Adakah
pemimpin wujud kerana dilahirkan dari keluarga pemimpin atau pemimpin boleh
dibentuk? Ini sering saja mengundang perdebatan. Saya mempunyai pandangan sebegini...
Banyak bentuk kepimpinan boleh dikaji melalui aktiviti sukan
Kepimpinan
adalah satu set kemahiran - ia bukanlah DNA yang diwarisi seperti ciri
keturunan. Kepimpinan boleh dibangunkan menerusi pelbagai kaedah. Terdapat
banyak perbezaan daam ciri kepimpinan di antara seorang pemimpin dengan
pemimpin yang lain.
Pemimpin wujud tanpa mengira dari
mana sumbernya.
Pemimpin hadir dalam pelbagai
situasi dan konteks.
Tidak semestinya dari keluarga
berdarah pemimpin atau pun bukan semestinya pemimpin perlu dibentuk dengan
acuan tertentu.
Pemimpin yang
dilihat datang dari keturunan pemimpin boleh dibahagikan kepada 2 bentuk.
1. Jawatan keturunan – mewarisi jawatan dari ahli keluarga contohnya sebagai Raja, Sultan, Ketua Masyarakat, Pemilikan syarikat , pemegang saham dan sebagainya
2. Dibangunkan potensinya sejak muda – Ibu bapanya sering membawa anaknya melihat proses berkaitan kepimpinan, ditugaskan dengan peranan kepimpinan sejak kecil , dicalonkan sejak kecil dan segala usaha pembangunan potensi diberikan kepadanya
1. Jawatan keturunan – mewarisi jawatan dari ahli keluarga contohnya sebagai Raja, Sultan, Ketua Masyarakat, Pemilikan syarikat , pemegang saham dan sebagainya
2. Dibangunkan potensinya sejak muda – Ibu bapanya sering membawa anaknya melihat proses berkaitan kepimpinan, ditugaskan dengan peranan kepimpinan sejak kecil , dicalonkan sejak kecil dan segala usaha pembangunan potensi diberikan kepadanya
Pemimpin juga boleh dibentuk. Calon
– calon ini dilihat berpotensi apabila mereka mempunyai beberapa ciri berikut:
a. Kebolehan
berkomunikasi yang baik
b. Keyakinan
diri yang tinggi
c. Kemampuan
membuat keputusan
d. Boleh
mendengar pendapat orang lain
e. Memiliki
pandangan yang jauh dan jelas
Pemimpin boleh dibentuk dalam
pelbagai keadaan. Antaranya ialah:
1. Jawatan dalam pekerjaan. Pemimpin dipilih
berdasarkan tahap kelayakan yang ditetapkan oleh organisasi. Setelah tapisan
dibuat, pemimpin diberikan ruang dan peluang untuk dimajukan potensinya. Pemimpin
sebegini dinaikkan ke jawatan lebih tinggi bukan kerana kemampuannya memimpin
tetapi kerana keberkesanan dalam perlaksanaan tugasan yang terdahulu.
Contohnya, seorang pekerja dinaikkan pangkat sebagai Penyelia kerana
keberkesanan kerja yang ditunjukkan semasa dia di jawatan kerani. Maka dia
diangkat bukanlah kerana dia hebat sebagai penyelia tetapi sebaliknya hebat
sebagai kerani.
2. Peranan dalam pasukan – Pemimpin di dalam
sesebuah pasukan mempunyai lapisan yang banyak. Setiap peringkat memerlukan
pemimpinnya yang tersendiri. Pemimpin memainkan spesifik bagi mencapai objektif
yang ditetapkan. Sebagai contoh, pemimpin pasukan sukan, biasanya dilantik
berdasarkan ciri kebolehan beraksi dengan baik dan dilantik sebagai ketua dan
seterusnya diberikan ruang untuk bereksperimen dengan tugasan itu. Maka
terhasillah ketua pasukan yang hebat atau sebaliknya bergantung kepada sejauh
mana dia diberikan input berkaitan dan ruang mengaplikasikannya.
Perbezaan antara
kedua – duanya ialah proses pembikinan pemimpin itu sendiri. Pemimpin yang
dilihat hadir dari keturunan pemimpin dibangunkan atas kapasiti fungsi yang
berkaitan legasi keturunannya. Maka pencapaian pemimpinan terdahulu akan
menjadi kayu pengukur untuk melihat sejauhmana pemimpin baru ini berjaya
meneroka potensinya. Manakala pemimpin yanag dibangunkan pula sangat memerlukan
beberapa pencapaian awal untuk dinilai potensinya sekaligus melayakkan dirinya
terpilih bagi proses pembangunan oleh pihak yang berkepentingan.
No comments:
Post a Comment