Total Pageviews

Semangat Tahun Baru

Salam...
Lama tak bersua di alam maya ini. Walaupun sudah beberapa hari melangkah ke tahun baru ; Hijrah dan Masehi, namun masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru untuk semua.
Penuh dengan azam baru, semangat baru atau impian baru..kelaziman manusia meletakkan sesuatu motif terhadap apa yang bakal diusahakan memerlukan ransangan yang setimpal. Ada yang mahu berhenti merokok (cliche), mencari jodoh, membeli rumah (saya la tu) dan pelbagai lagi.
Ada beberapa perkara yang bermain difikiran saya termasuk perancangan untuk pemantapan kerjaya. Ini termasuk saya akan berpindah ke pejabat baru yang terletak di Dana 1 - Ara Damansara. Pejabat Lilcent dan Flipsio akan diletakkan sebumbung bagi melancarkan pergerakan perniagaan. Ini bermakna, pusat operasi di Ukay Perdana akan ditutup dalam masa terdekat.
Apa pun, atas semangat Hijrah ini membuatkan saya ingin berhijrah ke satu lokasi baru yang tidak pernah saya explore bagi melihat potensi baru dalam hidup saya. Doakan kejayaan saya!
Mohsen Amdan berkata : Hidup ini suatu perjalanan yang perlu dinikmati pemandangannya

No comments: