Assalamualaikum wbt
Pertamanya saya panjatkan sepenuh keyukuran ke hadrat Allah
SWT atas segala nikmat yang diberikan kepada saya sama ada kecil atau besar
atas kerana Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Dicalonkan sebagai penerima Anugerah Sukan Untuk Semua
(ASUS) 2015 bagi Kategori Pemimpin Lelaki dan Kelab Terbaik bukanlah satu
perkara mudah. Tahun 2014 saya dan Kelab Masyarakat Bolarotan (MBR) di minta
menghantar pencalonan namun saya membuat keputusan untuk menolak kerana
berasakan masanya masih belum tiba. Ini adalah kerana pencapaian sehingga 2014
bagi saya secara peribadi tidaklah begitu mengkagumkan. Maka, saya menolak
dengan baik.
Bersama Pengulas Rasmi MBR Rizal Ramly dan AJK MBR Mohd Zaidi Basir
Tahun ini ketika saya memutuskan untuk menerima pencalonan
bukanlah bermaksud pencapaian sudah hebat! Tetapi atas rasa penuh kerendahan
hati betapa pihak lain melihat sisi baik yang telah kami buat dan bagi mereka
itu sudah melayakkan untuk dicalonkan maka saya membuat keputusan untuk
menerima pencalonan tersebut.
Ketika majlis penyampaian anugerah berlangsung, saya dan keluarga tiba lewat kerana baru selesai penganjuran Kejohanan Sepakraga Tuju 2015 yang kali pertama dijalankan di Bukit Kiara. Maka AJK MBR iaitu Mohd Zaidi Basir sudah pun ke atas pentas menerima hadiah bagi pihak saya. Sambil menyusup dari tepi pentas, saya di arahkan bertukar tempat dengan Zaidi dan kesannya, Pengarah JBSKL yang menyampaikan hadiah terkejut bila melihat orang lain pula di pentas!
Sejujurnya, saya terima anugerah ini dengan penuh kerendahan hati. Saya percaya lebih ramai pemimpin hebat di luar sana berbanding saya terutama berkaitan dengan sukan. Mungkin rezeki saya kali ini adalah ingatan buat diri yang lemah ini untuk terus memperbaiki kelemahan yang ada. Saya percaya, anugerah ini bukanlah mengenai kelebihan atau kehebatan saya sebagai pemimpin tapi sebaliknya, Allah menutupi aib dan kelemahan saya dari dilihat orang. Pastinya jika aib dan kelemahan saya terdedah, maka tiada apalah saya di mata manusia yang lain.
Saya juga berharap dengan anugerah yang saya terima ini, akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang diluar sana untuk berusaha dengan lebih gigih. Suatu ketika dulu ketika MBR ditubuhkan, ramai saja yang memperlekeh dan mempersoal kewujudan usaha kecil dalam memartabatkan sukan sepaktakraw ini. Bukan niat untuk membuktikan tanggapan mereka salah tetapi untuk menunjukkan bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ini apabila ianya mendapat keizinan dari Allah SWT.
Terimakasih buat isteri saya Wan Fatahhiyah Remli atas segala pengorbanan yang beliau berikan untuk saya berada ditahap sekarang. Saya sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan saya isteri sehebat beliau.
Terimakasih juga buat semua ahli MBR yang tak putus - putus berusaha memartabatkan sukan sepaktakraw khususnya. Tanpa usaha anda semua, MBR tidak akan dihormati sebegini rupa.
Terimakasih juga buat Kementerian Belia dan Sukan serta Pejabat Belia dan Sukan WPKL atas pengiktirafan ini. Insya Allah, saya akan berusaha dengan lebih gigih kerana pastinya, anugerah tidak akan hadir tanpa tanggungjawab.
Alhamdulillah!
1 comment:
All the best for your future bro!
Post a Comment