2% of the people think, 3% of the people think they think and 95% of the people would rather die than think - Dr. Albert Schweitzer
Salam
Kejayaan adalah 99% peratus kisah gagal..dan 1% bakinya itulah kejayaan.
Falsafah ini yang sering mendorong saya untuk terus mencuba pelbagai perkara baru dalam hidup, mengambil risiko dan melalui proses pembelajaran untuk memajukan diri. Seringkali dalam proses ini saya menemui kegagalan yang pelbagai; ditipu, dihina, dipandang remeh dan tidak mencapai matlamat yang disasarkan.
Seringkali di dalam program yang saya kendalikan saya akan mengambil peluang untuk berkongsi kisah bagaimana saya melalui saat sukar dalam hidup. Suatu perkara menarik yang saya perhatikan ialah; walaupun ada peserta yang tidak menumpukan perhatian semasa sesi berlangsung, mereka akan secara tiba - tiba memberi perhatian kepada cerita yang saya sampaikan. Ya..satu perkara lumrah manusia iaitu tertarik kepada cerita...dan cerita itu mesti mampu menarik perhatian! Sebab itu sedari dulu mereka yang mahir bercerita akan sentiasa mendapat tempat di dalam masyarakat.
Mengapa cerita itu mampu menarik perhatian mereka, kerana kebanyakan dari mereka tidak pernah melalui kegagalan yang saya hadapi atau kisah saya itu mirip kisah hidup mereka atau orang yang mereka kenali. Pernah dalam sebuah program seorang peserta menangis kerana merasakan kisah saya hampir sama seperti kisah hidupnya.
Berbalik kepada bangkit dari kegagalan, ia tidak semudah seperti yang disangka. Ramai orang yang berjaya mencapai status kejayaan itu sesudah mengalami kegagalan. Ada juga yang ditakdirkan melalui laluan mudah untuk berjaya tanpa perlu bersusah payah sebagai contoh dilahirkan dalam susuk yang segalanya terhidang didepan mata; kemewahan harta, darjat dan laluan hidup. Walaupun dia juga melalui halangan untuk mengekalkan kesenangan yang dimiliki namun ia tidak sama dengan mereka yang pernah melalui kegagalan.
Kenapa perlu bangkit dari kegagalan? Kenapa tidak lupakan saja dan ikut sahaja arus yang membawa diri? Kenapa harus mencuba perkara yang baru, kenapa tidak ikut sahaja apa yang telah dilalui oleh orang lain?
Bangkit dari gagal dengan berani dan kental merupakan sifat pejuang yang sebenar. Hidup ini ialah satu perjuangan! Kita harus bangkit dari kegagalan dan kekecewaan silam dengan mengatur langkah dan strategi yang lebih baik bagi menangani masalah yang timbul.
Jangan mudah berputus asa dan redhalah dengan ujian Allah. Mohon petunjuk dariNya dan dampingilah orang yang positif pemikirannya bagi mengelakkan kita terus terbaring dengan kegagalan. Bangkitlah dari kegagalan dengan niat bukan mahu membuktikan kepada sesiapa diluar sana sebaliknya untuk membuktikan pada diri sendiri yang ujian diturunkan kepada diri kita kerana Allah sayangkan kita.
Mohsen Amdan berkata: Kadang - kadang ada juga yang menghampiri saya selepas program dan bertanyakan seperti "En. Mohsen ni macam tak padan dengan usianya..macam - macam sangat yang dilaluinya" atau "Betul ke cerita En. Mohsen tadi?""
2 comments:
Salam,
Dulu saya peminat suaramu dalam Dewangga Sakti.
Namun kini tulisan tuan lebih menyengat.
Dulu sering mengulang baca buku Dare To Fail.
Jatuh bangun kita atas diri sendiri.
Saudara Alif
Terimakasih atas sokongan yang diberikan.
Ya..buku Dare to Fail antara buku hebat yang bagus di baca..
Petang ini saya akan terlibat dalam forum konsultatif berkaitan Dasar Pembangunan Keluarga dari kacamata generasi X dan Y..
Isu berani gagal dikalangan kelompok ini akan saya ketengahkan insyAllah
Post a Comment