Sebahagian dari aktiviti program
Usaha Mahallah ini amatlah positif dalam memberi pendedahan kepada tenaga kerja mereka kerana dunia hari ini tidak hanya mengiktiraf CGPA sebagai kecemerlangan namun perlu disulami dengan pelbagai kemahiran pengurusan bagi memastikan mereka relevan dalam pasaran kerja
Salam
1 Januari 2009 bertempat di Astana Dugang Singai Merab Bangi saya telah dijemput oleh Fellow Mahallah Hafsa UIAM untuk berkongsi pengalaman dengan wakil kolej dan blok (MRC - Mahallah Representative Council / BRC - Block Representative Council) dalam sesi Leadership Program selama sehari.
Astana Dugang kini ditadbir oleh Kumpulan Nasyid Hijjaz dengan nama Teratak Hijjaz dan ia satu langkah yang baik saya rasa kerana akan memudahkan kumpulan nasyid itu membuat pelbagai aktiviti bersama peminat mereka.
Berbalik kepada program, disertai hampir 70 orang pelajar wanita dan saya seorang sahaja lelaki di situ - mujur ada isteri saya menemani kurang sikit kekoknya. Alhamdulliah penglibatan yang hebat dari peserta sepanjang sesi. Pelbagai bentuk aktiviti dan pengisian yang dirangkakan untuk mereka namun beberapa modul tidak dapat dijalankan memandangkan ruang dewan yang agak kecil dan masa yang agak terhad.
Ia juga merupakan kali pertama saya mengendalikan program menggunakan IBook saya setelah Acer saya crash beberapa hari sebelumnya dan menyaksikan saya belum cekap mengendalikan Ibook berkenaan.
Usaha Mahallah ini amatlah positif dalam memberi pendedahan kepada tenaga kerja mereka kerana dunia hari ini tidak hanya mengiktiraf CGPA sebagai kecemerlangan namun perlu disulami dengan pelbagai kemahiran pengurusan bagi memastikan mereka relevan dalam pasaran kerja
Mohsen Amdan berkata : Pemimpin bukan sahaja dilahirkan, tetapi perlu mengalami proses pembentukan agar lebih berkesan
2 comments:
Semakin deras melangkah...usah lupa pada yang baru nak bertatih...
Tidak dilupa sama sekali
Apatah lagi pada si pengantin baru....
Post a Comment