Mulai 2013, saya telah mula menerbitkan Siri Karya Digital; satu segmen di blog saya ini mengupas menegnai hasil karya saya yang menggunaka kamera digital dan dimanipulasikan dengan aplikasi Iphone atau Ipad 2 saya. Karya - karya ini terhasil dari pemerhatian sekeliling, rakaman spontan dan juga hasil manipulasi yang tidak disangka - sangka tetapi menjana idea.
Saya tidak pandai melukis, tetapi rakan seni saya iaitu Adeputra Masri pernah memberitahu saya bahawa setiap orang sebenarnya memiliki bentuk seni tersendiri dan mampu melukis. Cantik atau tidak itu adalah subjektif kata beliau.
Maka mulai dengan entri ini, saya akan kongsikan hasil kerja saya dan kupasan mengenainya.
Imej di atas ini bertajuk Tangan - Cinta - Dosa. Ia terhasil dari imej yang dirakam menggunakan IPhone 4 di mana apps KaleidaCam digunakan bagi merakam imej tangan saya sendiri. Kemudian saya melakukan suntingan menggunakan apps SnapSeed dan juga Line Camera.
Saya memilih tajuk Tangan - Cinta - Dosa ini kerana bagi saya imej yang terhasil ini menggambarkan kemampuan tangan sebagai salah satu anggota ciptaan Allah yang sangat berguna kepada manusia. Kerana tangan sebagai alat, maka pelbagai perkara dapat dibuat oleh manusia dengan mudah berbanding dengan haiwan yang mempunyai permukaan kaki statik seperti kuda dan lembu.
Tangan sering dikaitkan dengan banyak perkara sama ada baik atau buruk. 'Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima' , 'Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia' dan pelbagai lagi perkara berkaitan dengan tanga. Tangan mampu membangkitkan rasa Cinta. Tangan juga mampu membawa kita ke lembah dosa.
Setiap jari yang berada dalam struktur tangan membawa pengertian dan peranan tersendiri. Sebagai manusia, bukalah mata dan perhatikanlah anugerah Allah kepada manusia melalui penciptaan tangan sebagai anggota badan. Bersyukurlah sekiranya anda memiliki tangan yang sempurna dan gunakanlah ia bagi menghimpun cinta Allah dan hindarilah ia dari melakukan dosa.
No comments:
Post a Comment