Total Pageviews

Pengurusan Stress


Salam.

6 Februari 2010

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Saya dijemput untuk kali kedua oleh pihak PASUM untuk mengendalikan slot Jatiudiri di bawah tajuk Pengurusan Stress. Seperti sesi yang lepas juga saya mengendalikan 2 kumpulan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari.


Seronok perasaan pada kali ini kerana semua yang hadir merupakan peserta program saya yang lalu. Maka dapat berjumpa semula dan mendengar perkembangan mereka membuat saya berasa lega kerana berita - berita positif dari mereka.


Selain itu, bertemu dengan pensyarah dan kakitangan PASUM yang sebelum ini menyertai program saya di A Famosa juga memberi peluang kami bertukar cerita dan perkembangan terkini. Di takdirkan pensyarah yang mengendalikan sesi ini juga secara kebetulan merupakan kawan kepada 2 orang teman saya yang lain. 


Bercerita mengenai pengurusan stress, pelajar - pelajar ini berdepan dengan situasi yang tidak pasti mengenai kemana mereka sesudah Pusat Asasi ini. Tidak seperti zaman saya di pusat matrikulasi dahulu di mana kami sudah pun diletakkan di Kulliyyah yang tertentu dan sekiranya lulus kami akan ke kampus utama.

Pelajar PASUM ini sebaliknya perlu bersaing dengan pelajar STPM dan pusat matrikulasi lain bagi melayakkan mereka ke mana - mana IPT. Saya kurang pasti sejak bila sistemnya mula diperkenalkan tetapi pastinya ada pro dan kontra untuk setiap sesuatu.

Sebagai pelajar semester 2, saya ingin ucapkan selamat maju jaya dan semoga hasrat mereka tercapai menjejak kaki ke IPT yang di idamkan. Juga, dengan harapan mereka menjadi insan yang hebat dan cemerlang!

Mohsen Amdan berkata : Saringan berlaku apabila wujudnya lambakan.??..

No comments: