Salam..
Setelah hampir setengah bulan, penguatkuasaan penggunaan tali keledar bagi penumpang belakang nampaknya belum benar - benar kelihatan. Masih tidak kelihatan pergerakan penguatkuasa mana - mana agensi untuk melihat penumpang mematuhi peraturan baru ini.
Ya..bukanlah mudah mengubah tingkahlaku ini...atas pelbagai alasan orang tidak mahu menggunakan tali pinggang (termasuk la yg tulis ni hehe)
Menariknya, anak sulung saya NurBatrisya Wafa adalah diantara beberapa kerat rakyat yang menyokong usaha ini. Dia selalu mengingatkan saya tentang penggunaan tali pinggang.
Kerap juga diingatkan kepada ayahnya ini untuk berbuat demikian. Tapi sebab tak biasa..maka saya lebih selesa tidak mengenakannya. Menurut seorang teman yang mahir tentang kereta, tali pinggang yang diguna pakai pada bucket seat (yang selalu diguna dalam perlumbaan) adalah yang terbaik kerana ia mampu menahan keseluruhan badan dari impak kuat pelanggaran.
Entahlah, saya pun tak tahu..tapi menggunakan tali pinggang secara kerap juga termasuk dalam azam tahun baru saya!
Mohsen Amdan berkata : Hari - hari guna tali pinggang, tapi untuk mencerut seluar!
1 comment:
aku tak menolak pakai tali pinggang belakang ni tapi kerajaan kena lihat gak struktur jalan kat Malaysia yg baik sikit je dari Rally Paris Dakar. bukannya asyik nak salahkan driver n saman driver bila berlaku sesuatu.pape pun aku nasihatkan ko jangan lupa pakai tali pinggang seluar n tali pinggang keledar
Post a Comment