelawan juga berada di lokasi dan mereka juga perlukan bekalan.
Penderma juga lekas kehabisan dana kerana lokasi banjir yang berpindah randah.
Selesai bantu satu kawasan naik pula satu kawasan lain. Uncang Bantuan Banjir MBR juga kini berbaki kurang dari RM1000 setelah 3 kali menghantar bantuan dalam masa kurang 10 hari.
Kalau banjir ini berlanjutan saya kira dana bantuan juga berdepan risiko kemerosotan.
Maka perancangan pengembelengan bantuan perlu diselaraskan agar sumber dapat dioptimumkan.
Saya percaya ramai lagi di luar sana yang ingin membantu tetapi kekurangan maklumat. Anda boleh menghubungi saya terus di talian 013-3389214 untuk sebarang misi bantuan terutamanya di Pahang
No comments:
Post a Comment