Total Pageviews

Apa akan berlaku semasa kemelesetan ekonomi 2015?

Saya pernah menjalankan perniagaan sewaan sistem bunyi di kala ekonomi merudum

Ekonomi meleset sedang menanti gerbang 2015.
Apa akan berlaku? Adakah semua orang akan menerima kesannya?
Ya.. Memang semua terkesan.
Tapi bukan semuanya buruk.
Apabila ekonomi meleset, perbelanjaan isi rumah akan paling terkesan.
Nilai belian akan merudum kerana masing - masing mengikat perut menjerut kocek.
Maka apa kesan kepada industri?
Pemain industri akan segera mencari jalan keluar.
Sama ada langkah jangka pendek atau panjang, mereka perlu lakukan sesuatu.
1. Langkah penjimatan kos operasi : Ini adalah yang paling popular untuk dilakukan dengan cara mengurangkan kos perbelanjaan keraian, kos sampingan dan yang paling berkemungkinan ialah pemberhentian pekerja. Ini adalah kerana gaji dan apa saja yang bersangkut paut dengan sumber manusia biasanya akan memerlukan lebih 50% dari kos keseluruhan operasi.
2. Industri akan mula mencari jalan mempengaruhi pembeli dengan bentuk bungkusan baru, rupa produk yang baru, jualan murah penghabisan stok dan mungkin pengenalan produk baru yang lebih menarik minat pembeli yang sedang sangat berkira - kira untum berbelanja.
3. Perubahan kepada penggunaan bahan mentah oleh industri akan berlaku. Industri perlu bertindak kreatif dalam menghasilkan produk kerana pilihan bahan mentah yang lebih murah akan dapat mengurangkan kos mereka dengan drastik. Ini selanjutnya akan mewujudkan iklim inovasi industri yang lebih baik.
4. Kewujudan ramai freelancer; oleh kerana ramai yang sedang akan mengambil pelbagai skim pemberhentian secara sukarela dengan pampasan maka ia akan membuatkan pasaran freelance membesar. Ramai yang dengan kepakaran khusus akan menawarkan tenaga mereka dengan harga yang kompetetif. Industri juga akan lebih berminat dengan freelancer kerana mereka lebih mudah mengawal kos.
5. Aktiviti pemasaran akan meningkat. Dengan keadaan pembeli yang lebih memilih, industri perlu berusaha lebih untuk mempengaruhi pembeli. Ini akan membuatkan lebih banyak kempen akan muncul dan kreativiti dalam berkempen akan makin terserlah. Tambahan pula dengan adanya media sosial, ia akan semakin rancak. Ini juga waktu yang sesuai untuk melobi penajaan!
Oleh yang demikian, bersedialah mengalami suasana ini. Rancang kerjaya dan perbelajaan anda dengan baik. Lihatlah kemungkinan - kemungkinan yang ada. Sudah tiba masanya untuk kita memaksimumkan kebolehan yang sedia ada. Ekonomi pasti ada naik dan turun sebagaimana kita hidup dalam kitaran bahagia dan ujian dariNya. Maka kekalkan daya positif anda.
Seperti yang selalu saya katakan;
KESEMPITAN ADALAH ASAS KEPADA KREATIVITI

2 comments:

Shahrulmiza said...

Cetusan minda Tuan Mohsen ini perlu dibaca bersama-sama tafsir pengajaran Surah Yusuf Ayat 47-49:

Yusuf berkata : “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian akan datang sesudah itu tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit). Kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur.”

Sebenarnya semenjak krisis matawang dunia 2007-2008, ekonomi dunia gagal pulih sepenuhnya seperti dahulu. Terdapat banyak permasalahan yang dicipta oleh manusia dengan alam sekitar dan pencipta mereka, krisis "hablum-minAllah wa hablum-minannas" semakin membarah.

Manusia rakus membangunkan dunia atas nama kemajuan ekonomi, menebang pokok, menggali tanah untuk mineral, sumber minyak dan gas, menangkap haiwan di darat mahupun di lautan dengan skala besar. Membina kota-kota metropolitan (urbanisasi). Mencipta makanan dan minuman yang diproses dan semakin jauh dari originality, tiada nutrisi dan tidak menyihatkan.

Manusia tidak merancang untuk masa hadapan, mereka hanya memikirkan sedikit sahaja untuk ahli keluarga dan sanak saudara dan bukan merencana agenda "sustainability" sejagat.

Ini semua fenomena yang saya lihat semakin berlaku di dunia, dan kita makhluk yang kerdil, lemah, tiada kuasa, tiada kudrat sehebat superhero untuk merubah keadaan. Hanya secebis doa yang mampu kita panjatkan ke hadrat Allah SWT.

Apa yang penting, kita kena lihat kesusahan sebagai peluang. Kena lihat dari sudut berlainan. Kena bijak menganalisis senario semasa. Dunia tidak seperti dulu. Cara berkomunikasi berbeza. Budaya berubah. Cara kerja berbeza. Cara hidup berbeza. Cara berniaga juga berbeza. Hanya yang sama adalah nafsu manusia terhadap keperluan asas - makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tapi untuk melampiaskan keperluan manusia itu dalam dunia yang semakin gawat dan ruwet ini adalah satu cabaran.

Mohsen Amdan said...

Setuju tuan.
Perebutan sumber mengakibatkan ramai sekali mengambil jalan mudah dan hanya memusnahkan ekosistem yang sepatutnya dilestarikan