Total Pageviews

Selamat Aidil Adha - Sirih Pulang Ke Gagang

Gotong royong menumbangkan lembu milik bonda Mariam

Senarai pemilik korban dan petugas yang dikongsi oleh saya

Hj Omar (memegang parang) mengetuai bacaan doa - Hakim disebelah kirinya

Hj Omar menyembelih lembu yang dikongsi oleh kami sekeluarga



Salam..

8 Disember 2008
Masjid Nur Saadah Kampung Cheras Baru
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada anda semua.
Semoga semangat berkorban sentiasa bersama anda.
Alhamdulliah tahun ini saya turut menyertai ibadah korban dengan berkongsi bahagian dengan ahli keluarga yang lain. (seperti dalam senarai)
Ini merupakan kali pertama kami adik beradik berkongsi qurban.
Seperti tajuk entri kali ini, sirih pulang ke gagang sebenarnya dirujuk kepada abang saya iaitu Hj Omar yang mana kini berkhidmat sebagai Imam 1 masjid Nur Saadah Kampung Cheras Baru. Setelah beberapa tahun berkhidmat di masjid sekitar Selangor, kini beliau dilantik di halaman sendiri.
Alhamdulliah, setelah PRU 12 yang menyaksikan perubahan kepimpinan Selangor, perubahan kepimpinan masjid ini juga turut merasai tempiasnya.
Orang kampung yang dulu terpinggir kerana berlainan aliran politik kini mendapat tempat di masjid ini dan berjaya mengimarahkan masjid kami. Ustaz Salim yang pernah dipecat oleh kepimpinan terdahulu semata - mata tidak sehaluan politiknya, kini menjawat Nazir masjid. Sememangnya, beliau yang selayaknya memandangkan ilmu agama beliau yang tinggi. Beliau merupakan barisan agamawan di zaman Allahyarham Ishak Baharom di mana beliau menolak pelawaan Allahyarham dalam penubuhan Majlis Ulama atas kerendahan hati.
Hj Omar juga merupakan lapisan kedua dalam kepimpinan Kampung Cheras Baru, di mana dia kini dibantu oleh lapisan ketiga diposisi bilal iaitu rakan sekelas saya semasa SRK Kampung Cheras Baru iaitu saudara Hakim.
Proses pengkaderan pemimpin baru sememangnya subur di Kampung Cheras Baru dan diterjemahkan pada Solat Sunat AidilAdha tadi di mana saudara Hakim telah ditugaskan membaca khutbah walaupun beliau menjawat Bilal dan ada 3 imam yang bertugas di sana.
Inilah satu proses yang saya lihat penting dalam membentuk pelapis kepimpinan di mana yang muda dibimbing bukan diarah tak tentu hala.
Oh ya...isteri dan anak - anak saya ada di Kulim, saya akan ke sana usai solat Asar nanti bersama bonda Mariam.
Mohsen Amdan berkata : Moga keikhlasan hati mengiringi semangat pengorbanan kita

2 comments:

wahyun said...

salam id adha, barakallahu feek.
tumpang gembira dgn perubahan di tempat asal anda. ini yg dikatakan benar2 sirih pulang ke gagang, lumat di gobek, pedas di tekak.

Mohsen Amdan said...

Wahyun
Selamat AidilAdha buat mu jua...
pipi pauh di layang..alis matanya lentik..
eh..tu lirik hail amir..