Total Pageviews

Hijrah untuk kejayaan


Salam semua.

Hijrah yang dilaksanakan oleh Rasullullah SAW dahulu sememangnya memberi kesan yang besar kepada kita.

Keberanian, kesanggupan dan kerelaan untuk meninggalkan sesuatu yang menjadi kebiasaan bukanlah satu perkara yang mudah.

Dalam tempoh beberapa minggu dari sekarang, seorang rakan baik saya merangkap pemain bass Dewangga Sakti iaitu sudara Syamsul Faiz (baju putih) akan berhijrah ke Dubai. Bukanlah sesuatu yang mudah buat beliau meninggalkan tanah air seorang diri dikala anak kecilnya dan isteri mengharapkan belaian dari beliau.

Kekuatan sebegini biasanya datang kepada insan yang mempunyai matlamat dan cita - cita yang jelas.

Disinilah yang akan membezakan tahap motivasi positif manusia kerana keluar dari zon selesa bukanlah satu perkara mudah.

Saya doakan agar beliau berjaya mencapai apa yang diidamkan dan pulang ke Malaysia dengan kejayaan.

1 comment:

Syamsulfaiz said...

Terima kasih kerana doakan kesejahteraan aku. Aku pun berdoa apa yang aku buat ini diredhai tuhan dan menambah kebahgiaan dan kemajuan diriku, keluarga, kawan-kawan dan ummat.