Total Pageviews

Siri Karya Digital

Mulai 2013, saya telah mula menerbitkan Siri Karya Digital; satu segmen di blog saya ini mengupas menegnai hasil karya saya yang menggunaka kamera digital dan dimanipulasikan dengan aplikasi Iphone atau Ipad 2 saya. Karya - karya ini terhasil dari pemerhatian sekeliling, rakaman spontan dan juga hasil manipulasi yang tidak disangka - sangka tetapi menjana idea. 

Saya tidak pandai melukis, tetapi rakan seni saya iaitu Adeputra Masri pernah memberitahu saya bahawa setiap orang  sebenarnya memiliki bentuk seni tersendiri dan mampu melukis. Cantik atau tidak itu adalah subjektif kata beliau.

Maka mulai dengan entri ini, saya akan kongsikan hasil kerja saya dan kupasan mengenainya.


Imej di atas ini bertajuk Tangan - Cinta - Dosa. Ia terhasil dari imej yang dirakam menggunakan IPhone 4 di mana apps KaleidaCam digunakan bagi merakam imej tangan saya sendiri. Kemudian saya melakukan suntingan menggunakan apps SnapSeed dan juga Line Camera.

Saya memilih tajuk Tangan - Cinta - Dosa ini kerana bagi saya imej yang terhasil ini menggambarkan kemampuan tangan sebagai salah satu anggota ciptaan Allah yang sangat berguna kepada manusia. Kerana tangan sebagai alat, maka pelbagai perkara dapat dibuat oleh manusia dengan mudah berbanding dengan haiwan yang mempunyai permukaan kaki statik seperti kuda dan lembu.

Tangan sering dikaitkan dengan banyak perkara sama ada baik atau buruk. 'Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima' , 'Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia' dan pelbagai lagi perkara berkaitan dengan tanga. Tangan mampu membangkitkan rasa Cinta. Tangan juga mampu membawa kita ke lembah dosa.

Setiap jari yang berada dalam struktur tangan membawa pengertian dan peranan tersendiri. Sebagai manusia, bukalah mata dan perhatikanlah anugerah Allah kepada manusia melalui penciptaan tangan sebagai anggota badan.  Bersyukurlah sekiranya anda memiliki tangan yang sempurna dan gunakanlah ia bagi menghimpun cinta Allah dan hindarilah ia dari melakukan dosa. 

PROGRAM NURTURING CREATIVITY - UITM / ILQAM

Laporan oleh : Naeman Bestow



Pada 4 – 5 Februari 2013 yang lalu, MAC telah diberi kepercayaan oleh PCLC Asia Training Sdn Bhd bagi mengendalikan program untuk Institute of Leadership & Quality Management, Universiti Teknologi MARA (iLQAM, UiTM) bertajuk Nurturing Creativity bertempat di ILQAM UiTM Shah Alam.Ia dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri dari pada tenaga pengajar UiTM dari seluruh Malaysia dan program ini telah berlangsung dengan jayanya.
Program selama 2 hari ini diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan peserta dengan pemikiran dan teknik-teknik kreatif ketika melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) dalam kelas supaya sesi P&P tersebut sentiasa ceria dan bertenaga serta penyampaian ilmu menjadi berkesan dan mencapai objektifnya. 

Bersandarkan kepada pengalaman masing-masing, warga pendidik di UiTM sentiasa berhadapan dengan kerenah dan ragam pelajar-pelajar undergraduates yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

Sehubungan dengan itu, MAC telah berkongsi ilmu dan maklumat mengenai pemikiran kreatif dan teknik-tekniknya kepada para peserta yang terlibat. Mereka didedahkan dengan penerangan dan tunjuk ajar melalui ceramah dan aktiviti seperti memahami perbezaan karakteristik antara generasi baby boomers, generasi-x dan generasi-y. Peserta juga melaksanakan aktiviti jerangkapsamar, teknik bekerjasama dalam kumpulan melalui permainan ikan kecil – ikan besar, didedahkan dengan ilmu semiotic berkaitan tandatangan seseorang dan pemahaman karakter manusia melalui model kulit bawang, membuat analisis SWOT dan pendekatan World CafĂ© iaitu perbincangan dalam kumpulan secara tidak formal bagi menghasilkan idea teknik P&P yang berkesan.  Keseluruhan program telah dijalankan secara tidak formal, santai dan penuh ceria.

PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI MELALUI PEMENTORAN



Program anjuran Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ini telah diadakan pada 28 – 29 Januari 2013 bertempat di Hotel Quality, Shah Alam. Ia dihadiri oleh 18 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat SUK Kedah dan telah berlangsung dengan jayanya.

Pejabat SUK Negeri Kedah melaksanakan program mentoring yang melibatkan pegawai dan kakitangan yang terpilih sebagai salah satu keperluan yang diarahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan awam di negeri Kedah. Disamping itu, program mentoring ini juga dijadikan wadah penyampaian dan perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan kerja/tugas di antara pegawai dan kakitangan di agensi tersebut.

MAC Sdn Bhd telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program sepanjang dua hari  ini. Banyak maklumat dan ilmu telah berjaya dikongsi bersama para peserta seperti perbezaan di antara mentoring, coaching, facilitating dan counselling,memahami perbezaan karakteristik antara generasi Baby boomers, Generasi-X dan Generasi-Y serta jenis-jenis Mentoring. Peserta juga melaksanakan proses Time-line, didedahkan dengan ilmu Semiotic berkaitan tandatangan seseorang, analisis SWOT dan Mapping. Keseluruhan program dijalankan secara tidak formal, santai dan penuh ceria.

Berikut dipaparkan beberapa foto sepanjang program berlangsung.

Sesi Timeline

  
Kaedah Pemetaan 4M