Masih ingatkah anda kepada kisah animasi buatan Malaysia yang pertama? Bagi generasi X atau generasi Y yang awal mungkin mengetahui mengenainya. Kisah Sang Kancil dan Sang Buaya merupakan kisah klasik yang telah diangkat ke bentuk animasi oleh Filem Negara dahulu. Kisah mengenai kebijaksanaan Sang Kancil berdepan dengan Sang Buaya yang tidak mengenang jasa setelah Sang Kerbau menolongnya.
Namun, tahukah anda siapa yang disebalik tabir siri itu? Beliau ialah En Hassan Mutalib yang kini menjadi penasihat atau pengerusi atau pengetua (maaf..tidak pasti) kepada Darul Digital di Kelantan. Orangnya berwatak sederhana namun ilmunya penuh di dada. Mengenali beliau sebagai mentor kepada IPCC (Intelectual Property Creative Challenge) merupakan satu rahmat dari Allah kerana banyak perkara mengenai industri ini yang dapat saya pelajari darinya.
Beliau juga banyak menulis dan mengkritik mengenai dunia perfileman tanah air. Cara pengamatan beliau yang tajam dan kritis membuka satu horizon baru untuk saya berfikir mengenai perkara kreatif.
Gambar di atas adalah ketika saya dan Fairus (Creative Director Flipsio) sedang bersama En Hassan dalam satu sesi mentoring di Cyber Center KL Sentral. Ketika sesi ini, beliau baru saja mendengar penerangan kami mengenai jalan cerita baru REGU yang sedang kami usahakan.
"This is probably the most interesting one" kata beliau merujuk kepada REGU berbanding siri animasi lain yang menyertai IPCC kali ini.
Kembang juga hidung dibuatnya apabila beliau berkata sedemikian.
Ia menguatkan lagi azam kami untuk memberikan yang terbaik kepada industri.
Terimakasih En. Hassan!
Mohsen Amdan berkata : Hanya jauhari mengenal manikam
4 comments:
Mosen itu ofis baru kau ke?
Aku minat katun kancil dan sang buaya tu. Dulu aku pandai buat suara buaya tu kat sekolah dalam pertandingan bercerita. Menang siot...hehe
Bukan ofis aku syamsul..tapi Cybercentre di KL Central.
Ko buat suara buaya ke suara kancil?
Tapi ko memang buaya kan?
Itu iBook baru kau ye??
Canggih... canggih...
anda harus ke padang kota, pulau pinang.
setiap petang akan ada sekumpulan lelaki berumur 40an bermain sepakraga secara membunuh!
yang lainnya adalah, kesemua mereka adalah orang Cina!
Post a Comment