Beri peluang kepada anak - anak meneroka potensi diri
Kanak - kanak perlu diberi peluang mencuba apa yang dilakukan oleh ibu bapa seperti tugas harian bagi mereka memahami perilaku orang dewasa
Salam...
Perkembangan minda kanak - kanak melalui pelbagai fasa yang kompleks di mana pelbagai faktor luaran yang mudah mempengaruhi mereka. Bukan menolak kepentingan faktor dalaman tetapi ciri pembelajaran kanak - kanak yang menumpukan kaedah meniru apa yang dilihat dan di dengar membuatkan mereka begitu mudah terpengaruh.
Apabila di lihat dari aspek pembentukan diri, aspek ini sering terlepas dari pandangan ibu bapa. Ini adalah kerana dengan himpitan keperluan dan kehendak kehidupan, kebanyakan ibu bapa terpaksa keluar mencari rezeki sehinggakan hampir 70% dari proses perkembangan anak - anak sejak usia beberapa bulan sehingga awal persekolahan berputar sekitar pusat jagaan anak - anak atau pusat didikan awal yang kini mempunyai pelbagai pendekatan tersendiri. Melihat kembali kepada sumber makluimat menerusi penglihatan dan pendengaran mereka, pastinya apa yang dituturkan oleh rakan sebaya atau guru / pengasuh mereka mudah melekat dan menjadi ikutan mereka. Apabila perkara ini berlaku dan sesuatu yang negatif dituturkan / dilakukan oleh mereka, ibu bapa bakal berdepan dengan kesukaran memperbetulkannya.
Ini kerana mereka merasakan apa yang dilakukan oleh rakan sebaya lebih menepati pemahaman mereka.
Nantikan sambungannya...
Mohsen Amdan berkata : Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi yang terkuat dalam pembinaan nilai manusia
2 comments:
Hujah kau ni menguatkan lagi niat aku nak suruh isteri aku berenti kerja ni...tgh fikir ni...
Syamsul...
Maaf kiranya kataku ni mempengaruhi pemikiranmu.Namun, hakikat bahawa ibubapa merupakan pendidik terbaik kepada anak - anak. Guru dan ibu bapa mempunyai peranan berbeda, walaupun matlamatnya mendidik tetapi fungsinya berbeda sama sekali
Post a Comment