Total Pageviews

Parenting@Work


Barisan Trainer MAPIM Selangor bergambar dengan Presiden MAPIM & KP LPPKN

Salam
5-7 Mac 2010
Hotel Putra Kuala Lumpur

Saya dijemput oleh Zaki Rafai untuk menyertai satu Train The Trainer Program (TTT) anjuran MAPIM (Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia) yang dikendalikan oleh LPPKN. Untuk menyertai program ini saya perlu terlebih dahulu menjadi ahli MAPIM lalu saya terus mendaftar.
Ahli kumpulan saya sedang menyiapkan topi kumpulan kami

MAPIM merupakan satu NGO yang mengetengahkan isu berkaitan keibubapaan, keluarga dan sosial dan merupakan NGO terbesar dan utama dalam memperjuangkan perkara ini. Ini diiktiraf oleh LPPKN sendiri. MAPIM juga merupakan NGO pertama yang diberi hak melatih masyarakat mengenai modul Parent@Work ini. Bagi saya, ini satu peluang yang tidak boleh saya lepaskan. Program ini dihadiri ahli MAPIM seluruh Malaysia dan seronok melihat orang - orang hebat berstatus Dato' & Datin turut menyertai TTT sehingga penghujungnya.

Hebat idea kumpulan ni...

Peluang yang bagaimana? Pertama, saya sendiri sebagai ayah maka saya perlu melengkapkan diri saya dengan pelbagai perkara melibatkan keibubapaan ini. Kedua, membantu saya mendekatkan diri kepada masyarakat dan membantu mereka memainkan peranan membina negara dengan lebih jitu. Ketiga, membantu saya mengenali lebih banyak jaringan baru khususnya mereka yang berpengaruh dalam pembuatan polisi, politik dan juga agensi kerajaan. Keempat, menempatkan diri saya kepada potensi memasukkan idea - idea saya kepada agenda pembangunan negara menerusi LPPKN.

Chicken Dance semasa sesi pengurusan Stress

Antara perkara yang dipelajari dalam sesi ini ialah Fitrah Manusia, Konsep Keibubapaan , Pengurusan Masa, Pengurusan Stress dan beberapa yang lain. Program ini berjalan 3 hari namun apabila dilaksanakan kelak ia hanya memakan masa sehari sahaja.

En. Naga (berdiri) merupakan bekas kakitang ISA di Kemunting

Unik sekali program TTT ini kerana kebanyakkan tenaga pengajarnya merupakan mereka yang pernah hadir dalam kursus kendalian saya sebelum ini. Maka, amatlah seronok apabila ketemu mereka semula dengan kali ini, saya pula menjadi anak murid.

5 modul utama dijalankan bagi memberi kami input pengendalian program ini diperingkat negeri kelak. Salah satu modulnya dibangunkan oleh insan yang saya hormati iaitu Prof Madya Makzan Musa dari UUM. Apabila terbaca nama beliau terus saya menghantarkan sms dan rupanya beliau telah setapak kehadapan lagi dengan Art Therapy yang kini dijalankan di Sungai Petani khusus untuk mereka yang hamil luar nikah. Saya ketemu beliau pada 12 hb Mac ini untuk berkongsi lanjut perkara yang menarik itu.

Taukeh IQ Class Management pun ada dalam program ini

Berbalik kepada TTT, MAPIM akan menjalankan program ini keseluruh negara bermula dari April dan moga - moga ia mampu menyuntik kesedaran kepada ibu bapa diluar sana untuk lebih mengambil berat apa saja berkaitan keluarga mereka.

Zaki Rafai menerima sijil dari Ketua Pengarah LPPKN

Mohsen Amdan berkata: Menakutkan apabila diberitahu mengenai pelbagai statistik masalah sosial di negara kita

No comments: