Di Malaysia sejak beberapa dekad dahulu, ibubapa sering beranggapan anak - anak yang memasuki aliran seni seolah - olah tidak mempunyai masa depan yang cerah. Malahan seringkali penuntut aliran seni di sekolah menengah dianggap sebagai kelas kedua berbanding aliran sains.
Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila pemahaman mengenai seni itu berjajaran sempit. Lebih memburukkan keadaan apabila seni itu disalah anggap malah dirosakkan oleh mereka yang mengaku sebagai penggiat seni.
Benar, penggiat seni di Malaysia tidak ramai yang hidup kaya - raya seperti penggiat diluar negara. Namun, apakah hanya penyanyi, pelakon atau penari sahaja yang sering dikaitkan dengan dunia seni?
Kata - kata seperti "Tahun ini merupakan kali pertama saya meraikan Aidilfitri sebagai artis...." sering kedengaran atau dibaca di merata media utama nasional saban tahun. Artis dan penggiat seni berbezakah? Atau, artis mempunyai sentimen glamour dan popular tetapi sebaliknya kepada penggiat seni?
2 comments:
aku setuju benor... hanya mereka yg memahami dan mahu menilai akan dapat kenikmatannya...
xy bundle
Iya yeop..gitu la gamaknya.
Hamba setuju
Post a Comment