Total Pageviews

BENGKEL KEMAHIRAN PEMASARAN



Salam
24 Februari 2010
Jabatan Pembangunan Wanita Selangor

Saya dijemput oleh saudara Zamzuri Malik bagi mengendalikan 2 slot dalam kursus di atas yang dihadiri oleh hampir 20 orang ibu tunggal sekitar Selangor. Ini merupakan kali pertama saya berhadapan dengan khalayak sebegini.

Zamzuri sedang memberi taklimatnya

Saya mengendalikan slot Geran dan Dana Agensi Kerajaan yang boleh dimanfaaatkan oleh rakyat bagi tujuan perniagaan. Syukur kerana respon dari peserta amatlah baik dan mereka bersungguh - sungguh bertanyakan pelbagai soalan untuk membantu meningkatkan peniagaan mereka.

Saya tiba agak lewat di tempat porgram kerana bumbung kereta saya tersangkut ketika ingin memasuki zon letak kereta di aras bawah Plaza Perangsang. Bercalar bumbung saya..dalam keadaan nak cepat pula ke bilik latihan ada pula insiden sebegini menimpa saya..sabar saja la.

Secara peribadi saya berasa masa 4 jam saya bersama mereka sangat singkat kerana banyak maklumat yang boleh dikongsikan dan sesi soal jawab sangat penting bagi tajuk sebegini kerana keperluan setiap peserta berbeza - beza.


Saya mendoakan agar mereka dapat mempraktikkan apa yang dikongsikan dan menjadi manfaat kepada semua. Kepada Zamzuri..terimakasaih daun keladi..lain kali jemput lagi..

Mohsen Amdan berkata : Kurang bersetuju dengan istilah Ibu Tunggal

Program Pra Keusahawanan KEMAS Zon Timur

Menguji kemampuan jet peribadi masing - masing

Salam.
7 - 10 Februari 2010
Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir

Saya telah diundang oleh salah seorang teman baik saya iaitu saudara Zikri Rafaie - pemilik Ziqzul Corporation Sdn. Bhd. bagi membantu beliau mengendalikan kursus pra keusahawanan untuk calon penerima bantuan mesin dai KEMAS di zon timur. Saya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya memberi khidmat kepada Ziqzul sejak sekian lama penubuhannya. Perasaan segan dan malu agak menebal kali ini kerana saya perlu membuktikan kepada Zikri kemampuan saya mengendalikan kursus kerana berharap ini bukanlah kali terakhir beliau akan memberi peluang kepada saya menyertai program kendalian beliau. (heheheh)

Seramai 37 peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang hadir kali ini. Satu perkara yang saya perhatikan ialah saya terus mengubah mode pertuturan saya ke dialek pantai timur walaupun tidak begitu sempurna namun oleh kerana saya kerap ke Terengganu sebelum ini maka agak mudah saya mengajuknya.

Pengisian kali ini merupakan gabungan idea Zikri dan saya di mana secara mudah boleh dikatakan Zikri mengendalikan aspek kewangan dan teknikal berkaitan perniagaan dan saya mengendalikan bahagian 'Manusia' nya. Rasanya, ini merupakan gabungan terbaik yang saya pernah lalui sepanjang tempoh saya berkecimpung dalam industri ini. Saya jug amempelajari banyak perkara baru dari Zikri berdasarkan kaedah pengendalian beliau yang memiliki sijil NLP dan bantuan Saifuddin iaitu pengurus Ziqzul yang sangat komited.

Zikri memberi taklimat sebelumbertolak ke Pasar Kedai Payang

Antara 'mangsa' yang di serbu oleh peserta

Peserta juga dilepaskan di Pasar Kedai Payang untuk sesi praktikal di mana mereka perlu menjual kepada sesiapa sahaja dan mencipta keuntungan dari barangan yang kami sediakan. Produk seperti minyak rambut, pisau cuku, minyak wangi dan sebagainya menjadi cabaran buat mereka untuk menjualnya. Namun, syukur kerana hasil aplikasi dari ilmu yang kami terpakan 2 hari sebelumnya dilaksanakan dengan baik, semua kumpulan beroleh keuntungan pada sesi tersebut.

"Bang..tolong la beli bang.."

"Bang..kami dari KEMAS ni bang..bukan jurujual biasa kami ni"

Saya juga semakin memahami KEMAS secara mendalam dan ini mungkin membantu saya dalam proses perubahan masyarakat di masa akan datang.
Cik Wani wakil dari Pejabat KEMAS Putrajaya memberii taklimat di bengkel Keropok Sira salah seorang peserta BEK

Di rumah salah seorang peserta ketika sesi lawatan

Mohsen Amdan berkata : Bukan mudah untuk bersaing mendapatkan bantuan dari KEMAS...

Pengurusan Stress


Salam.

6 Februari 2010

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Saya dijemput untuk kali kedua oleh pihak PASUM untuk mengendalikan slot Jatiudiri di bawah tajuk Pengurusan Stress. Seperti sesi yang lepas juga saya mengendalikan 2 kumpulan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari.


Seronok perasaan pada kali ini kerana semua yang hadir merupakan peserta program saya yang lalu. Maka dapat berjumpa semula dan mendengar perkembangan mereka membuat saya berasa lega kerana berita - berita positif dari mereka.


Selain itu, bertemu dengan pensyarah dan kakitangan PASUM yang sebelum ini menyertai program saya di A Famosa juga memberi peluang kami bertukar cerita dan perkembangan terkini. Di takdirkan pensyarah yang mengendalikan sesi ini juga secara kebetulan merupakan kawan kepada 2 orang teman saya yang lain. 


Bercerita mengenai pengurusan stress, pelajar - pelajar ini berdepan dengan situasi yang tidak pasti mengenai kemana mereka sesudah Pusat Asasi ini. Tidak seperti zaman saya di pusat matrikulasi dahulu di mana kami sudah pun diletakkan di Kulliyyah yang tertentu dan sekiranya lulus kami akan ke kampus utama.

Pelajar PASUM ini sebaliknya perlu bersaing dengan pelajar STPM dan pusat matrikulasi lain bagi melayakkan mereka ke mana - mana IPT. Saya kurang pasti sejak bila sistemnya mula diperkenalkan tetapi pastinya ada pro dan kontra untuk setiap sesuatu.

Sebagai pelajar semester 2, saya ingin ucapkan selamat maju jaya dan semoga hasrat mereka tercapai menjejak kaki ke IPT yang di idamkan. Juga, dengan harapan mereka menjadi insan yang hebat dan cemerlang!

Mohsen Amdan berkata : Saringan berlaku apabila wujudnya lambakan.??..

Satira di kedai kopi - Episod 1: Lelaki - lelaki yang patah


Hakim: apa bukti atas pertuduhan?

Pendakwa: kami akan membukti kan kami ada cukup bukti termasuk hasil ujian dna, laporan doktor, laporan kimia & bukti dokumentasi. terdapat kesan air mani tertuduh tertinggal didalam dubur mangsa (saifool)!

Hakim: apa benar tertuduh telah merogol anda?

Mangsa liwat: ya.

Hakim: bila?

Mangsa liwat: 26 haribulan yang arif.

Hakim: bila laporan polis dibuat?

Mangsa liwat: 28 haribulan setelah mendapat pekenan menteri perdana

Hakim: bila pemeriksaan doktor dibuat?

Mangsa liwat: sebelah petang 28 selepas membuat laporan polis.

Hakim: bagaimana kamu boleh mengekalkan (mengandungkan) air mani mangsa untuk selama lebih 2 hari didalam dubur kamu?

Mangsa liwat: saya kemut yang arif.

Hakim: kamu tidak basuh?

Mangsa liwat: tidak.

Hakim: tidak mandi?

Mangsa liwat: tidak juga yang arif.

Hakim: jadi kamu tidak ketandas, tidak basuh & tidak mandi selama lebih 2 hari?

Mangsa liwat: benar yang arif. saya buat begitu untuk mengekalkan bukti dna yang arif.

Singh berkapal: yang arif, nampaknya perbicaraan ini melibatkan edegan 18sx & saya mohon perbicaraan dijalankan secara tertutup.

Hakim: baiklah. perbicaraan ditangguhkan ke esok pagi.