Total Pageviews

Pendidikan formal perlu bermula lebih awal

Dihadapan sekolah beruniform untuk kali pertama dalam hidupnya

Gembira dalam sesi orientasi

Murung tak mahu makan...tanda protes barangkali

Salam...

Perubahan dalam iklim pendidikan dan pelajaran anak - anak kini dilihat sangat drastik sejajar dengan perkembangan semasa - sosial mahupun teknologi. Semakin banyak laluan baru kepada pemindahan maklumat yang membolehkan anak - anak mempelajari pelbagai perkara baru. Sehingga kini, banyak modul baru yang direka oleh pelbagai pihak untuk dijadikan kandungan pelajaran kanak - kanak.

Adiputra - kanak - kanak genius yang kini membantu KEMAS dengan modul matematiknya adalah antara pendekatan baru yang digunapakai bagi melestarikan perkembangan minda kanak - kanak semasa.

Saya adalah di antara ribuan ibubapa yang juga melalui proses yang sama. Ingin melihat anak - anak boleh membaca pada usia muda. Maka 2009 menyaksikan NurBatrisya Wafa menjagkau usia 4 tahun. Saya dan isteri seolah - olah tidak percaya yang kini kami akan melalui fasa baru dalah hidup iaitu menghantar anak ke sekolah! Wow..macam berat bunyi nya!

Kami memilih Q-Dees sebagai tempat pertama dia ke persekolahan awalnya. Memandangkan jarak yang agak dekat dengan rumah serta modul yang agak memuaskan hati, maka NurBatrisya memulakan sesi pertamanya pada 7 Januari lalu. Risau juga kalau - kalau dia buat perangai macam ayahnya dulu (heheh). Namun Alhamdulliah berjalan lancar.

Maka rutin isteri saya juga berubah kini. Menghantar dan menjemput anak kesekolah mula masuk dalam jadual harian. Ini bermakna untuk bercuti atau outstation sudah tidak semudah dulu merancangnya.

Berbalik kepada tajuk, rata - rata ibu bapa kini seboleh mungkin mahu menghantart anak - anak ke sekolah seawal 3 atau 4 tahun. Persaingan tempat dikelas terbaik ketika darjah satu kelak juga menjadi pendorong kerana bimbang anak bakal keciciran. Atas peluang ini, francais pusat pembelajaran kanak - kanak subur dan harga makin melambung. Maka, ibubapa terpaksa berhempas pulas mencari dana bagi memastikan anak - anak dapat belajar dipuast sebegini. Adakah ini bermaksud tadika kerajaan kurang mantap pengisiannya? Kita sambung nanti

Mohsen Amdan berkata: Dahulu ada Tabika dan Tadika..sehingga keliru yang mana satu

1 comment:

wahyun said...

tabika dan tadika - jadi mangsa politik bagi mereka yang berkepentingan. helah kunci mengunci jadi drama baru yang sering ditayangkan sekitar jam 8 malam.
lebih baik hantar anak di ta(bi/di)ka swasta yang lebih terjamin sesi P&P nya.