Total Pageviews

Program Celik Internet Rakan Muda - Hari Kedua

Salam...
Hari kedua ini di kendalikan oleh saudara Zulkifli Ramli, pemain gambus merangkap blogger merangkap Procurement Executive Apex Communication.
Beliau akan menyentuh tajuk BLOG - sejarah, basic features, design dan macam - macam lagi.
Sasaran hari ini ialah setiap peserta akan memiliki blog sendiri dan boleh terus berhubung selepas ini.

Program Celik Internet Rakan muda - Sesi malam

Salam...
Sesi malam ini dikendalikan oleh saudara Abdul Razak Abdul Aziz - teman lama saya yang membawa topik Mailing Group. Alhamdulliah sesi berjalan baik walaupun sambungan internet masih agak perlahan.
Semua peserta telah pun memiliki alamat email sendiri dan sedang mendaftar diri ke yahoogroups program ini iaitu http://groups.yahoo.com/group/pcirm/
Program semakin menarik dan penglibatan peserta juga kelihatan semakin hebat!!!
Syabas!!!!!

Program Celik Internet...Continues..

Program Celik Internet Rakan Muda ini mengalami keadaan yang sangat tidak mencelikkan.
Jaringan internet yang terlalu perlahan menyebabkan bengkel menjadi huru hara dan sedikit menghilangkan mood - pelajar dan tenaga pelajar.
Sayang sekali makmal komputer seindah ini memiliki kelajuan internet yang rendah.
Saya akan kemukan usul kepada Puan Hatipah - pengarah Jabatan Belia dan Sukan mengenai perkara ini secepat mungkin.
Ketika ini Yusrizal masih lagi berusaha keras mengajar pelajar cara menggunakan aplikasi Freewebs..moga berjaya hendaknya

Program Celik Internet Rakan Muda Kawasan Bukit Bintang

Salam.
Ketika ini , saya berada di Kompleks Belia dan Sukan Bukit Kiara. Hari ini sehingga esok Lilcent Total Solutions mengendalikan Program Celik Internet Rakan Muda Kawasan Bukit Bintang. Seramai 27 peserta dari pelbagai latar belakang berada di dalam program ini.
Sesi saya telah selesai kira - kira jam 11.30 pagi tadi. Kini, saudara Asri Al-Baker dari 4th Sqreen Sdn. Bhd. sedang menyampaikan ceramahnya mengenai internet secara am.
Kami akan berhenti rehat 20 minit lagi kemudian akan disambung oleh saudara Yusrizal darri Oglive - syarikat pengiklanan berpengaruh di Malaysia.
Nanti saya akan update lagi

Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan tahun ini sudah menjengah hampir 1 per tiga. Pelbagai perkara menarik berlaku dinegara kita. Cuaca juga tidak ketentuan. Hujan yang amat lebat datang secara tiba -tiba.
Saya masih lagi sibuk dengan projek animasi yang pertama - REGU yang akan ditayangkan di Astro Ceria pada Disember ini.
Banyak perkara yang belum selesai, juga begitu menguji kesabaran saya sebagai mukmin.
Semoga apa yang ditempuhi mampu menjadi tauladan buat orang disekeliling saya.
Insyallah..
Salam Ramadhan

Agen sosialisasi

Sayangi dan didiklah anak anda sebaiknya
Dalam proses pembangunan manusia, pengaruh agen sosialisasi sememangnya amat kuat dalam membentuk peribadi seseorang. Keluarga, rakan sebaya, media dan pelbagai lagi merupakan penyumbang utama kepada pembentukan sahsiah dan akhlak individu.

Perhatikan sekeliling anda, apakah yang banyak mempengaruhi diri anda? Cara pertuturan, tingkahlaku mahupun pemahaman anda terhadap sesuatu. Media yang pelbagai merupakan salah satu elemen yang mempengaruhi kehidupan anda bukan? Perkara ini sukar disangkal kerana kalau dilihat dari pertumbuhan industri media sendiri, pastinya kita dapat mengagak mengapa pengamal media kini mampu hidup senang lenang.

Dari meyakinkan masyakat tentang produk terbaru hinggalah agenda propaganda politik, media sangat berkuasa. Namun, kuasa pada tangan yang bijak mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat begitu juga sebaliknya.

Berbalik kepada perkembangan manusia, ibubapa perlu memainkan peranan semaksimum mungkin bagi menyediakan anak - anak dalam dunia serba mencabar hari ini. Dapat disaksikan hari ini, pelajar yang cemerlang akademiknya tidak mampu menjamin kecemerlangan sahsiahnya. Maka, Islam telah meletakkan proses pembelajaran manusia sebagai perkara yang sangat penting agar kita tidak menjadi orang yang rugi.

Kerjasama, bukan kerja bersama - sama

Sepakat, senada dan sejiwa...itulah kunci utama kerja berpasukan

Mempertahankan gol dalam perlawanan bolasepak berstrategi



Salah satu aksi dalam membentuk pakaian maskot kumpulan






Sejak tahun 80an, semakin banyak program latihan yang menjadikan TEAMBUILDING atau Pembentukan Pasukan dianjurkan oleh pelbagai agensi. Kem -kem latihan dan pusat peranginan yang menawarkan pakej teambuilding mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Natijahnya, semakin ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir dapat dilahirkan bagi mengendalikan program seperti ini. Modul - modul Biro Tatanegara sering menjadi pilihan mereka.







Sehingga hari ini, program seperti itu masih laku dan banyak permintaan dari agensi kerajaan mahupun swasta. Saya sendiri sejak 3 bulan terkebelakang banyak menerima tawaran dari sekutu perniagaan untuk mengendalikan kursus sebegini. Untuk entri kali ini, saya akan memuat naik gambar ketika berprogram bersama kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat Freescale Semiconductor atau dahulu dikenali sebagai MOTOROLA.










Ironi bagi program sebegini ialah, walaupun kebanyakan dari kita telah biasa melalui modul teambuilding, tetapi semangat yang ditunjukkan tetap membara setiap kali anda melaluinya.





Ini dibantu oleh suhu sekeliling di mana sering kali modul berbentuk pertandingan digunakan bagi mendorong anda bersaing dan membentuk kerjasama pasukan yang jitu bagi memastikan pasukan anda memenangi pertandingan itu.










Adalah sesuatu yang bagus apabila semangat yang sama dapat dibawa pulang dan diaplikasikan ketika ditempat kerja. benar, anda tidak bersaing secara hakiki ditempat kerja, namun semangat itu akan membantu anda lebih terdorong dalam melakukan sesuatu.










Sumber yang dimiliki adalah terhad, oleh itu persaingan dan kerjasama pasukan boleh membantu meningkatkan hasil sesuatu tugasan.





Ingatlah, Kerjasama, bukan kerja bersama -sama

Dewangga Sakti di Majalah TELL dan Galeri Petronas

Posing hensem di TELL


Aksi di Galeri Petronas





Santai dan bersahaja (kunun)

Majalah TELL keluaran Ogos 2008 menyaksikan Dewangga Sakti muncul dalam segmen Music Room dengan tajuk Not the Usual Suspect! hahaha bahaya ni..silap2 kena angkat sumpah di Masjid Wilayah heheh
Semasa sesi fotografi di Studio TELL di Kelana Jaya, kami telah menghabiskan kira - kira 2 jam untuk ber'posing maut' dan kami sendiri tidak tahu apakah gambar yang bakal menghiasi majalah ini. Alih - alih gambar ini yang mnyaksikan Syamsul begitu mengawal kejelitaan serta Wah Yun Kua yang begitu asyik sehingga tertutup matanya. Saya pula kelihatan ada air spoiler dibelakang leher..(Sihat sangat...)

Tulisan wartawan Magdaline Rogers lebih banyak berkisar mengenai perjalanan seni kami serta perkembangan terbaru iaitu mini album Mabok Kepayang. Gambar ini juga menyaksikan 3 instrument yang digunakan oleh ahli Dewangga Sakti sudah tidak muncul dikhalayak iaitu Gambus, Gitar dan Bass. Gambus milik Zulkifli telah pecah (rujuk entri di http://dewanggasakti.blogspot.com/). Gitar Azman pula perlu pembaikan besar apabila beliau salah teknik dalam meningkatkan kemampuan gitarnya. Namun -jeng jeng jeng...beliau mungkin akan mendapat ganti yang berkali ganda hebatnya..Godin acoustic yang 4 digit harganya. Bass Syamsul juga sudah patah..





Selain itu, malam tadi kami mbuat persembahan di Galeri Seni Petronas dengan menyaksikan hanya 5 ahli sahaja. Saya, Azman, Wahyu, Along dan Rock membelasah pelbagai lagu cover. Majlis ini merupakan sambutan tahun ke10 galeri petronas dan kerjasama bersama kementrian pelajaran malaysia. Rekod tercipta di mana kami tidak memainkan satu pun lagu Dewangga Sakti. Setup yang hebat tetapi kami diminta bermain secara instrumental walaupun mereka request lagu Hetty Koes Endang. Saya bantai juga menyanyi beberapa lagu tetapi volume mikrofon terlalu perlahan.



Nyaris juga kami tertinggal kapal angkasa apabila saya dan rock tiba lewat. Hujan yang sangat lebat dan Rock yang baru tiba dari Penang terus ke KLCC bagi menjayakan persembahan. Selesai kerja, Along berdepan dengan masalah dimana beliau lupa di mana letaknya kereta Vios supercharger kesayangannya. Mujur Rock tidak rtinggal Kapal angkasanya ke penang semalam.

Dewangga Sakti di Sri Pentas


11 Ogos 2008 menyaksikan untuk kali ke 4 Dewangga Sakti dijemput membuat persembahan di Sri Pentas untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Sebelum ini, kami bersiaran di MHI bagi tujuan mengisi slot dan Hari Raya sahaja. Namun kemunculan kali ini lebih manis kerana untuk mempromosikan mini album kami iaitu Mabok Kepayang dan lebih manis lagi betul - betul dihadapan kami adanya gerai buah - buahan tempatan yang menggamit air liur dan perut yang belum bersarapan sempena promosi MAHA 2008.
Juga manisnya lagi diserikan dengan penampilan pertama kami dengan pakaian seragam yang pertama - Baju kurung Melayu potongan Tunku - ilham bassist kami saudara Syamsul Faiz. Sayangnya saya dan Azman tidak sempat mengambil baju dari Gaz Medan Mara, maka terpaksa menggunakan koleksi peribadi masing - masing.
Adik bongsu kami juga iaitu Wah Yun Kua tidak dapat serta kerana ada kelas di UIAM pagi tersebut. Ahli sekutu dari Penang Mr. Rock sempat melarikan diri dari kesibukan pejabat untuk serta di Sri Pentas. Pelbagai soalan diajukan semasa sesi temuramah. Usai persembahan kami menyerbu gerai buah dan melantak semahunya.
Terimakasih daun keladi kepada penerbit MHI yang sudi menjemput kami.
'Kalau ada sumur diladang,
Boleh kami menumpang mandi.
Kalau ada peluang mendatang
Jangan lupa menjemput kami'

Seni...hanya buat mereka yang memahaminya


Di Malaysia sejak beberapa dekad dahulu, ibubapa sering beranggapan anak - anak yang memasuki aliran seni seolah - olah tidak mempunyai masa depan yang cerah. Malahan seringkali penuntut aliran seni di sekolah menengah dianggap sebagai kelas kedua berbanding aliran sains.

Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila pemahaman mengenai seni itu berjajaran sempit. Lebih memburukkan keadaan apabila seni itu disalah anggap malah dirosakkan oleh mereka yang mengaku sebagai penggiat seni.

Benar, penggiat seni di Malaysia tidak ramai yang hidup kaya - raya seperti penggiat diluar negara. Namun, apakah hanya penyanyi, pelakon atau penari sahaja yang sering dikaitkan dengan dunia seni?

Kata - kata seperti "Tahun ini merupakan kali pertama saya meraikan Aidilfitri sebagai artis...." sering kedengaran atau dibaca di merata media utama nasional saban tahun. Artis dan penggiat seni berbezakah? Atau, artis mempunyai sentimen glamour dan popular tetapi sebaliknya kepada penggiat seni?

REGU - Nantikan kemunculannya!!!


Bergambar bersama Uwei Hj Shaari - Pengarah tersohor Malaysia

Salam...
22 Julai 2008 menyaksikan satu sejarah baru dalam hidup saya. Buat pertama kali saya menyertai IPCC - Inetelctual Property Creativity Challenge anjuran MDEC dan Astro. Saya menerusi FLIPSIO RESOURCES SDN BHD. mempertaruhkan REGU - kisah mengenai 3 anak muda yang membina silaturahim menerusi sepaktakraw.
Pertandingan ini melibatkan lebih 30 syarikat dan pasukan di mana hanya 10 yang terbaik akan dipilih untuk melalui proses pitching yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara. Dari 10 syarikat ini, hanya 5 syarikat sahaja yang dipilih oleh juri dimana pemenang akan mendapat RM50,000 untuk dijadikan modal bagi menyiapkan trailer selama 3 minit yang bakal ditayangkan di ASTRO pada Januari 2009 nanti.
Ia juga merupakan rancangan realiti TV - oleh itu nantikan kemunculan wajah saya dan pasukan lain di kaca tv anda!