Total Pageviews

Tertegakkah keadilan ditangan manusia yang culas?

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Salam...

Perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dikalangan pembangkang. Bagi mereka yang ambil peduli, perlantikan ini dikatakan menguntungkan sesetengah pihak atas macam - macam sebab.
Lebih memburukkan keadaan banyak kes berprofil tinggi diketengahkan hampir setiap hari. Semakin banyak juga laporan polis dibuat ke atas individu tertentu dan berprofil tinggi di negara kita.
Namun, mampukah mahkamah negara ini yang bersandarkan kepada sistem perundangan yang campurannya diaduk dari penjajah berkulit putih menegakkan keadilan. Mungkin lebih memburukkan keadilan apabila sipengendali kuasa culas dan bobrok sifatnya - bakal mengakibatkan rakyat hilang keyakinan kepada keadilan yang cuba ditegakkan.
Ramai dikalangan kenalan saya berada dijawatan berkaitan perundangan samada peguam korporat, sivil, shariah dan tidak kurang juga majistret. Ramai juga yang berkongsi pendapat dan pastinya pelbagai sudut yang menjadi perhatian mereka.
Mampukah perubahan dibawa kepada sistem perundangan sedia ada?
Perlukah perubahan kepada sistem itu sendiri?
atau..
orang yang berada di dalam kuasa sistem itu perlu ditukar?
Apa pendapat anda?
Mohsen Amdan berkata: Undang - undang yang digariskan Islam lebih baik kerana pendekatannya mendidik, bukan menghukum.

1 comment:

Anonymous said...

Apakah sebagai seorang ahli UMNO dan sebagai bekas ahli jawatankuasa disiplin parti itu, rakyat Malaysia boleh mempunyai persepsi kukuh bahawa badan kehakiman yang kini diketuai Tan Sri Zaki Tun Azmi ini akan bersifat neutral?

Rasanya kita sudah boleh menyimpulkan jawapannya.

Tapi,walau apa pun, sama-sama kita lihat.

Jika silap percaturan mereka yang berkenaan, pasti akan berlaku Tsunami Politik Ke-2 dalam 4-5 tahun akan datang.

Be prepared!