Salam...
Saya didatangi satu emel dari Hamba Allah yang bernama Nizam yang sedang mengkaji keberkesanan masjid. Beliau meminta maklum balas terhadap keberkesanan masjid hari ini. Saya cuba berkongsi pendapat saya.
Salam Nizam
Pada awal 2008, Sultan Selangor telah bertitah agar tiada lagi masjid baru didirikan bagi mengelakkan banyak masjid yang tersergam indah tetapi kosong kurang jemaah. Ini diburukkan lagi dengan pertambahan surau yang begitu banyak di celah - celah kawasan perumahan yang mengakibatkan jemaah lebih bersemangat mengimarahkan surau berbanding masjid. Saya bersetuju dengan kenyataan ini di mana masyarakat lebih gemar ke surau atas alasan dekat, tidak perlu memandu kereta an sebagainya. Namun kesan buruknya ialah Masjid menjadi sepi dan akhirnya binaan berjuta ringgit tidak memberi kesan yang besar pada masyarakat.
Sultan Selangor bertitah sedemikian kerana fungsi surau kini jauh berbeza.
Dahulu surau lebih berperanan sebagai tempat pengajian fardhu ain, aktiviti kaum wanita dan sebagainya. Namun apabila dana yang berjaya dikutip oleh surau membuatkan aktivitinya berkembang pesat. Memang dari satu sudut ia kelihatan baik namun turut memberi tempias kepada peranan masjid.
Masjid pula pada satu ketika mendapat tempias camputtangan politik yang menyebabkan jawatan utama dalam pengurusan masjid didominasi oleh mereka yang hampir dengan politik. Ini mengakibatkan pelbagai masalah lain. Lebih memburukkan keadaan apabila jawatankuasa yang dilantik jarang pula ke masjid.
Anak muda tidak takut ke masjid pada pendapat saya. Takut hanya muncul andai wujudnya ancaman,
Tiada ancaman di masjid namun ini adalah natijah kepada sistem sosialisasi yang songsang.
Ayat seperti "Kau jangan nak berkhutbah pada aku pula" sering kedengaran.
"Berkhutbah" yang digunakan dalam ayat sindiran ini sendiri membentuk persepsi negatif pada institusi masjid itu sendiri
Masjid Al Azim Pandan Indah dan Masjid Nurul Saadah Kampung Cheras Baru adalah antara contoh yang boleh saya kongsikan disini.
Masjid Al Azim ini dibarisi oleh tenaga kerja yang menggabungkan senior dan junior yang menghasilkan satu pasukan yang mantap. Ini ditunjukkan dari program yang di atur, kewangan yang kukuh dan sebagainya.
Masjid Nurul Saadah pula adalah contoh peningkatan mutu masjid selepas perubahan kepimpinan. Program yang lebih teratur, masyarakat kembali percaya kepada masjid selepas anasir politik dibuang. serta penglibatan kaum muda yang lebih dalam pelbagai perkara.
Masjid menjana pendapatan dari pelbagai bentuk. Institusinya sama, yang membezakan siapa yang berusaha mengumpulkan dana itu.
Bagi saya bukan kegagalan masjid mengumpul dana, tetapi kegagalan tenaga kerja yang cekap.
WallahuA'lam
Mohsen Amdan berkata : Bukankah elok kalau masjid jadi pusat perdagangan seperti zaman Rasullullah SAW dahulu, senang orang nak berjemaah selepas meeting
No comments:
Post a Comment