Total Pageviews

Program Pengupayaan Bahasa Inggeris FELCRA


Antara hasil kerja mereka
Salam
21 - 23 Nov 2009 (Kg. Sg Ara Kota Tinggi)
24 - 26 Nov 2009 (Bukit Kepong)

Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd telah mengamanahkan Lilcent Total Solutions untuk mengendalikan 2 siri program yang kami namakan Program Pengupayaan Bahasa Inggeris di 2 lokasi berbeza; di Sg Ara Kota Tinggi dan di Kg. Bukit Kepong.

Setelah agak lama tidak berprogram bersama kanak - kanak, saya sememangnya berasa sangat teruja mendapat peluang ini. Terkenang kembali zaman saya mengendalikan program Mentoring - Gemilang di UIAM dahulu.

Bersama saya ialah MD Lilcent - isteri saya lah..siapa lagi dan 4 orang fasilitator dari UIAM juga; Muhammad iaitu anak abang saya, rakannya Muaz, Awin dan Nina. Semasa di Bukit Kepong kami turut dibantu oleh 3 orang muda dari Kg. Bukit Kepong iaitu Adib, Ijam dan Adam.

Seramai 81 orang pelajar ketika di Sg Ara dan 85 orang di Bukit Kepong. Pening juga mulanya memikirkan cara mengendalikan peserta seramai ini dengan jumlah fasilitator yang agak sedikit. Namun syukur berkat kesabaran semua yang terlibat program berjalan lancar.

MD Lilcent sedang menyediakan pelajar dengan persembahan Coral Speaking

Pendekatan program ini ialah untuk meransang peserta untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris - walaupun dalam bentuk yang paling mudah. Ini kerana mereka ini rebung yang perlu dilentur. Sudah pasti mereka tidak akan terus pandai apabila usai program ini namun tujuannya meransang maka langkah susulan harus dilaksanakan oleh mereka yang ada disekeliling mereka.

Bukan mudah untuk menjalankan program ini kerana ramai dikalangan mereka yang kurang mahir dalam 3M. Ada juga yang sangat lemah dalam bahasa Melayu! Dan lebih memburukkan keadaan kebanyakan mereka di darjah 5 - maka bagaimana nasib mereka ketika UPSR nanti? Masih mahu mempertahankan PPSMI?? Think again!

Uncle Max sedang naik angin?

Pelbagai pengalaman menarik yang saya lalui - dari soalan - soalan ganjil oleh penduduk kampung tentang rumah musafir yang kami huni; berkenalan dengan keluarga Ina Naim; Bekalan air tergendala selama 2 hari; sesat hingga ke JB dan 1001 perkara lagi yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hayat.

Kami hanya bergegas pulang ke kota pada 26hb iaitu sehari sebelum Aidiladha. Tiba di kota KL kira - kira jam 8.30 malam dan meneruskan perjalanan ke Kulim dan kami tiba pada jam 6 pagi! Lebuhraya yang sangat sesak membuatkan perjalanan amat menyeksakan! Ulang tahun kelahiran saya juga disambut diatas Lebuhraya PLUS dan kaki berasa sangat sakit kerana hampir 14 jam di atas kenderaan.

Saksikan lebih banyak foto di facebook saya ok!

Mohsen Amdan berkata: "Semalam tidur takde kena kacau ke? Hantu ke apa ke?" Tanya Pengerusi Masjid Sg Ara kira - kira baru 2 minit berbual pada pagi pertama

Menempuh masa - perjalanan yang tidak diketahui penghujungnya...

Regrets...I've had a few..but then again..too few to mention
Salam.
Hidup ini sebagaimana yang kita sedia maklum, hanyalah pinjaman sahaja dari Allah SWT. Setiap peluang nafas yang diberi wajar dimanfaatkan sebaiknya agar setiap detik pinjaman yang diberikan ini memberi manfaat bukan sahaja pada diri sendiri, malahan untuk orang lain juga. Ini penting kerana sebarang perbuatan yang memberi manfaat kepada orang lain mampu melonjakkan saham akhirat yang mana terlalu penting buat kita berbanding saham dunia ini.

27 November 2009 menyaksikan saya masih lagi sihat, mampu berdiri dan badan makin berisi - Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi tempoh pinjaman kepada saya di dunia ini. Genaplah usia saya secara rasmi 31 tahun pada tarikh jatuhnya sambutan AidilAdha tahun ini. Usik kawan saya Azeli... "Satu Malaysia cuti sambut hari jadi Mohsen" di Facebook saya. Hahaha
Owwhh..terimakasih kepada yang telah menuliskan ucapan Selamat Hari Jadi kepada saya di Facebook - siapa juga anda, terimakasih banyak - banyak.

Secara jujur, sukar bagi saya menggambarkan rasa di hati ini apabila melalui tarikh 27 November kali ini. Nak kata gembira, tak juga, sedih pun ada sikit - sikit, entahlah..Usia kini 31 tahun bermakna, kurang 32 tahun lagi saya akan 63 iaitu usia kebanyakan umat Muhammad SAW meninggalkan dunia ini. Mampukah saya menjangkau usia itu? Atau saya akan senasib dengan rakan - rakan dan saudara mara lain yang telah pun terlebih dahulu meyambut panggilan Ilahi?

Melihat dari ilmu pembangunan diri, mungkin ada yang menyarankan agar konsep Half Empty dan Half Full Glass perlu diambil kira. Seandainya saya melihat Half Full, maka saya lebih bimbang apa yang telah berlaku. Maka saya perlu lebih banyak bertaubat sambil berusaha agar tidak mengulangi segala kesilapan yang telah saya lakukan dahulu. Atas sebab ini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang membaca tulisan ini. Saya benar - benar maksudkannya! Sebaliknya jika Half Empty, maka saya perlu bimbang apa yang akan saya terus lakukan bagi menjalani hidup dimuka bumi ini. Banyak lagi yang saya perlu usahakan, selain dari terus mengemudi keluarga saya ke arah yang cemerlang, saya juga perlu berusaha keras supaya mereka yang berada disekitar saya mendapat manfaat secara langsung atau tidak dari saya.

Sebagaimana biasa, saya juga mengharapkan perkara terbaik dalam hidup sama seperti orang lain. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana di saat saya melalui usia 31 tahun ini, saya masih ditemani oleh isteri tercinta - Wan Fatahhiyah Remli dan disulamkan dengan 2 anak kecil saya Nur Batrisya Wafa dan Nur Basyira Wafa. Saya beryukur yang teramat kerana bukan semua orang melalui nikmat hidup apa yang saya lalui.

Sekiranya pencapaian rakan sebaya menjadi ukuran, rasanya saya masih jauh dibelakang mereka namun, itu tidak melemahkan jiwa saya kerana setiap dari kita memiliki matlamat hidup yang berbeza. kebetulan saya baru usai berprogram bersama peserta Felcra Sg Ara Kota tinggi dan Bukit Kepong Johor, melihat keadaan kebanyakan mereka membuatkan saya semakin yakin bahawa saya harus terus perlu menyuburkan hati saya ini dengan rasa syukur atas segala nikmat Allah swt.

Perkara yang paling saya tersentuh ialah, kebanyakan mereka tidak berpelajaran tinggi atau hidup senang lenang - tetapi mereka sangat tahu menyesuaikan diri dengan segala sumber yang ada dan yang paling utama, mereka sudi berkongsi apa sahaja dan tidak lokek dengan kurniaan Allah untuk dirasa bersama.

Semoga dalam usia saya yang kini genap 31 tahun, saya dikurniakan Allah dengan lebih kematangan dan ketajaman fikiran, kesihatan tubuh badan, dimurahkan rezki dan kehidupan yang baik.

Mohsen Amdan berkata : Terimakasih kepada isteri tercinta kerana mengatur majlis sambutan ulangtahun saya ke 31. Love you so much!

Program Pengupayaan Keusahawanan Pelajar Politeknik Ungku Omar


Coooooooooooooollll
Salam
11 - 13 November 2009
INTIM Ipoh
(Lagi gambar di facebook saya)

Antara perkara yang paling saya ingin lakukan dalam hidup ini ialah memberi inspirasi, membakar semangat dan berkongsi idea dan pengalaman dengan seberapa ramai orang yang boleh. Maka saya memilih kerjaya saya kini sebagai landasan untuk memenuhi impian saya. Sekiranya di nilai dari sudut material, mungkin kerjaya saya ini bukanlah hebat sangat kerana sebagai perbandingan, penyanyi popular mampu meraih RM50,000 untuk satu persembahan di Malaysia ini.

Namun, hati ini pasti merasa puas apabila melihat mereka yang mendengar dan menjalani program bersama saya meraih sesuatu dari apa yang dikongsikan! Dan dalam tempoh hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang ini, program yang berlangsung di Ipoh ini merupakan satu dari pada program terhebat yang pernah saya jalani! Syabas semua!
Lihat sahaja wajah - wajah yang penuh kesungguhan ini

Program ini bermula dengan usaha Cik Zaidah dan beberapa rakan - rakannya - pensyarah di Jabatan Perdagangan yang terdahulu menjadi peserta saya dalam sebuah program di Kepala Batas. Usaha murni yang dilakukannya membayangkan betapa masih ramai pensyarah di luar sana yang sangat mengambil berat mengenai masa depan pelajarnya! Tabik springgggg dari saya! Atas permintaan beliau, saya kemukan satu kertas kerja yang mana sepengetahuan saya, yang pertama di Malaysia iaitu mengenai bagaimana pelajar - pelajar boleh memanfaatkan pelbagai dana dan pinjaman oleh pelbagai agensi kerajaan bagi mempercepatkan proses kematangan keusahawanan mereka.
MD Lilcent (tudung kuning..sapa lagi?) bersama tenaga kerja program

Saya sendiri pada mulanya tidak pasti bagaimana sambutan kepada program ini dan dengan sasaran awal 50 peserta, hanya 44 sahaja yang muncul. Namun, setelah 3 hari bersama mereka saya melihat sinar yang sangat cerah disetiap wajah mereka dan saya sangat yakin mereka mampu melakukan sesuatu diluar kebiasaan lulusan Politeknik.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya membawa pegawai kerajaan seperti KPDNHEP, MARA dan KBS untuk bersama - sama dalam program ini. Semoga ia akan mula membuka laluan agensi kerajaan untuk bekerja rapat dengan institusi pendidikan di Malaysia dan sekaligus membantu orang muda untuk lebih berjaya!
Tuan Hj Salleh menyampaikan cenderemata kenangan buat saya...terimakasih

Mohsen Amdan berkata : Orang muda memerlukan pendedahan, namun jangan hanya mengharap tingkap terbuka sendiri, bukalah mata dan carilah dimana letaknya tingkap itu.

Pengurusan Konflik - Kementerian Belia dan Sukan


Salam
8 - 9 November 2009
Hotel Crystal Crown Johor Bahru
Kementerian Belia & Sukan

Saya telah dihubungi oleh bekas orang kuat PEPIAS iaitu saudara Alwan Wagiman - pemilik HPI Consultants Sdn Bhd untuk mengendalikan kursus Pengurusan Konflik untuk KBS di Johor Bharu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya memang telah lama bercadang untuk ke JB dan rezeki kali ni tarikh saya berada di sana jatuh pada hari jadi teman baik saya Shahrul Faizal. Maka sambil menyelam minum air la gamaknya.

Pembentangan dari Amar - unit IT di Putrajaya

Peserta yang terdiri dari kakitangan KBS pelbagai lapisan, dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri hinggalah ke pensyarah IKBN. Walaupun saya hanya mengendalikan sesi ini untuk 1 hari sahaja tetapi saya puas. Ini kerana penglibatan yang saya baik dari peserta serta komitmen yang ditunjukkan melancarkan segalanya.

Peminat modifikasi kereta - En. Zulfikar dengan pembentangannya

Banyak isu dan perkara dikongsikan bersama dan peserta juga sering berkongsi pendapat dan pandangan. Ini merupakan satu aset besar buat kerajaan dan saya mendoakan agar mereka berjaya di masa akan datang. Seperti biasa saya titipka beberapa gambar dan sekiranya ingin melihat lebih gamabr sila ke Facebook saya.

Mohsen Amdan berkata : Usaha pembangunan belia harus diselaraskan agar mudah matlamat dicapai. Kalau tidak ia akan lebih bersifat seronok sendiri dan perasan sahaja.

Wither - Dream Theatre

Dipetik dari album Black Clouds & Silver Linings

Klip di atas adalah dalam versi iringan piano. Lagu ini begitu memberi kesan kepada saya ketika ini. Kenapa? Biarlah rahsia
Nikmati liriknya

Let it out let it out
Fill the empty space
So insecure
Find the words
And let it out

Staring down staring down
Nothing comes to mind
Find the place
Turn the water into wine

But I feel I'm getting nowhere
And I'll never see the end

So I wither
And render myself helpless
I give in
And everything is clear
I break down
And let the story guide me

Turn it on turn it on
Let the feelings flow
Close your eyes
And see the ones you used to know

Open up open up
Don't struggle to relate
Lure it out
Help the memory escape

Still this barrenness consumes me
And I feel like giving up

So I wither
And render myself helpless
I give in
And everything is clear
I break down
And let the story guide me
I wither
And give myself away

Like reflections on the page
The world's what you create

I drown in hesitation
My words come crashing down
And all my best creations
Burn into the ground
The thought of starting over
Leaves me paralyzed

Tear it out again
Another one that got away

I wither
And render myself helpless
I give in
And everything is clear

I wither
And render myself helpless
I give in
And everything is clear
I break downa
And let the story guide me
I wither
And give myself away

Like reflections on the page
The world's what you create

2 Acara dalam sehari

Salam.
31 Oktober 2009 meruapak hari yang sangat memenatkan buat saya...namun syukur kerna Allah membuka ruang rezki untuk itu.
Saya terlibat dalam 2 acara - Program Komuniti Harmoni 2009 sempena Hari Habitat Sedunia dan Perasmian Pameran Filem Bangsawan dan Lagenda anjuran FINAS (di sini) .
Bertindak sebagai Pengacara Majlis di PPR Batu Muda, saya berada di sana seawal 7.30 pagi. Ketika terjaga dari tidur kira - kira jam 3 pagi, hujan mengiringi suasana sehingga jam 9 pagi. Saya agak risau pada mulanya kerana kebanyakan aktiviti yang dirancang bersifat outdoor dan KSU KPKT sendiri turut serta dalam acara ini.

update..update

Adibah Noor selaku duta KPKT turut hadir dan menyampaikan 3 buah lagu. Sempat juga saya menemubual beliau ketika dipentas utama.
Mohsen!!! Err..maksud Adibah filem Mukhsin..saya pula yang terkena

Pameran dari pelbagai agensi kerajaan juga disediakan dan sukaneka seperti lari dalam guni, bowling kelapa, tarik tali dan demonstrasi memadam kebakaran oelh Bomba dan Penyelamat juga diadakan.

Sementara itu, dilokasi yang lain syarikat saya diminta menyediakan gong perasmian, persembahan muzik tradisional dan bercerita oleh kanak - kanak. Sebelum ke PPR Batu Muda saya sempat singgah ke Galeri FINAS untuk menghantar dan memasang gong - mujur Giant saya dapat membantu. Trio Terancang (kurang seorang dari Kuartet Terancang) mendendangkan beberapa lagu yang dipetik dari filem Melayu lama. Sementara untuk pencerita cilik, anak - anak abang saya mengambil bahagian. Mujur latihan yang diberikan membantu mereka mengadakan persembahan dengan baik.

Perasmian oleh Dato Pengerusi FINAS

Dipaparkan beberapa gambar dari acara - acara ini.
Lebih banyak gamabr lagi boleh dilihat di facebook saya.

Dato KSU KPKT menanam pokok

Mohsen Amdan berkata : Expect the unexpected