Total Pageviews

BTN, Nik Aziz, Anwar dan Migrasi

Adakah usia kerajaan memerintah kini sudah begitu senja?
Salam
Melihat dari perkembangan di Facebook, ramai yang sedang berbicara mengenai Biro Tata Negara (BTN), isu tuang guru Nik Aziz, kes liwat Anwar ibrahim dan juga isu migrasi. Ada yang sampai menyumpah seranah, ada yang sampai hilang pertimbangan dan ada juga yang sangat dalam pemikirannya mengenai isu - isu di atas.

Saya sekadar ingin berkongsi pandangan mengenai perkara - perkara di atas dan seandainya ada yang tidak sehaluan, anda berhak merasa sedemikian kerana ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja.

Saya tidak pernah ke BTN malah saya sangat tidak mahu ke BTN. Semasa di kampus, saya sering diajak oleh rakan - rakan untuk ke BTN dan saya juga pernah dimomokkan dengan pernyataan bahawa saya tidak boleh 'graduate' dari UIAM sekiranya saya tidak ke BTN. Entah dari mana mereka dapat pernyataan ini saya tidak tahu tetapi..tadaaaa...saya dah pun tamat pengajian tanpa ke BTN pun. Suatu ketika, saya cuba bersetuju untuk ke BTN. Pakaian telah saya kemas dan kami telah berada di dalam bas pun. Tteapi bas itu patah balik ke UIA kerana mendapat arahan serta merta sebab isu penangkapan Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi. Saya yang ketika itu agak kurang pengetahuan mengenai politik menjadi bingung kerana apa kena mengena reformasi dengan pembatalan program BTN. Nampaknya saya memang ditakdirkan untuk tidak ke BTN.

Kenapa saya tidak mahu ke BTN? Secara jujurnya jawapan saya ialah saya tidak percaya kepada pendekatan BTN itu sendiri sebagai salah satu mekanisme membangunkan rakyat. Bagaimana saya tahu sedangkan saya tidak pernah pun pergi ke BTN? Hujah saya mudah...dengan hanya melihat orang yang telah pun ke BTN, maka senang saya buat kesimpulan bahawa program itu tidak perlu untuk saya..mungkin untuk orang lain juga. Ini kerana hasil dari mereka yang telah ke program itu nampaknya tidaklah ke mana. Ya..mungkin ada yang kata bukan semua kandungannya tidak bagus..saya setuju dengan pernyataan itu namun, saya memilih untuk menyayangi negara ini tanpa perlu proses doktrin yang demikian.

Anda tidak setuju dengan saya?..Silakan..kerana kita harus bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal ini.

Isu tuan guru Nik Aziz pula agak unik kerana disuatu sudut, penyokong mempertahankan beliau kerana tajaan adalah untuk menunaikan haji. Disuatu sudut lain melihat tajaan itu sebagai unsur rasuah. Pandangan saya, inilah yang yang dikatakan politik di mana apa saja yang berlaku dan melibatkan susuk pemimpin sememangnya sangat mudah disensasikan. Untuk menuduh Nik Aziz tidak bermoral saya fikir sukar kerana diketahui umum hidupnya yang sangat sederhana. Abang saya sendiri pernah mengalami situasi dengan TGNA dalam satu keadaan di mana ketika abang saya melawat TGNA beberapa tahun lalu. Adalah menjadi kebiasaan di pondok - pondok belajar agama di mana seseorang bersedekah kepada mana - mana tuan guru sebagai tanda hormat kerana mereka belajar secara percuma. Maka abang saya berbuat perkara sama pada TGNA tetapi dengan pantas TGNA menolak dan meminta abang saya memasukkan ke tabung masjid. Jumlahnya terlalu sedikit? Wallahua'lam tetapi saya sangat yakin dengan akhlak TGNA.

Isu Anwar Ibrahim pula nampaknya semakin hilang publisiti kerana masyarakat seolah - olah sudah hilang minat dengan isu liwat ini. Aura Anwar Ibrahim juga dilihat semakin pudar kerana isu ekonomi semakin menekan dan kelemahan BN semakin nyata dan cerita - cerita kedai kopi lebih berputar kepada kelemahan pemimpin sedia ada. GST, Standard Guru dan isu keselamatan negara dari pelbagai sudut membuatkan rakyat resah dan tidak menentu.

Migrasi pula semakin menakutkan jumlahnya kerana rakyat yang memiliki kecekapan dalam pelbagai bidang lebih suka berhijrah ke negara lain atas sebab daya saing negara yang semakin merosot dan perkembangan ekonomi yang lemah. Polisi - polisi yang tidak seimbang dan keputusan - keputusan kerajaan yang sangat politik sifatnya mendorong rakyat lebih suka hujan emas di negara orang.

Saya telah bersembang dengan seorang warga Bangladesh baru -baru ini. Bertanyakan kepadanya nilai kerja di sini. Katanya, RM1 bersamaan dengan 20Dhaka. Dan untuk kenyang seharian mereka hanya perlu berbelanja 10 Dhaka saja sehari. Ini bermaksud dengan 50 sen sudah mencukupi untuk sehari. Dengan tempat tinggal disediakan majikan, makanan yang minimal mampu membuatkan seorang warga Bangladesh yang bergaji RM800 sebulan di Malaysia mampu menghantar pulang tidak kurang dari 10,000 Dhaka sebulan. Maka dengan bekerja 3 tahun di negara ini, mereka sudah mampu mencipta kekayaan. Kita?

Atas dasar ini, mari kita renungkan bersama...apa yang harus dilakukan seterusnya bagi membolehkan kita terus bersaing dan tidak terjerumus ke lembah negara yang sangat mundur. Dengan hanya berjuang atas nama kaum, sebenarnya kita tidak ke mana - mana.

Mohsen Amdan Berkata: Kita tidak meminta pada Allah untuk dilahirkan dalam kaum apa. Maka kenapa kita perlu berjuang atas nama kaum? Adakah kita boleh memilih untuk jadi kaum apa?



12 comments:

Anonymous said...

"Mohsen Amdan Berkata: Kita tidak meminta pada Allah untuk dilahirkan dalam kaum apa. Maka kenapa kita perlu berjuang atas nama kaum? Adakah kita boleh memilih untuk jadi kaum apa?"

Abg Mohsen, awalnya saya macam sokong kenyataan abg ni. Tapi bila fikir2 balik, rasa macam bahaya pulak kesimpulan abg tu. Sebabnya, takut ada orang lain 'ambil pengajaran' dari kesimpulan tu secara salah, contohnya (na'uzubillah): "Kita tidak meminta pada Allah untuk dilahirkan dalam 'agama' apa. Maka kenapa kita perlu berjuang atas nama 'agama'? Adakah kita boleh memilih untuk jadi 'agama' apa?"

Oleh itu, saya cadangkan supaya abg elakkan buat kesimpulan yg 'simplistic' (kata Mat Salleh) seperti itu. Saya syorkan, abg kaji/komen adakah Islam melarang sebarang perjuangan berasaskan kaum. Adakah boleh atau tidak boleh.

Dan apakah perjuangan atas nama Melayu di Malaysia sebenarnya secara langsung adalah perjuangan Islam kerana ketuanan Melayu Islam di Malaysia sekaligus juga membawa ketuanan Islam di Malaysia (dengan Raja-raja Melayu diamanahkan utk memelihara hal-ehwal Islam,

+ di Malaysia Islam diberi keistimewaan berbanding agama 'kemusyrikan' lain seperti institusi masjid, zakat, haji, mahkamah syariah, dan lain2,

+ agama lain dilarang utk didakyahkan kpd umat Islam

dan sebagainya.

Saya juga mencadangkan abang meneliti taktik-taktik musuh Islam (seperti Zionis, gerakan Islam Liberal dan lain2) yang mungkin biasa 'menyerang' satu perkara dgn tujuan utk mendapatkan perkara lain (seperti buat komplot serangan pengganas ke atas Twin Tower pada 911, dgn tujuan/sasaran sebenar: untuk mengaitkan Islam dgn keganasan & menyerang Afghanistan & Iraq).

Mungkin dalam kes di Malaysia, musuh Islam sengaja 'menyerang' isu ketuanan Melayu, tetapi tanpa rakyat Malaysia sedari, 'sasaran' yg sebenar musuh-musuh Islam adalah untuk meruntuhkan 'ketuanan Islam' di Malaysia.

Mereka juga sengaja memperalatkan slogan 'ketuanan rakyat' supaya rakyat menolak kepimpinan Raja-raja Melayu Islam, sebaliknya mensasarkan supaya Malaysia diketuai oleh pemimpin yg dipilih secara 'demokrasi' (bukan lagi Raja / Agong sebagai Ketua Negara). Contoh terdekat: Singapura.

Dengan terkuburnya 'ketuanan Melayu' sekaligus akan terkuburnya kepimpinan Raja-raja Melayu Islam dan juga ketuanan Islam di Malaysia. Maka masa depan Malaysia akan ditentukan oleh demokrasi semata-mata. Tiada lagi keistimewaan terhadap agama Islam, sebaliknya Islam (dan umat Melayu Islam) dilayan 'sama rata' dengan agama-agama kemusyrikan lain (contoh: kedudukan agama-agama di Singapura, Peranchis/Turki-kes tudung/hijab, Switzerland-kes menara masjid diroboh dan lain2).

Di negara demokrasi khususnya negara sekular (tanpa sebarang agama sebagai agama rasmi negara), kedudukan agama Islam akan ditentukan oleh undi rakyat atau keputusan pemerintah (yg mungkin bukan Islam) (bukan lagi Raja beragama Islam). Maka jika rakyat/pemimpin mengundi supaya pelacuran dibenarkan (seperti di Singapura), maka ia akan dibenarkan, walaupun asalnya ia adalah haram di sisi agama Islam (jika ketuanan Islam tidak diruntuhkan oleh ketuanan demokrasi/ketuanan rakyat). Begitu juga jika pemakaian tudung/hijab/serban, laungan azan, dll.

Inilah 'sasaran' sebenar musuh-musuh Islam iaitu agama Islam itu sendiri.

Mereka hanya berselindung di sebalik perjuangan 'demokrasi' , 'ketuanan rakyat' , Islam Liberal, Islam Moderat, hak asasi manusia (termasuk hak utk memilih agama & jantina ikut suka sendiri), dan kebebasan peribadi (utk beragama atau tidak, utk minum arak atau tidak, utk seks bebas atau tidak, utk murtad, tukar jantinan, homoseks dan lain-lain).

Apa pendapat Abg Mohsen tentang strategi/muslihat sulit musuh-musuh Islam ini?

-Saadiah bt. Arsad

Mohsen Amdan said...

Sebabnya, takut ada orang lain 'ambil pengajaran' dari kesimpulan tu secara salah, contohnya (na'uzubillah): "Kita tidak meminta pada Allah untuk dilahirkan dalam 'agama' apa. Maka kenapa kita perlu berjuang atas nama 'agama'? Adakah kita boleh memilih untuk jadi 'agama' apa?"
Jawapan saya:
Takut orang lain 'ambil pengajaran' itu merupakan tindakan orang lain diluar kawalan kita. Anda di ajar untuk berbudi bahasa tetapi orang tetap tidak berbudi bahasa..adakah salah pengajaran budi bahasa itu?
Agama tidak diwarisi semata - mata saudari. Agama memerlukan ilmu. Orang Asli ramai yang di'Islamkan' oleh JAKIM. Tetapi adakah mereka sudah menjadi mukmin? Kenapa? Sebab kurangnya ilmu. Kurang ilmu bagaimana bisa mereka beramal?

Mohsen Amdan said...

Dan apakah perjuangan atas nama Melayu di Malaysia sebenarnya secara langsung adalah perjuangan Islam kerana ketuanan Melayu Islam di Malaysia sekaligus juga membawa ketuanan Islam di Malaysia (dengan Raja-raja Melayu diamanahkan utk memelihara hal-ehwal Islam,
di Malaysia Islam diberi keistimewaan berbanding agama 'kemusyrikan' lain seperti institusi masjid, zakat, haji, mahkamah syariah, dan lain2,
agama lain dilarang utk didakyahkan kpd umat Islam
Jawapan saya: Saya tidak ada menulis mengenai perkara ini iaitu perjuangan Melayu bermaksud perjuangan Islam. Melayukah Ridhuan Tee? Melayukah Abdullah Gymnistiar?
Saya rasa saudari terperangkap dengan istilah Melayu itu sendiri.
Adakah Reezal Merican mantan Presiden GMPS yang paksinya Melayu itu seorang Melayu?
Adakah saudari rasa Islam di Malaysia mendapat keistimewaan sehingga terbela semata - mata atas nama Melayu?
Pernahkah anda membaca apa - apa kisah Rasullullah SAW berjuang atas nama bani quraish?

Raja Melayu ini diamanahkan memelihara Ehwal Islam. Benar mereka di amanahkan tetapi adakah anda rasa mereka menjalankan amanah ini? Selak saja helaian NST atau The Star setiap minggu dan anda akan jumpa berpuluh - puluh gambar kerabat diRaja Melayu yang berada di pesta yang menghidangkan arak, berpakaian tidak menutup aurat. Maka wajibkah kita patuh pada org yang ingkar pada Allah? Adakah kerana dia Melayu maka Allah jadi pilihan kedua saya?
Saudari, Islam itu sudah sedia kala istimewa maka kenapa perlu ada keistimewaan? Orang kurang Upaya diberi keistimewaan kerana mereka kurang upaya. Raja diberi keistimewaan kerana rakyat yang kurang ilmunya. Rasullullah tidak pula meminta istana walhal dia sangat istimewa disisi Allah.


Dengan terkuburnya 'ketuanan Melayu' sekaligus akan terkuburnya kepimpinan Raja-raja Melayu Islam dan juga ketuanan Islam di Malaysia. Maka masa depan Malaysia akan ditentukan oleh demokrasi semata-mata. Tiada lagi keistimewaan terhadap agama Islam, sebaliknya Islam (dan umat Melayu Islam) dilayan 'sama rata' dengan agama-agama kemusyrikan lain (contoh: kedudukan agama-agama di Singapura, Peranchis/Turki-kes tudung/hijab, Switzerland-kes menara masjid diroboh dan lain2).

Jawapan saya: Sistem apa yang kita guna pakai sekarang ini? Raja Berpelembagaan? Benarkah ini yang kita guna? Hebatkah sistem ini?
Hanya Yahudi yang mahu agamanya penganutnya dilayan lebih dari bangsa lain dan atas dasar itu kita di panggil Ghoyim oleh mereka. Allah dan Rasul telah berulang kali menyatakan yang membezakan manusia itu ialah iman nya bukan kaum atau bangsanya. Maka, adakah dengan Ketuanan Melayu dijaga maka Islam turut terjaga? Saudari rasa Islam terjagakah sekarang ini?

Bercerita tentang taktik musuh Islam ini memang menarik. Cuma saya kecilkan skopnya iaitu apa yang kita alami sekarang ini ialah kitaran hasil dari usaha beribu tahun menjatuhkan Islam. Dan seperti memadamkan kebakaran yang besar, anda perlu padamkan satu sudut dahulu sebelum mampu memadamkan semua. Isu paling besar hari ini ialah umat islam itu sendiri. Umat islam itu yang lemah maka musuh hanya perlu berusaha sedikit sahaja untuk memberikan kesan yang besar. Lihat sahaja di negara kita, bagaimana bisa membanteras arak andai kerajaan sendiri memiliki sahamnya? Bagaimana bisa membanteras judi kalau Tabung Haji turut tumpang sekaki? Siapakah dalang disebalik ini? Zionis? DAP? PAS? Obama? Gerakan Islam Liberal?
InsyaAllah sambung lagi nanti

Anonymous said...

Terima kasih Abg Mohsen.

Komen Abg Mohsen seperti memberi penjelasan pendirian abg bahawa perjuangan atas nama kaum adalah TIDAK BOLEH (walaupun, Melayu itu adalah Islam)

Maka perjuangan Islam tidak boleh dilaksanakan melalui perjuangan atas nama kaum Melayu. Ia mesti perjuangan atas nama Islam sahaja.

Oleh itu, adakah Abg Mohsen bersetuju bahawa perjuangan Islam seperti yg dilaksanakan oleh Parti PAS adalah perjuangan yg lebih tepat dan perlu disokong oleh semua kaum Melayu, dan kaum Melayu perlu meninggalkan UMNO kerana dalam Islam tiada tempat untuk perjuangan atas kapasiti kaum.

Setuju? Kita sama-sama perlu sokong PAS (kerana hanya PAS yang jelas berdiri atas perjuangan atas nama agama Islam)?

Adakah ini juga bermakna, kita juga perlu menolak PKR dan DAP, sebab selain UMNO, parti-parti ini jelas tidak berjuang atas nama agama kita. Setuju? Hanya PAS yg boleh disokong? (PKR berjuang atas kapasiti bangsa Malaysia (bukan UMMAH MALAYSIA), DAP pun sama: Malaysian Malaysia (bukan Muslims Malaysia). Setuju? Kita perlu tolak juga perjuangan PKR & DAP?

Jika abg tidak setuju (abg juga membenarkan sokongan terhadap PKR & DAP), maka apakah pula justifikasinya? Harap boleh kongsikan pendirian abg dgn kami semua adik-adik yg baru mengenal politik Malaysia yg mengelirukan ini.

Terima kasih.

-Saadiah (Dik Yah)

Mohsen Amdan said...

Dik Yah yang dihormati..
Komen Abg Mohsen seperti memberi penjelasan pendirian abg bahawa perjuangan atas nama kaum adalah TIDAK BOLEH (walaupun, Melayu itu adalah Islam)
Jawapan saya:
Perlembagaan yang kata Melayu itu Islam. Salah sama sekali pernyataan ini!
Siapa kata Melayu itu Islam? Asal Melayu itu bukan Islam. Hanya selepas kedatangan pengaruh China, India dan Arab maka Melayu itu menjadi Islam. Ini bermaksud China dan India telah terlebih dahulu menjadi Islam sebelum kita.
Maka, kenapa harus Melayu ini berlagak menjadi wira Islam padahal kita hanya mendapat Islam itu sendiri dari bangsa yang kita kutuk dalam program BTN?
Pada 2001 sahaja, terdapat lebih kurang 200000 orang Melayu yang menyertai Persatuan Melayu Kristian di Singapura dan Johor. Bagaiman mudah kita nak kata Melayu itu Islam?

Saya juga tidak pernah mengiyakan bahawa PAS adalah pejuang Islam tetapi dalam Islam itu sendiri, kita perlu memberi sokongan kepada mana yang lebih menghampiri Allah. PKR dan DAP tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun ciri - ciri Good Governance yang diamalkan oleh Rasullullah SAW menjadi teras mereka.

Atas dasar ini , ramai dikalangan rakyat kita terperangkap dalam situasi ini. Kita harus ingat UMNO,PKR,PAS,DAP,MIC dan MCA bukanlah badan penegak agama. Tetapi semua ini adalah pertubuhan politik.

Politik didefinasikan sebagai 'Who gets What, When and How'. Maka kesuam parti politik ini berusaha keras untuk mendapatkan kuasa bagi mencapai matlamat tersebut. Dengan kuasa memerintah, kita boleh membentuk polisi, dasar, akta dan sebagainya yang memerlukan keadilan dan kesaksamaan dalam pentadbiran menerusi urustadbir baik.

Sekiranya UMNo memegang kepada kesaksamaan, pastinya Islam menjadi landasan terbaik. Begitu juga DAP. Adakah adil seorang jutawan Melayu mendapat diskaun 7% membeli rumah berharga RM9 juta atas dasar dia seorang bumiputera? Dengan diskaun beratsu ribu itu berapa unit rumah yang kita boleh adakan bagi orang miskin yang melarat?

Oleh itu, NGO yang beribu - ribu dinegara ini perlu menjadi pressure group kepada mana - mana parti politik yang memerintah supaya keadilan dapat di jaga. Malangnya kini keadilan tidak diurus dengan baik kerana keadilan tidak menjadi teras kepada sistem pengurusan negara kita.

Ingatlah, anak Melayu yang banyak di kelab - kelab malam dan tidak solat langsung malah menyalah gunakan dadah. Islamkah ini? Islam itu perlu adanya iman dan amal..bukan hanya pada bangsa.

Anonymous said...

Terima kasih Abg Mohsen.

Betul kata abg "Melayu itu adalah ..lam" (Melayu itu beragama ..lam) adalah disebut oleh Perlembagaan. Itulah yg saya rujuk dlm konteks ini.

Begitu juga jika kita sebut "Malaysia negara ..lam" (agama rasmi Malaysia adalah agama ..lam). Ia juga saya rujuk kpd Perlembagaan.

Antara cara yg berkesan utk mengubah "Melayu menjadi Murtad" (Kristian, dll) atau "Melayu tidak semestinya beragama ..lam" seperti yg dikupas oleh abg,

dan "Malaysia adalah bukan negara ..lam" (agama rasmi Malaysia bukan agama ..lam) (seterusnya ..lam tidak wajar diberi apa-apa kelebihan / keistimewaan kerana ia bukan agama rasmi Malaysia)

adalah dengan cara menyerang kedudukan "Melayu adalah ..lam" dan "Malaysia adalah negara beragama rasmikan ..lam" yg termaktub dalam Perlembagaan negara.

Oleh itu, kita dapati musuh-musuh ..lam menyokong kes Lina Joy dll dan menentang untuk meletakkan/menyatakan Malaysia sebagai negara ..lam.

Kedua-dua ini adalah untuk melemahkan kedudukan hubung kait ..lam dengan MELAYU dan MALAYSIA dalam PERLEMBAGAAN.

Pasti abg SEDAR & MAKLUM tentang taktik musuh-musuh ..lam ini yg ingin melemahkan kedudukan <..lam dan Melayu> serta <..lam dan Malaysia> dalam Perlembagaan.

Oleh itu, adakah abg setuju bahawa musuh ..lam sengaja 'menyerang' isu ketuanan Melayu, sedangkan sasaran sebenar mereka adalah untuk meruntuhkan 'ketuanan ..lam' di Malaysia.

Setuju atau tidak setuju?

- Saadiah

Mohsen Amdan said...

Saya tidak setuju sepenuhnya bahwa musuh Islam menyerang ketuanan Melayu untuk meruntuhkan Islam.
Ini kerana musuh Islam telah pun berjaya meruntuhkan institusi Islam itu sendiri di Malaysia. Saya ulangi telah pun berjaya.
Isu Lina Joy dan pelbagai kes murtad bagi saya tidak langsung bersangkut paut dengan ketuanan melayu kerana ketika Islam 'ditegakkan' oleh UMNO selama 50 tahun ini yang kita telah pun tewas dengan musuh Islam.
Maka, perjuangan parti politik sekarang ini lebih menjurus kepada penguasaan kuasa ekonomi kerana relatifnya ekonomi kita terlalu lemah kerana polisi dan perlaksanaan yang sangat tidak bijak.
Kalau kita perhatikna, ketuanaan Melayu tidak membawa impak besar kepada pembangunan negara sehingga kini DEB gagal, maka impak menguasai bangsa di sini sana longgar.
Kita cuba menyorok dibelaknag perlembagaan tetapi sebenarnya kelemahan kita lebih mudah dikesan. Akibatnya, kita sangat bergantung kepada bangsa selain Melayu dinegara ini. Bayangkan pemborong Cina tidak mahu menjual kepada Melayu? Apa ketuanan Melayu boleh buat?
Tetapi bayangkan negara makmur, tiada pergolakan bangsa. Lebih mudah membangunkannya bersama bukan?
Alangkah bagus kita fokuskan lebih ramai bangsa lain menganut Islam berbanding bimbang si Cina dan Si India menjadi lebih kaya dari si Melayu?
Andai lebih ramai cina kaya masuk Islam, bukankah kutipan zakat akan meningkat?
Tetapi kerana matanya sepet dan kulitnya putih, kita lebih bimbang mereka berkuasa..mengapa harus begini?
Kita takut isu murtad..tetapi, adakah anda rasa Jakim dan agensi dibawahnya telah bertungkus lumus menyebarkan Islam? Cuba layari laman JAKIM sekarang juga, banyakkah informasi berguna untuk menarik orang lain memeluk islam?
Jadi ..siapa musuh dan siapa kawan sekarang ini?

Anonymous said...

Terima kasih Abg Mohsen,

Jika UMNO telah gagal, parti manakah yg adik patut undi dalam PRU13?

Rasanya kena undi PAS. Cuma adik tak suka PAS lebih utamakan DAP berbanding umat Islam dalam UMNO. Pemimpin DAP dipeluk-peluk, tetapi pemimpin UMNO didoakan dengan bala & banyak syarat untuk bermuzakarah.

Prestasi PAS pun nampaknya kurang baik.

Apa nasihat abg? Parti mana yg patut adik undi nanti? Adik keliru sekarang.

Yg Melayu macam tak boleh diharap.

Yg parti agama macam mementingkan politik berbanding dakwah kpd yg Melayu saudara seagama.

Yg Ke Adil macam nak main lompat-lompat utk dapat kuasa.

Yg DAB tak nak negara agama (nak sekular).

Pening, pening. Mohon nasihat abg. Nak undi parti mana satu?

-Saadiah

Mohsen Amdan said...

Parti yang mana?
PAS memeluk - meluk DAP?
Baik lah..
siapa yang kamu hendak peluk kalau diberi pilihan..
Melayu yang tidak solat, berdisko, mabuk dan zina dan memusuhi kamu dan keluarga kamu ..
atau
Jiran Cina yang membela anjing dan makan babi tetapi tidak menzalimi kamu?

Anonymous said...

"Melayu yang tidak solat, berdisko, mabuk dan zina dan memusuhi kamu dan keluarga kamu .."

Siapakah orang Melayu yang tidak solat, berdisko, mabuk dan zina dan memusuhi saya dan keluarga saya hingga saya dilarang memeluknya? Pemimpin Melayu mana yg "tidak solat, berdisko, mabuk dan zina dan memusuhi saya dan keluarga saya" yg abg maksudkan?

Abg jangan la kasi saya makin pening?

Soalan saya mudah je. Nak undi parti mana satu kat Malaysia ni?
PRU13 dah tak lama lagi.

Soalan saya mudah je bang. Share lah pendirian abg dgn kami org muda ni. Parti mana kita nak undi ni?

Terima kasih.

-Saadiah

Mohsen Amdan said...

Saadiah yang dihormati.
Parti mana yang kamu akan pilih? Bergantung lah kepada siapa yang bertanding ditempat kamu.
Yang pasti..saya tidak menyokong parti pemerintah negara hari ini.

Anonymous said...

Terima kasih,

Antara masalah di tempat saya ialah yg bertanding adalah BN lawan DAP.

Ikut hukum Islam, bolehkah kita mengundi DAP? (dalam keadaan DAP menentang konsep 'negara Islam' sebaliknya memperjuangkan negara sekular.

Abg, bolehkah saya mengundi DAP?

Atau saya tak perlu mengundi langsung, sebab BN pun tak OK, DAP pun tak OK jugak.

Sekarang kawasan saya dimenangi oleh DAP. Kelihatan rumah urut, kedai arak, makin bertambah akhir-akhir ni.