Salam
24 Februari 2010
Jabatan Pembangunan Wanita Selangor
Saya dijemput oleh saudara Zamzuri Malik bagi mengendalikan 2 slot dalam kursus di atas yang dihadiri oleh hampir 20 orang ibu tunggal sekitar Selangor. Ini merupakan kali pertama saya berhadapan dengan khalayak sebegini.
Zamzuri sedang memberi taklimatnya
Saya mengendalikan slot Geran dan Dana Agensi Kerajaan yang boleh dimanfaaatkan oleh rakyat bagi tujuan perniagaan. Syukur kerana respon dari peserta amatlah baik dan mereka bersungguh - sungguh bertanyakan pelbagai soalan untuk membantu meningkatkan peniagaan mereka.
Saya tiba agak lewat di tempat porgram kerana bumbung kereta saya tersangkut ketika ingin memasuki zon letak kereta di aras bawah Plaza Perangsang. Bercalar bumbung saya..dalam keadaan nak cepat pula ke bilik latihan ada pula insiden sebegini menimpa saya..sabar saja la.
Secara peribadi saya berasa masa 4 jam saya bersama mereka sangat singkat kerana banyak maklumat yang boleh dikongsikan dan sesi soal jawab sangat penting bagi tajuk sebegini kerana keperluan setiap peserta berbeza - beza.
Saya mendoakan agar mereka dapat mempraktikkan apa yang dikongsikan dan menjadi manfaat kepada semua. Kepada Zamzuri..terimakasaih daun keladi..lain kali jemput lagi..
Mohsen Amdan berkata : Kurang bersetuju dengan istilah Ibu Tunggal
No comments:
Post a Comment