Total Pageviews

Kecelaruan Siasah

Salam...
Keadaan siasah semasa kelihatan semakin mendominasi helaian akhbar dan segala bentuk media. Dari isu pertikaian di Perak membawa kepada persiapan PRK sehingga isu Sultan Selangor memberi perkenan kepada MB untuk membuat keputusan. PPSMI pula menyucuk disamping SPRM yang semakin panas dek 'dibakar' oleh CheGu Bard dan rakan - rakannya.

Keresahan dirasai oleh rakyat yang melihat seolah - olah masalah ekonomi seputar kurang diberi tumpuan malahan pelbagai perkembangan mengenai kemorosotan negara lain sampai ke pengetahuan kita. Iceland, Taiwan, Sepanyol dan banyak lagi negara yang telah pun mengakui betapa keadaan ekonomi kini begitu menghimpit. Persoalannya, apakah langkah pemerintah untuk menampan atau menangani perkara ini.

Perbandingan Dasar Ekonomi Baru dan Agenda Ekonomi Malaysia dilihat begitu memihak kepada AEM..namun perlaksanaannya memerlukan pertukaran kerajaan di Malaysia ini. Bilakah saat itu akan muncul?

Kebolehan individu pemerintah juga mudah dipertikai apabila banyak langkah segera yang perlu diambil menangani kemelut ekonomi belum terlaksana. Apakah RM5000 untuk merancakkan industri automotif satu langkah bijak?

Persoalan apakah industri automotif itu sendiri tidak difahami rakyat..kereta nasional itu sahajakah industri automotif?

Dahulu Malaysia merupakan pemain terbesar dirantau Asia Tenggara dalam industri automotif; dan ketikan itu kita masih belum memiliki Proton...kerana pembuatan komponen kereta pelbagai jenis, pemasangan dan sebagainya dilakukan di sini...
Maka..dengan mematuhi AFTA adakah Proton akan terjejas atau vendor proton yang sebenarnya pening kepala?

Masalah dalaman hampir semua parti politik di Malaysia juga memeningkan kepala...dan memberi kesan kepada suasana siasah secara tidak langsung...

Adakah cahaya dihujung jalan bagi kemelut yang melanda kini? Saya yakin ada...namun semua yang terlibat perlu kembali kepada prinsip asal - Good Governance

Akan dihurai nanti..InsyaAllah

Mohsen Amdan berkata; Who gets what, when and how?

No comments: