Sukses!!!!
Salam.
14 - 16 Mac 2010
Hotel Good Hope Skudai
"Sen..depa mintak tukaq la..."
"Tukaq apa?"
"Depa tak jadi buat program motivasi..depa nak buat teknik menjawab soalan..."
"Mampuih aku!!! hari ni jumaat hang tau dak?"
"Aku tau..hang tolong no..."
Itu lebih kurang dialog saya bersama Mustakim - Eksekutif Latihan FTCSB yang kini dah jadi seperti rakan kamcing saya yang lain - lain. Rupa - rupanya kami pernah segelanggang sepaktakraw cuma masa dulu kurang mengenali agaknya kerana saya masih kurus ketika itu...(perasan)
Program yang sepatutnya kendalian saya sepenuhnya bertukar kepada sesuatu yang sangat asing iaitu teknik menjawab soalan. Semestinya saya memerlukan guru - guru pakar untuk membantu saya dalam hal ini. Jemputan saya kepada fasilitator MAX terpaksa saya batalkan dan saya perlu bertungkuslumus mencari pasukan baru. Saya menghubungi sesiapa sahaja yang dapat membantu dan syukur atas izin Allah saya ditemukan dengan CIkgu Ujang dari Sekolah Tun Fatimah, CIkgu Suresh dari SMK Taman Universiti dan Lee Wee Lim - CEO Pusat Tuisyen Skor Bestari - salah satu pusat tuisyen yang masyhur di Skudai. Mereka inilah yang banyak membantu saya mendapat guru - guru seramai 12 orang ini. Namun sebelum memperoleh Cikgu Ujang, sahabat baik saya Shahrul Faizal memberi saya nombor Cikgu Liza dari SETA yang membuka laluan kepada Cikgu Ujang.
Tok Ijal, orang kuat team Gemilang UIAM terpaksa memohon cuti untuk bersama dalam program ini kerana surat jemputan yang saya keluarkan tak laku sebab tidak program ini tidak menjurus kepada lingkup kerja beliau. Ditemani isteri dan anak - anak, Tok Ijal menyertai kami dan menyambut hari lahirnya yang ke 70 ..ehh..silap yang ke 32 di McDonald Skudai bersama teman - teman dari SMS Muar saya; Shahrul, Nafizan dan Zamri.
Saya agak gelisah pada awalnya kerana bilangan peserta yang memohon ialah seramai 750 orang! dan apabila tiba petang itu di hotel..bilangannya ialah 450....saya tidak pernah mengendali seramai ini di hotel..dan usia mereka pula membimbangkan saya untuk mengawalnya...terus terang saya agak panik. Syukur kerana Allah menghantarkan bantuan dengan kehadiran pasukan dari FTCSB Tebing Tinggi untuk membantu. Di ketuai oleh Safwan yang berpengalaman dalam program ESQ, program ini berjalan lancar.
Hari pertama berlangsung baik dengan majoriti peserta UPSR telah pun mengenali saya kerana mereka bersama saya dalam program Bahasa Inggeris sebelum ini. Saya membentuk kabilah berdasarkan UPSR, PMR dan SPM. Saya juga melantik Ketua Umum dan 2 Penolong Ketua Umum dengan kaedah ala - ala TV show.
Pelajar UPSR
Sesi malam ialah sesi ice breaking dan suai kenal. Saya mengendalikan sesi ini bersama Tok Ijal dan disambung pula oleh Safwan dengan pendekatan ESQ. Kali pertama saya saksikan ESQ kerana sebelum ini hanya berdasarkan pembacaan dan perkongsian dari rakan - rakan sahaja.
Esoknya sesi bengkel mengikut mata pelajaran bermula. Sehingga petang saya hanya mengendalikan sesi riadah dan peserta melakukan senamrobik yang diketuai oleh sala seorang adik UPSR yang sebelum ini juga mengetuai senaman di program English terdahulu. Semua Ketua Kabilah juga berada di barisan utama. Kami juga bermain beberapa permainan lain sebelum beramai - ramai berkumpul untuk sesi fotografi di tangga hotel.
Riadah dalam ball room..ok juga..
Cikgu Rasyid mengendali bengkel SPM Bahasa Inggeris
Sesi malam pula ialah sesi perkongsian mengenai membangunkan hati di mana saya, Tok Ijal dan Safwan berkongsi pengalaman mengenai kepentingan menjaga, merawat dan membangunkan hati. Ini penting kerana pada usia mereka, mereka sangat mudah terdedah dengan pelbagai perkara menerusi sosialisasi.
Tuan Hj Yahya Yusofe
Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Johor merasmikan majlis penutup
Secara keseluruhan boleh saya katakan program ini mencapai sasarannya. Namun banyak aspek penambahbaikan yang dapat dilakukan di masa akan datang. Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Buat adik - adik..moga sukses dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Lebih banyak gambar boleh dilihat di facebook saya. Anda juga boleh menontonnya di http://www.youtube.com/watch?v=e-LfLMJt7Ps
Tok Ijal mewakili Lilcent semasa majlis penutup..kenapa bukan saya sendiri?
Mohsen Amdan berkata: Soalan peperiksaan sekarang ni dah jau berbeza dengan zaman kami dahulu...
2 comments:
Saya anak orang FELDA...moga tuan akan terus berjaya!
it was 3years ago, and i one of those.... thanks en. mohsen .... i really miss that moment
Post a Comment