Total Pageviews

Ukhwah yang memerlukan pendekatan KAIZEN

Wajah - wajah gembira di lorong bowling

Bowling Kaizen

Kaizen dalam perlaksanaan tugasan merupakan satu aktiviti peningkatan produktiviti yang dipraktikkan dikebanyakan organisasi serata dunia. Konsep Jepun ini telah membantu banyak organisasi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran dalam pelbagai aspek. KAI - bermaksud tukar dan Zen - bermaksud lebih baik yang mana disatukan membawa pengertian peningkatan secara berterusan. Konsep ini sebenarnya diolah dari cara pembalak di zaman dahulu yang menguruskan sistem perolehan kayu dari hutan secara teratur bagi memastikan kelangsungan operasi mereka.
Bolehkah KAIZEN diamalkan di dalam institusi kekeluargaan? Saya merasakan jawapannya BOLEH. Apa sahaja usaha yang anda cuba lakukan bagi memastikan keluarga anda semakin sayang menyayangi setiap hari atau semakin terjalin hubungannya juga berkaitan dengan KAIZEN dalam keluarga. Isteri mencuba menu baru untuk hidangan suami juga termasuk dalam konsep ini. Ayah yang mencari jalan menggembirakan anak, suami yang memikirkan 'Surprise' untuk si isteri, abang yang merancang aktiviti untuk adik beradik dan sebagainya adalah satu usaha yang murni bagi mengukuhkan perasaan sayang sedia ada.
Saya juga terpanggil dengan KAIZEN dalam keluarga ini. Oleh itu, saya mencubanya juga, Alhamdulliah berhasil. Malam Aidilfitri ke 3 lepas saya bersama adik beradik belah isteri pergi bermain bowling bersama - sama untuk kali pertama. Sebelum ini kami tidak berpeluang kerana jadual yang tidak menentu. Bertempat di Summit Bukit Mertajam, kami bergembira bersama - sama menghayun tangan kearah lorong bowling. 2 frame kami belasah dan pemenangnya? hehehe....Set pertama isteri tersayang dan set kedua mestilah Perwira Jaya Sakti.....
Kesimpulannya, aktiviti mudah tetapi dilakukan secara bersama sebenarnya mampu membina ukhwah dan kejelikatan di dalam hati. Buat anda yang jarang berpeluang menghabiskan masa bersama keluarga, apa kata carilah sedikit ruang waktu dan lakukan apa saja aktviti bersama.




Insyallah..KAIZEN

2 comments:

wahyun said...

gunakan pendekatan murni ini dalam parti tercinta PAPAN

p/s-bile nak buat pemilihan parti? nampaknya parti yg 'memperjuangkan' bangsa sudah mula memainkan gendang perangnya...kita bile lagi?
kaizen kokuro...banzaaaai!!!

Mohsen Amdan said...

Memandangkan mantan presiden PAPAN tertinggal kapal angkasa, maka kita kekalkan dia untuk sepenggal lagi sebagai tanda simpati