Terimakasih daun keladi
Dewangga Sakti menghiburkan penghuni Rumah Solehah dan sukarelawan yang datang
Mak Wan (bertudung labuh) dan adik2 begitu teruja dengan persembahan Dewangga Sakti - Alangkah bagusnya kalau ramai lagi yang boleh membuatkan mereka gembira bukan?
Rumah Solehah
lagu Rasa Sayang Hey!!!!
Batrisya bergambar dengan teman - teman barunya
Batrisya berbual dengan salah seorang anak2 Rumah Solehah
Bergambar beramai - ramai selepas persembahan
Salam
12 Oktober 2008
6.30 petang
Saya dan isteri baru tiba di rumah solehah di Bandar Tun Razak di mana Zoy, Raof dan Norman sudah tiba di sana kira - kira setengah jam lalu. Azman, Wahyun dan Irwan pula tidak dapat menyertai Dewangga Sakti pada kali ini atas urusan peribadi. Kami tiba lewat kerana hujan yang terlalu lebat melambatkan kami keluar mencari hamper untuk Rumah Solehah.
Hamper ini merupakan hasil sumbangan rakan - rakan dan saudara mara menerusi derma kilat yang dianjurkan menerusi blog dan email yang lalu. Terimakasih di atas sumbangan anda. Setelah dikumpul, jumlahnya mencukupi untuk kami membeli hamper yang kami rasa berbaloi untuk adik2 di Rumah Solehah. Kehadiran kami disambut oleh Fatiyah (err..betul kot ejaannya) yang juga merupakan graduan IIUM. Difahamkan menerusi usaha murni beliau majlis ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Sederhana tetapi meriah!
Sesampai di sana, mata saya tertumpu kepada sekumpulan anak kecil yang kelihatan begitu gembira dan teruja dengan kehadiran ramai tenaga sukarela yang memeriahkan acara. Difahamkan Rumah Solehah ini adalah hasil usaha Mak Wan. Pembiayaan sewa rumah ini pula ditaja oleh bank yang berjaya menuntut USD1 juta dari bekas Yang Dipertuan Agong.
Hamper yang diangkat oleh kudrat Abdul Raof segera diserahkan kepada wakil Rumah Solehah. Kami dijemput masuk dan kelihatan sebuah kumpulan musik yang menggunakan gitar, djembe, tamborine dan egg shaker sedang mendendangkan lagu yang saya kurang pasti tajuknya. Saya masuk dan duduk bersama ahli Dewangga Sakti yang lain. Layan juga grup ni. Kelihatan adik2 dan tetamu lain juga terhibur.
Selesai mereka menyampaikan lagu terakhir, Dewangga Sakti pula dipersilakan membuat persembahan. Kami memulakan dengan lagu Hari Raya pastinya. Nyanyi ramai - ramai dan mereka begitu gembira sing along lagu Ahmad Jais. Kemudian kami bantai lagu Anak Ayam. Sepuluh pantun yang saya 'rapping' on the spot. Key pulak tinggi!!! sakit tekak dibuatnya. Seterusnya ke acara yang dinanti oleh semua iaitu sesi pemberian duit raya. Ada seorang wanita yang tidak saya kenali yang saya jangka wakil satu NGO barangkali mula mengarahkan adik2 beratur untuk menerima duit raya darinya. Datin Wan Fatahhiyah juga mengambil peluang untuk berada ditempat yang sepatutnya untuk turut menyampaikan duit raya.
Selesai duit raya, kami berhenti untuk makan dan solat maghrib. Zul mencuit saya dan meminta say mengimamkan solat - saya gembira dan merupakan satu penghormatan untuk saya sebab bukan selalu dapat peluang mengimami jemaah yang kebanyakkannya kanak - kanak.
Kira - kira jam 8 kami diminta mendendangkan beberapa lagu sebelum acara main bunga api. Lagu raya Saloma memula bicara kemudian disambung dengan Rasa Sayang. Seorang ahli Rumah Solehah pantas mendapatkan pantun untuk dinyanyikan bersama - sama. Memang gamat!!!!
Selesai nyanyi, sesi fotografi pula berlangsung. Letih juga mulut ni senyum maklumlah banyak kamera. Selesai majlis kami bersalaman dan sempat juga saya menyampaikan CD DewanggaSakti seperti yang diamanahkan oleh Zoy. Harap - harap mereka suka. Zoy juga turut menyampaikan duit raya kepada Rumah Solehah. Semoga mereka gembira menerimanya.
Ok..tulisan di atas berdasarkan kronologi. Sekarang saya akan tulis mengikut apa yang terlintas dan perkara menarik untuk dikongsi
1. Makanan rasanya ditaja oleh satu kedai mamak.Menunya memang sempoi - roti canai, roti pisang etc..cendol, ABC dan juga nasi. memang best!!!
2. Persembahan tidak dilengkapi dengan sebarang sistem bunyi, tetapi sound tetap best sebab tempat kecil
3. Kanak - kanak di sini kebanyakannya menghidap HIV dan mereka sangat memerlukan sokongan moral dari kita.
4. Perkusi Raof dan Gambus Zoy menarik minat adik2 untuk mencuba dan mereka tidak melepaskan peluang mengusik dan mengetuk (Sabar geng...budak2)
5. Nur Batrisya Wafa dan Nur Basyira Wafa (puteri2 saya) pada mulanya sukar menyesuaikan diri. Tetapi selepas sejam dah macam rumah mereka pula. Batrisya siap dapat geng lagi. Syabas puteri2 ku.
6. Rumah Solehah turut mengalu2kan kami untuk mengajar adik2 ini muzik tradisional. InsyaAllah kami usahakan. Kepada yang berminat untuk menyumbangkan pengetahuan muzik kepada adik2 ini, sila hubungi saya.
7. Rasanya kalau ahli Dewangga Sakti yang lain ada, pasti lebih meriah majlis ini. Along dan Irwan pasti boleh buat lawak sarkis. Azman dan Wahyun pula mesti boleh buat cerita tahyul kat budak2 ni....
Mohsen Amdan berkata : Setiap pemberian ikhlas sama ada material atau pun bukan dari anda, Allah akan gandakan kebaikannya sebagai balasan kepada anda!
No comments:
Post a Comment