Pemimpin
perlulah menjadi orang yang menarik kumpulan yang ingin diterajuinya. Ini
adalah kerana daya tarikan yang beliau miliki akan membolehkan dia menjadi
berpengaruh dan memudahkan proses komunikasi di antara mereka. 5 ciri yang
membuat seseorang itu sebagai pemimpin yang menarik ialah:
1. Kebijaksanaan
Kebijaksanaan
tidaklah merujuk kepada tahap pendidikan formal seseorang.
Dilihat
bijaksana adalah amat penting untuk mempengaruhi kumpulan sasar. Orang yang
dilihat bijak mudah menjadi orang rujukan oleh ramai orang. Orang yang bijak
tahu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan, topik perbualan dan
perbincangan malah mudah memberi respon yang bersesuaian. Oleh kerana kumpulan
yang dikendalikan memiliki kecenderungan terhadap perkara yang berbeza – beza,
maka pemimpin yang dilihat bijak tahu pelbagai disiplin ilmu dan mempunyai
sudut pandang yang luas.
Sebagai contoh,
Tun Mahathir disegani oleh pengikut mahupun musuhnya kerana dilhat bijak
menangani isu, menjawab pelbagai persoalan dan mempunyai rancangan serta gerak
kerja yang dilihat amat bijak. Proton , Putrajaya dan KLCC adalah antara
perkara yang boleh dikaitkan dengan ciri kebijaksanaan ini.
2. Kemahiran
Pemimpin dengan
kemahiran yang tinggi khususnya yang berkaitan dengan melibatkan kumpulan
sasarnya adalah individu yang amat menarik perhatian. Kemahiran ini boleh
dikaitkan dengan pelbagai perkara sama ada berkait secara langsung atau tidak.
Ketua pasukan bolasepak sebagai contoh selalunya dikaitkan dengan kemahiran
bermain yang tinggi. Pemimpin dengan pelbagai disiplin kemahiran sememangnya
mudah membezakan diri mereka dengan individu yang lain.
Kemahiran
membolehkan pemimpin menguasai gerak kerja, ruang perbincangan dan penyelesaian
masalah. Hanya orang yang mahir tahu menggunakan apa saja yang ada disekelilingnya
untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Pemimpin yang
mahir dengan sesuatu perkara akan selalu menjadi pakar rujuk kumpulan yang
dipimpinnya. Ini memudahkan proses mempengaruhi kumpulan sasar kerana apa yang
dikatakan atau ditunjukkan olehnya akan menjadi model ikutan semua.
Sebagai contoh,
ketua pasukan silat selalunya ialah orang yang paling hebat kemahiran
bersilatnya.
3. Penampilan
Pemimpin yang
menarik mempunyai penampilan yang istimewa dan menyebabkan orang lain mudah meletakkan
pemimpinnya dalam kelompoknya yang tersendiri. Imej yang terbentuk dari
penampilan amat memainkan peranan untuk menjadi daya tarikan kepada kumpulan
sasar.
Pakaian,
aksesori, solekan, penyesuaian tatacara berpakaian adalah antara komponen yang
menjadi tarikan dari aspek penampilan ini. Penampilan yang bersesuaian dengan
masa dan tempat akan memberikan kesan yang besar kepada kumpulan sasar. Sebagai
contoh, pemimpin yang berpakaian seperti orang kebanyakan di tempat yang betul
akan membuatkan mereka dikagumi rakyat dan ini telah dibuktikan oleh Yang
Dipertuan Agong Sultan Muhammad 2.
Kereta mewah
antara aksesori yang sering digunakan untuk menunjukkan kehebatan seorang
pemimpin. Hal ini telah diguna dengan sangat meluas sehinggakan ramai yang
telah menjadi mangsa penipuan pelbagai skim cepat kaya.
4. Jawatan
Jawatan dan
gelaran adalah komponen yang menyebabkan ramai tertarik dengan seorang
pemimpin. Pemimpin dilihat perlu memiliki gelaran dan jawatan yang hebat bagi
menunjukkan pencapaian mereka. Ini adalah kerana sifat manusia yang suka
mengaitkan diri mereka dengan orang yang berpengaruh. Jalan pintas untuk
mendapatkan pengaruh ialah dengan jawatan dan gelaran yang hebat.
Pengerusi , Yang
Di Pertua , Presiden , Datuk, Datin dan sebagainya meletakkan seseorang di
hirarki yang mana mudah menunjukkan kemampuan seseorang pemimpin itu membuat
atau mempengaruhi proses sesuatu keputusan. Jawatan juga memberikan autoriti
terhadap sesuatu proses kerja. Ini akan memberikan kelebihan kepada sesiapa
yang rapat dengan punca kuasa ini.
Jawatan
berdasarkan profesion turut mempengaruhi proses kepimpinan. Doktor, Profesor,
Chef, IGP dan sebagainya juga terbabit dalam hal ini. Ini mampu merujuk kepada
tahap kemahiran seseorang dengan nama jawatannya, sekaligus membuatkan orang
yang memiliki jawatan sebegini amat bernilai di mata mereka.
5. Jantina
Setiap jantina
mempunyai kekuatan dan kelemahan yang unik. Ini adalah kerana setiap
jantina mempunyai peranan yang spesifik. Dalam dunia kepimpinan, jantina
turut memiliki tarikannya yang tersendiri.
Pemimpin lelaki
dilihat dominan terhadap perkara – perkara melibatkan politik dan perniagaan.
Pemimpin wanita pula dilihat menguasai pergerakan berlandaskan kepentingan
kumpulan yang diwakilinya terutama berkaitan perjuangan hak, kelestarian
sesuatu dan yang tidak melibatkan perebutan sumber.
Pemimpin lelaki
sesuai kepada perkara yang berkaitan konflik, penetapan dasar dan polisi.
Pemimpin lelaki dilihat sesuai mempengaruhi kumpulan sasar yang terdiri dari
pelbagai jantina. Pemimpin wanita pula lebih mudah berada di dalam kelompok
bercampur sekiranya ia berasaskan lantikan jawatan kerja.
Pemimpin lelaki
lebih cekap dalam penggunaan istilah, kata – kata teknikal dan frasa yang rumit
berbanding pemimpin wanita yang lebih hebat dalam menyampaikan rasa melalui
mesej – mesej mereka. Mesej perasaan ini mudah meresap masuk kepada kumpulan
yang meletakkan perjuangan hak, kumpulan minat dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment