Total Pageviews

Parkir dan perihal ubahsuai pejabat


Tersadai...

Salam...
Isu kontraktor yang tidak melaksanakan tugasan seperti yang dijanjikan sering diperkatakan sama ada projek berkaitan kerajaan atau bukan. Dari pembinaan projek perumahan sehingga ke penurapan jalanraya sering sahaja terdapat rungutan berkaitan kualiti atau kontraktor cabut lari.
Di Selangor sahaja sehingga kini tidak kurang dari 241 projek terbengkalai yang melibatkan pelbagai bentuk pembangunan hartanah.
Sahabat saya Zulkifli Ramli (Dewangga Sakti) juga pernah mengalaminya apabila rumah yang dibeli di Gombak menjadi mangsa kerakusan pemaju yang lari dari tanggungjawabnya.

Tidak bertanggungjawab..ke tribunal tuntutan pengguna la jawabnya

Kini, saya juga mengalami keadaan yang hampir sama iaitu kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja ubahsuai pejabat saya di Ara Damansara lari setelah hampir 70% kerja siap. Wang telah diberikan hampir 80% dari yang dijanjikan namun si kontraktor ini lesap. Mereka tidak menjawab panggilan telefon namun mula membalas sms dari Fairus (BOD Flipsio / Corepixel) setelah diugut untuk dilaporkan kepada polis.

Kini sudah hampir 2 minggu tersadai dan kami terpaksa menangguhkan kerja yang sedia banyak dan berserabut dikepala.
Walaupun cuma beberapa ribu namun saya kini lebih memahami kekecewaan mangsa penipuan sebegini...
Dalam hal lain, saya juga berasa sedikit teruja apabila kini memiliki ruang parkir syarikat sendiri dan tertulis nama syarikat kami...Bagi orang lain saya tak pasti apa perasaannya namun saya gembira kerana ini juga satu pencapaian buat kami.

Dahulu nak letak kereta perlu berebut dan berpusing namun kini tidak lagi..Alhamdulillah....

Mohsen Amdan berkata : Rupanya bukan kontraktor Melayu sahaja yang bermasalah...

4 comments:

Syamsulfaiz said...

Kurang hasam punya kontraktor. Orang macam ni memang patut blacklist terus. Repot polis, jgn tunggu lama.

Mohsen Amdan said...

Salam Syamsul..
Laporan polis telah dibuat.
Surat ke Mahkamah Majistret pun telah diperolehi..
Sedang memilih peguam untuk tindakan lanjut..

construct said...

klau nak cari kontraktor baru email kami di :-

senibina_istimewa@hotmail.com

tq..;-)

Mohsen Amdan said...

Construct,
Proses in telah selesai dengan lantikan kontraktor baru.
Terimakasih atas tawaran