Total Pageviews

Program Kecemerlangan Kesetiausahaan SUK Pulau Pinang

Lubuk buat mereka yang mencari rezeki

Pemandangan dari tingkap tingkat 29 KOMTAR Pulau Pinang
Peserta program yang memberikan fokus 100%

Perbincangan dalam salah satu sesi bengkel


Salam...
24 - 25 November 2008
Tingkat 29 KOMTAR Pulau Pinang

Berada di tingkat 29 menara KOMTAR selama 2 hari merupakan satu pengalaman menarik saya dalam sejarah pengendalian kursus atau program kerana kali ini saya berhadapan dengan peserta yang datangnya dari satu kerajaan negeri. Tambahan pula Pulau Pinang pula kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang membuatkan saya lebih teruja kerana ingin mengetahui perkembangan negeri itu secara dekat.
Program yang dirangka khas untuk setiausaha dan pembantu peribadi (PA) adalah atas usaha saudara Isa Al Husam iaitu peneraju HusamWaksa Sdn. Bhd. Beliau yang telah berjaya membawa saya ke Pulau Mutiara ini.
Program selama 2 hari ini memberi penekanan kepada aspek penambahbaikan dalam aspek seorang setiausaha atau personal assistant terutamanya dari sudut psikologi dan komunikasi interpersonal.

Seperti biasa, mereka yang menjawat jawatan seperti ini merupakan orang yang paling susah mendapatkan cuti mahupun untuk terpilih ke kursus. Atas sebab ini, jelas kelihatan semua peserta begitu bersemangat dan fokus sepanjang 2 hari kursus diadakan. Syabas saya ucapkan!

Mohsen Amdan berkata : Andainya saya diberikan kuasa untuk menentukan gaji pekerja, setiausaha / PA pastinya merupakan mereka yang dibayar tinggi berdasarkan tanggungjawab besar yang mereka jalankan.

Kurang 12 jam lagi...

Salam…
Kurang 12 jam lagi ..sesuatu perubahan ketara akan berlaku dalam hidup saya
Kurang 12 jam lagi… saya akan memasuki fasa baru dalam kehidupan
Kurang 12 jam lagi… saya akan meninggalkan satu susunan nombor yang tidak mungkin saya perolehi semula
Kurang 12 jam lagi…saya akan mendengar sebuah lagu yang ditujukan khas buat saya setahun sekali
Kurang 12 jam lagi...isteri saya juga bakal mendendangkan lagu itu kepada saya
Kurang 12 jam lagi...27 November 2008 akan muncul
Kurang12 jam lagi...saya akan berumur 30!
Kurang12 jam lagi...saya akan menyambut ulang tahun ke 30!
Kurang 12 jam lagi...

Perkembangan minda kanak - kanak

Beri peluang kepada anak - anak meneroka potensi diri

Kanak - kanak perlu diberi peluang mencuba apa yang dilakukan oleh ibu bapa seperti tugas harian bagi mereka memahami perilaku orang dewasa

Salam...
Perkembangan minda kanak - kanak melalui pelbagai fasa yang kompleks di mana pelbagai faktor luaran yang mudah mempengaruhi mereka. Bukan menolak kepentingan faktor dalaman tetapi ciri pembelajaran kanak - kanak yang menumpukan kaedah meniru apa yang dilihat dan di dengar membuatkan mereka begitu mudah terpengaruh.
Apabila di lihat dari aspek pembentukan diri, aspek ini sering terlepas dari pandangan ibu bapa. Ini adalah kerana dengan himpitan keperluan dan kehendak kehidupan, kebanyakan ibu bapa terpaksa keluar mencari rezeki sehinggakan hampir 70% dari proses perkembangan anak - anak sejak usia beberapa bulan sehingga awal persekolahan berputar sekitar pusat jagaan anak - anak atau pusat didikan awal yang kini mempunyai pelbagai pendekatan tersendiri. Melihat kembali kepada sumber makluimat menerusi penglihatan dan pendengaran mereka, pastinya apa yang dituturkan oleh rakan sebaya atau guru / pengasuh mereka mudah melekat dan menjadi ikutan mereka. Apabila perkara ini berlaku dan sesuatu yang negatif dituturkan / dilakukan oleh mereka, ibu bapa bakal berdepan dengan kesukaran memperbetulkannya.
Ini kerana mereka merasakan apa yang dilakukan oleh rakan sebaya lebih menepati pemahaman mereka.
Nantikan sambungannya...

Mohsen Amdan berkata : Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi yang terkuat dalam pembinaan nilai manusia

Sang Kancil dan Sang Buaya


Masih ingatkah anda kepada kisah animasi buatan Malaysia yang pertama? Bagi generasi X atau generasi Y yang awal mungkin mengetahui mengenainya. Kisah Sang Kancil dan Sang Buaya merupakan kisah klasik yang telah diangkat ke bentuk animasi oleh Filem Negara dahulu. Kisah mengenai kebijaksanaan Sang Kancil berdepan dengan Sang Buaya yang tidak mengenang jasa setelah Sang Kerbau menolongnya.

Namun, tahukah anda siapa yang disebalik tabir siri itu? Beliau ialah En Hassan Mutalib yang kini menjadi penasihat atau pengerusi atau pengetua (maaf..tidak pasti) kepada Darul Digital di Kelantan. Orangnya berwatak sederhana namun ilmunya penuh di dada. Mengenali beliau sebagai mentor kepada IPCC (Intelectual Property Creative Challenge) merupakan satu rahmat dari Allah kerana banyak perkara mengenai industri ini yang dapat saya pelajari darinya.

Beliau juga banyak menulis dan mengkritik mengenai dunia perfileman tanah air. Cara pengamatan beliau yang tajam dan kritis membuka satu horizon baru untuk saya berfikir mengenai perkara kreatif.

Gambar di atas adalah ketika saya dan Fairus (Creative Director Flipsio) sedang bersama En Hassan dalam satu sesi mentoring di Cyber Center KL Sentral. Ketika sesi ini, beliau baru saja mendengar penerangan kami mengenai jalan cerita baru REGU yang sedang kami usahakan.

"This is probably the most interesting one" kata beliau merujuk kepada REGU berbanding siri animasi lain yang menyertai IPCC kali ini.

Kembang juga hidung dibuatnya apabila beliau berkata sedemikian.

Ia menguatkan lagi azam kami untuk memberikan yang terbaik kepada industri.

Terimakasih En. Hassan!


Mohsen Amdan berkata : Hanya jauhari mengenal manikam

Mencari kelainan dalam kehidupan

Dalam melayari kehidupan ini, pastinya kita sering ketemu dengan seseorang atau sekelompok manusia yang cuba mencari atau membuat kelainan. Fahaman, perbuatan, sikap dan nilai sering menjadi paksi kepada sesuatu kelainan. Dari sekumpulan kecil penggiat, ia mampu menular kepada satu budaya baru. Lihat sahaja sekeliling anda, dari peminat barangan klasik sehingga manusia yang sanggup menolak hukum alam apa tah lagi aturan Allah swt semata - mata atas nama kebebasan.
Yang terkini, isu penkid atau pengkid yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa kebangsaan. Adakah Majlis Fatwa ini begitu tidak berkuasa atau berpengaruh sehingga mudah diperlekeh oleh mereka yang mengaku memperjuang hak manusia?
Apakah anda melihat isu wanita beperwatakan lelaki ini hanya pada landasan meniru gaya pakaian dan tingkah atau sesuatu yang lebih dari itu?
Siapakah Food not Bomb yang begitu lantang menentang fatwa ini? Saya mengenali beberapa orang yang menyertai gerakan ini dan saya pasti tidak semua dikalangan mereka setuju untuk menentang fatwa ini. Tanyakan diri mereka, bagaimana sekiranya ibu yang mereka kasihi berwatak pengkid? Mahukah mereka menyokong dan membiarkan ayah mereka merana? Atau sebaliknya melihat ayah mereka berpakaian wanita dan sokonglah ayahnya itu atas nama hak manusia?
Atas hujah psikologi sosial, manusia mencari kelainan atas pelbagai alasan. Namun ia tetap membawa kepada satu natijah yang sama iaitu untuk menarik perhatian. Manusia mudah bosan atas sesuatu yang sama untuk satu tempoh panjang. Atas dasar itu, iman manusia kepada Allah diikat dengan dosa dan pahala, cubaan dan rezki serta musibah dan nikmat. Maka kehidupan manusia itui akan lebih berwarna warni dan mengelakkan manusia itu bosan.
Mendapat perhatian ini merupakan antara keperluan manusia. Kenapa memakai pakaian mahal pada majlis tertentu atau keluar bersama kekasih? Mengapa ramai mengimpikan kereta mahal dan menarik?
Ya...mungkin anda ada alasan tersendiri berbuat demikian..namun memetik kata U-Wei Hj Shaari
"Jangan lain kerana nak jadi lain, nanti sesat takuit tak terbawak"
Mohsen Amdan berkata - Panduan Allah lebih memudahkan dari cara] manusia yang hanya menyusahkan manusia iotu sendiri

REGU - Sebuah siri animasi yang bakal menemui anda!

Servis kuda oleh salah seorang pemain Malaysia yang dikenali sebagai Panjang. Memang deras dan padu

Salah satu gambar aksi menarik - perhatikan betapa tinggi lonjakan 'blocking' Azizul (berseluar merah).

Gambar di atas merupakan sebahagian dari aksi pertandingan sepaktakraw tertutup Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang saya sertai pada 1 dan 2 November lalu bertempat di Dataran MPAJ. Walaupun menyedari keadaan fizikal saya tidak lagi seperti dulu, namun semangat menyiapkan siri animasi REGU telah mendorong saya bersaing. Di taja oleh TAF 5 (terimakasih Abg Zul) saya ditemani oleh Azhan (Lembaga Zakat Selangor) dan Along (bekas penjaga gol TM Melaka) kami terkandas di pusingan kedua. Oh ya...saya tidak bertindak sebagai killer sebagai mana biasa tetapi sebagai tekong.

Berbalik kepada REGU, kami sedang memasuki fasa produksi yang ketat. Kami ke studio 4TH Screen di Diamond Square milik Chip minggu lalu untuk sesi rakaman suara latar. Hampir siap dan kami sendiri semakin berdebar - debar menanti produksi ini ke fasa seterusnya.

Yus sedang merakamkan suara

Fairus dan Azizan meneliti skrip sebelum rakaman bermula

Firdaus menunjukkan bakat

Chip dan sound engineer sedang buat kerja dengan tekun sekali