Total Pageviews

Apa yang perlu dilakukan oleh peneraju perniagaan pada 2009

Salam...
Selamat Tahun Baru Cina kepada anda yang meraikannya. Semoga pada tahun Seladang ini, segala cabaran dapat dihadapi dengan kuat dan bersemangat.

Menghadapi kemelesetan ekonomi yang dikatakan sebagai yang terburuk dalam sejarah moden pastinya menggusarkan banyak pihak. Didada akhbar sekian hari tertulis pelbagai berita buruk mengenai indeks yang jatuh, penutupan atau pengecilan operasi kilang dan sebagainya. Britain sendiri mengesahkan bahawa kemelesatan kini merupakan yang terburuk dalam tempih 350 tahun! Dell, Intel, Ssangyong dan lain - lain membarisi senarai panjang konglomerat yang sedang berdepan krisis yang amat hebat ini.

Seperti peneraju perniagaan yang lain, keadaan ini memerlukan langkah segera bagi memastikan perniagaan tidak hanyut dibawa arus meleset ini. Berikut saya kongsikan beberapa langkah yang boleh dan perlu dilakukan oleh peneraju sebarang bentuk perniagaan bagi memastikan anda tidak terkubur pada 2009 ini

1. Permudahkan kaedah operasi perniagaan anda.
Lihat semula S.O.P (Standard Operational Procedure) atau kaedah perniagaan anda. Permudahkan proses atau elakkan kaedah kerja yang mungkin menggunakan banyak sumber tetapi tidak menyumbang kepada keuntungan - seperti jimatkan percetakan yang kurang perlu / kaedah pemasaran / sistem penghantaran produk dan sebagainya. Operasi anda sepatutnya lebih mudah dengan pelbagai teknologi sedia ada tanpa perlu penambahan kos.

2. Tingkatkan mutu perkhidmatan
Sekiranya anda semakin kekurangan pelanggan atau promosi anda kurang berjaya, periksa semula pelanggan sedia ada anda. Pelanggan tidak sepatutnya menjadi one - off basis atau bermusim sahaja. Pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan anda selalunya akan menjadi agen pemasaran anda secara percuma bukan? Adalah sukar mendapat pelanggan tetapi hanya beberapa saat sahaja diperlukan untuk kehilangan mereka. Oleh itu tingkatkan mutu perkhidmatan anda

3. Semak semula misi dan nilai syarikat
Masa berlalu dan kadangkala perkembangan perniagaan membuatkan anda agak tersasar dari matlamat asal penubuhan syarikat atau halatujunya. Ya, perkembangan perniagaan adalah bagus tetapi harus dikawal agar tidak tersasar dari matlamat asal terutamanya syarikat kecil yang bergantung kepada projek. Adalah lumrah untuk syarikat kecil bergantung kepada projek namun untuk berkembang pesat, produk sendiri perlu dikukuhkan.

4. Tingkatkan nilai jenama anda
Dalam kemelesetan sebegini, anda boleh mengurangkan segala bentuk kos pengurusan namun kos pemasaran tidak boleh diperlakukan sebegitu sewenang - wenangnya. Pemasaran harus dipertingkatkan bagi memastikan jenama anda masih wujud dalam pasaran. Ini juga boleh membentukk persepsi positif di mata pelanggan yang syarikat anda masih stabil dan kukuh.

Mohsen Amdan berkata : Pastikan matlamat tahunan anda jelas dan logikal serta dipecahkan mengikut sukuan bagi memastikan anda dapat menilai dengan lebih tepat

1 comment:

rantong said...

Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong