Total Pageviews

Kalutnya siasah negaraku

Calon terbaik pilihan saya untuk menerajui negara ketika ini - Gambar ehsan Firdaus

Salam...

Keadaan siasah negara seperti yang dilihat ramai sebagai semakin kalut bukanlah rahsia lagi. Semakin hari keadaan kelihatan seperti tiada penghujung bagi pelbagai pendedahan baru mengenai kebobrokan dan salah laku. Tuduh menuduh dan dakwaan demi dakwaan membuatkan rakyat semakin keliru dan mual. Pemilihan jawatan dalam parti pula menunjukkan pelbagai perkembangan yang membimbangkan.

Perbezaan pendapat dan fahaman terhadap sesuatu perkara sememangnya telah wujud sekian lama. Dan menariknya Islam sendiri tidak menolak naluri manusia untuk memiliki pendapat tersendiri. Adab dalam ikhtilaf juga telah digariskan oleh Islam bagi membolehkan sesuatu percanggahan itu dibincang dan diuraikan dengan baik.

Kembali ke tanahair, di awal pemerintahan di Malaya ini kalau diperhatikan, kebanyakan tokoh kepimpinan datangnya dari mereka yang berdarah raja; juga mereka yang sangat dekat ilmu seperti guru atau ustaz. Keadaan yang sangat berbeza kini di mana kebanyakkan pemimpin pemerintah mempunyai latarbelakang yang pelbagai dan kebanyakkanya tidak dapat lari dari lingkungan pedagang - tak kira besar atau kecil. Tidak dinafikan banyak kelebihannya ilmu berdagang ini digunakan untuk membangunkan negara. Malangnya ia tidak berlaku disini berbanding negara lain.
Buktinya, banyak keputusan berkaitan perdagangan berprofil tinggi tidak dibuat dengan bijak dan sering mengakibatkan wang pembayar cukai hangus begitu sahaja. Pembentangan Bajet 2009 yang menyaksikan hampir RM200 juta diberikan kepada pemegang modal saham amanah di Sabah yang sebelum ini telah sangat gagal mengendalikannya dengan baik. Dengan saham yang tinggal RM0.17 sen seunit, mengapa suntikan sebegitu diberikan kepada mereka yang nyata telah gagal?
Bukankah harus ditukar terlebih dahulu sipengendali amanah baru dan kemudian diberi suntikan baru?
Peminat bolasepak EPL pastinya arif tentang ini. Jurulatih yang tidak berjaya menyerlahkan pasukan akan ditukar terlebih dahulu dengan mereka yang lebih kompiten baru diberikan peruntukan baru untuk penstrukturan semula dan agenda menyelamatkan pasukan.
Gambar YM Raja Nazrin di atas saya paparkan kerana buat masa ini, secara peribadi saya merasakan negara memerlukan seseorang seperti baginda untuk memerintah.
Keperibadian yang tinggi ditunjukkan di tambah dengan ilmu yang banyak serta reputasi baik sememangnya dapat menyatukan masyarakat yang berbelah bagi.
Ya..pastiya akan ada golongan yang cuba menentang. Pastinya kerana golongan ini akan merasa bimbang kepentingan mereka terhakis.
Sedangkan Rasullullah SAW yang terpuji pekerti pun dimusuhi oleh kafir Quraisy, inikan pula kita pengikut yang tidak pernah bersua muka dengan Al-Amin.
Mohsen Amdan berkata - Kemusnahan akan berlaku andainya sesuatu itu dikepalai oleh orang yang bukan ahlinya; dan lebih buruk lagi apabila sang kepala itu merasakan dirinya terlalu hebat sehinggakan tidak perlu diperbetulkannya lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Raja?

Hmmmmmm....aku kureng sket nak terima diorang jd pemimpin Malaysia. Kena yg ok, ok la. Kena yg zalim? Nak tunggu dia mati le jawabnya baru habis kezalimannya.

Demokrasi berparlimen sekarang ni dah ok. Cuma perlaksanaannya saja yg perlu dibaiki dan dipantau dekat oleh pemimpin dan rakyat.

Parti2 politik yg wujud kena gentleman la. Jgn main kotor dan guna isu2 yg x betul.

Kalah, kalah. Menang, menang. Nak lompat boleh. Nak resign boleh, nak dipecat pun boleh.

Tak ada kuasa mutlak tak ada pemusatan kuasa.

Mohsen Amdan said...

Saudara Deli...
Satu ketika pernah ada ura - ura yang YM Raja Nazrin akan menyertai satu parti politik untuk bertanding dalam PRU12. Secara peribadi, saya juga tidak menggemari sistem beraja. Sistem ala - republik milik Rasullullah juga yang tersemat dihati ini. Cuma Raja Nazrin ini menjadi pilihan peribadi saya kerana sifatnya jua. Malahan sekiranya baginda sanggup melepaskan takhta sebaai Raja Muda dan berniat utuk bertanding, pastinya ramai yang menyokong

Anonymous said...

Sen,

Kalau Raja Nazrin masuk politik, makin kurang le bilanganb Raja-Raja yang berkredibiliti yang bersemayam di atas takhta.

Biarkan dia di situ. Lepas PRU12 pun dia dah tunjuk fungsi dia sebagai penaung bangsa Melayu dan pelindung Islam di Perak tanpa menafikan hak kaum minoriti lain.

Takut2 kalau masuk politik, dia akan "tercemar".

"RAJA ADIL DIPATUHI, RAJA ZALIM DIKETEPI"