Total Pageviews

Program Pra Keusahawanan KEMAS Zon Timur

Menguji kemampuan jet peribadi masing - masing

Salam.
7 - 10 Februari 2010
Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir

Saya telah diundang oleh salah seorang teman baik saya iaitu saudara Zikri Rafaie - pemilik Ziqzul Corporation Sdn. Bhd. bagi membantu beliau mengendalikan kursus pra keusahawanan untuk calon penerima bantuan mesin dai KEMAS di zon timur. Saya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya memberi khidmat kepada Ziqzul sejak sekian lama penubuhannya. Perasaan segan dan malu agak menebal kali ini kerana saya perlu membuktikan kepada Zikri kemampuan saya mengendalikan kursus kerana berharap ini bukanlah kali terakhir beliau akan memberi peluang kepada saya menyertai program kendalian beliau. (heheheh)

Seramai 37 peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang hadir kali ini. Satu perkara yang saya perhatikan ialah saya terus mengubah mode pertuturan saya ke dialek pantai timur walaupun tidak begitu sempurna namun oleh kerana saya kerap ke Terengganu sebelum ini maka agak mudah saya mengajuknya.

Pengisian kali ini merupakan gabungan idea Zikri dan saya di mana secara mudah boleh dikatakan Zikri mengendalikan aspek kewangan dan teknikal berkaitan perniagaan dan saya mengendalikan bahagian 'Manusia' nya. Rasanya, ini merupakan gabungan terbaik yang saya pernah lalui sepanjang tempoh saya berkecimpung dalam industri ini. Saya jug amempelajari banyak perkara baru dari Zikri berdasarkan kaedah pengendalian beliau yang memiliki sijil NLP dan bantuan Saifuddin iaitu pengurus Ziqzul yang sangat komited.

Zikri memberi taklimat sebelumbertolak ke Pasar Kedai Payang

Antara 'mangsa' yang di serbu oleh peserta

Peserta juga dilepaskan di Pasar Kedai Payang untuk sesi praktikal di mana mereka perlu menjual kepada sesiapa sahaja dan mencipta keuntungan dari barangan yang kami sediakan. Produk seperti minyak rambut, pisau cuku, minyak wangi dan sebagainya menjadi cabaran buat mereka untuk menjualnya. Namun, syukur kerana hasil aplikasi dari ilmu yang kami terpakan 2 hari sebelumnya dilaksanakan dengan baik, semua kumpulan beroleh keuntungan pada sesi tersebut.

"Bang..tolong la beli bang.."

"Bang..kami dari KEMAS ni bang..bukan jurujual biasa kami ni"

Saya juga semakin memahami KEMAS secara mendalam dan ini mungkin membantu saya dalam proses perubahan masyarakat di masa akan datang.
Cik Wani wakil dari Pejabat KEMAS Putrajaya memberii taklimat di bengkel Keropok Sira salah seorang peserta BEK

Di rumah salah seorang peserta ketika sesi lawatan

Mohsen Amdan berkata : Bukan mudah untuk bersaing mendapatkan bantuan dari KEMAS...

2 comments:

budakpauh said...

ko x bgtau aku nak pi teganu kalu x aku leh bg tutorial bahasa teganu kat ko

Mohsen Amdan said...

Azeli..
aku hok cakap ganu ni dok ade probleng la..
AKu kalu pekena kepok 2 bungkus buleh dah cakap ganu