Total Pageviews

PROGRAM NURTURING CREATIVITY - UITM / ILQAM

Laporan oleh : Naeman Bestow



Pada 4 – 5 Februari 2013 yang lalu, MAC telah diberi kepercayaan oleh PCLC Asia Training Sdn Bhd bagi mengendalikan program untuk Institute of Leadership & Quality Management, Universiti Teknologi MARA (iLQAM, UiTM) bertajuk Nurturing Creativity bertempat di ILQAM UiTM Shah Alam.Ia dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri dari pada tenaga pengajar UiTM dari seluruh Malaysia dan program ini telah berlangsung dengan jayanya.
Program selama 2 hari ini diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan peserta dengan pemikiran dan teknik-teknik kreatif ketika melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) dalam kelas supaya sesi P&P tersebut sentiasa ceria dan bertenaga serta penyampaian ilmu menjadi berkesan dan mencapai objektifnya. 

Bersandarkan kepada pengalaman masing-masing, warga pendidik di UiTM sentiasa berhadapan dengan kerenah dan ragam pelajar-pelajar undergraduates yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

Sehubungan dengan itu, MAC telah berkongsi ilmu dan maklumat mengenai pemikiran kreatif dan teknik-tekniknya kepada para peserta yang terlibat. Mereka didedahkan dengan penerangan dan tunjuk ajar melalui ceramah dan aktiviti seperti memahami perbezaan karakteristik antara generasi baby boomers, generasi-x dan generasi-y. Peserta juga melaksanakan aktiviti jerangkapsamar, teknik bekerjasama dalam kumpulan melalui permainan ikan kecil – ikan besar, didedahkan dengan ilmu semiotic berkaitan tandatangan seseorang dan pemahaman karakter manusia melalui model kulit bawang, membuat analisis SWOT dan pendekatan World Café iaitu perbincangan dalam kumpulan secara tidak formal bagi menghasilkan idea teknik P&P yang berkesan.  Keseluruhan program telah dijalankan secara tidak formal, santai dan penuh ceria.

No comments: