Total Pageviews

Program Kecemerlangan Pengurusan InsKep


Sebahagian dari aktiviti Energizer yang dijalankan

Salam...
Lama juga tak update blog ni..maaf kerana agak sibuk kebelakangan ini Alhamdullillah..
Sibuk maknanya ada juga bisnes di dalam ketidaktentuan ekonomi dan politik mutakhir ini.
Apa pun, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman mengendalikan program di atas yang mana saya dilantik secara belum rasminya sebagai salah seorang tenaga pengajar untuk InsKep yang ditubuhkan khas dibawah seliaan pejabat MB Selangor.
Insyallah Isnin ini ke Kuala Kubu Baru sekali lagi bagi mengendalikan program untuk GLC dibawah negeri Selangor.
Baru selesai minggu lepas (9 - 11 Feb 2009) sesi bersama MPP dan wakil pelajar dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Perasaan bimbang dan ragu pada mulanya memang ada kerana tidak dapat saya jangkakan apa yang bermain difikiran mahasiswa ini. Namun Alhamdulliah sehingga hari terakhir segalanya berjalan lancar.


Sebahagian dari pelajar yang menyertai - fokus pada modul yang disampaikan

Hebat!!!! itu yang saya boleh simpulkan apabila melihat sendiri keinginan mahasiswa ini terlibat secara langsung dalam usaha memajukan negara mahupun negeri. Namun seperti biasa AUKU yang pelik itu telah menghalang mereka untuk pergi lebih jauh lagi.
Saya dan Dr. Tembun Ghani telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program ini. Sepatutnya saudara Zaki Rafaie juga turut serta namun dek kerana beliau yang masih berdarah manis kerana baru diijabkabulkan . InsyaAllah sesi minggu depan beliau bakal bersama.

Sebahagian dari pelajar wanita

Saya hanya dapat melelapkan mata kurang dari 5 jam sepanjang 3 hari di sana. Malam pertama saya seolah - olah tidak dapat serasi dengan tilam manakala malam kedua pula saya meluangkan masa sehingga jam 3.30 pagi bagi berkongsi pandangan dan pengalaman bersama 3 orang pelajar yang sememangnya mempunyai semangat ingin tahu.
Kesudahannya, saya masih lagi demam dan selsema yang agak teruk. Kata Dr., saya kurang rehat....hmm...

Antara aktiviti kumpulan yang gegak gempita macam dalam stadium bola!

Walaupun beberapa pelajar terpaksa pulang awal kerana ada pembentangan dan peperiksaan, namun ia tidak menghalang perjalanan program kami. Sehingga ke akhir program, mereka masih bersemangat dan ingin menyebarkan perkembangan terbaru kepada rakan - rakan di IPT masing..InsyaAllah....

No comments: