Pada hemat saya...
Ahli politik sewajarnya seperti kasut.
Kasut perlu praktikal.
Kasut perlu mempunyai tujuan spesifik dan ciri spesifik.
Kasut sepatutnya melindungi kaki, dan membawa kita ke lokasi yang sepatutnya dia sesuai digunakan.
Kasut perlu praktikal.
Kasut perlu mempunyai tujuan spesifik dan ciri spesifik.
Kasut sepatutnya melindungi kaki, dan membawa kita ke lokasi yang sepatutnya dia sesuai digunakan.
Bila beli kasut yang mahal, kesudahannya kita yang sibuk jaga kasut walhal kasutlah yang sepatutnya melindungi kita.
Bukan semua orang tahu berapa harga kasut kita.
Ramai saja yang tak peduli kasut jenis apa kita pakai.
Kita yang rasa seronok sendiri dengan kasut yang kita beli
Ramai saja yang tak peduli kasut jenis apa kita pakai.
Kita yang rasa seronok sendiri dengan kasut yang kita beli
.
Bila kasut mahal, ia jadi memeningkan apabila ia mula rosak. Nak
dibuang sayang, nak baiki rasa tak berbaloi. Sudahnya hanya simpan
menyemakkan mata.
Selipar jepun dan terompah meski tidaklah
cantik dan mahal, tetapi berdaya tahan. Meski tak sesuai dibawa ke
majlis rasmi tetapi kebanyakan masa, ia sangat membantu.
Lagi pun, bukan sepanjang masa kita di majlis rasmi.
Jika terpijak duri, kasutlah yang harus merasainya dulu..
Jika terpijak najis, kasut jugalah yang menekannya dulu..
Apabila pemimpin politik seperti kasut yang praktikal, kita tak rasa susah melepaskan jawatan.
Kita tak rasa gusar menukar ganti.
Kita tidak pening menguruskan dia kerana sepatutnya, dia menguruskan kita.
Kita tak rasa gusar menukar ganti.
Kita tidak pening menguruskan dia kerana sepatutnya, dia menguruskan kita.
Semahal mana pun kasut, ia tetap di bawah..bukan di kepala
No comments:
Post a Comment