Total Pageviews

Jatuh cinta - Beban yang tak terpikul

“Jangan pikulkan kepada kami apa yang tidak mampu kami pikul…”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 286)
Perasan tak, seumur hidup kita ni, masalah yang diberikan Allah kepada kita walau seberat mana, ia tetap dapat kita kendalikan…
Maka.. berdasarkan ayat terakhir Surah Al Baqarah ini, apakah masalah yang kita tak mampu pikul?


Apa masalah manusia yang berat sangat?
Kita selalu ingat ujian terbesar hidup adalah kekurangan duit, masalah kerja, atau sakit yang menjerat.
Tapi kadang-kadang, yang paling berat bukan masalah sebegitu….
Yang paling berat… adalah ujian cinta.
Cinta kepada manusia … yang tak dibalas, dikhianati, atau membuat kita lupa Tuhan.
Cinta kepada kebendaan — yang membuat hati terikat pada dunia hingga hilang arah hidup.
Cinta boleh jadi ibadah, jika ia dalam kawalan.
Tapi cinta juga boleh jadi beban yang menghancurkan, jika ia menguasai kita.
Kerana bila cinta sudah berlebihan,
hati yang kuat boleh rebah,
akal yang tajam boleh tumpul,
iman yang kukuh boleh goyah.
Contoh..
Terlalu cintakan sesuatu benda, manusia berhabis sumber : duit masa dan tenaga demi membeli dan menjaga motorsikal kegemarannya, yang akhirnya simpan di rumah terjaga rapi atas alasan - Limited Edition.
Kita lupa bahawa setiap apa yang kita usahakan di dunia ini bakal ditanya Allah.
Bayangkan nanti Allah bertanya di akhirat nanti :
“Apa manfaat kamu beli benda itu sehingga kamu berhabis masa dan tenaga menjaganya walhal ia memberi manfaat yang terlalu sedikit buat kamu.. dan kamu bermegah - megah pula memilikinya ..”
Begitu juga cinta kepada manusia..
Berapa ramai manusia yang gagal mengawal diri, hancur kerana nafsu atas nama cinta.
Sanggup melanggar perintah Allah atas nama cinta.
Berpakaian yang tidak sepatutnya atas nama cinta.
Lalai dengan perintah Allah kerana melakukan sesuatu untuk orang yang dicintai…
Maka tidak pelik bila ayat terakhir Surah Al-Baqarah mengajar doa:
“Ya Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul…”
Kerana di antara segala ujian,
beban cinta yang salah letak sama ada pada manusia atau dunia …
adalah ujian yang paling ramai tewas.
Ayuh sahabat kita berdoa hari ini:
“Ya Allah, jika Kau hadirkan cinta dalam hidupku,
biarlah ia cinta yang menguatkan, bukan memusnahkan.
Cinta yang membawa aku dekat kepada-Mu,
bukan cinta yang membuat aku lupa siapa aku.”

Kerja dengan fokus, bukan dengan rasa terseksa..



Ya...ramai kenalan baru saya bingung, saya ni sebenarnya kerja apa?
Kenapa soalan sebegitu hadir?
Sebab kalau mereka kenal saya menerusi media sosial, mereka akan nampak hidup saya ni..
Pagi - latih budak main sepaktakraw..
Tengahari - Kadang mesyuarat, kadang mengajar kursus, kadang hantar keropok lekor, kadang update konten..
Petang - main sepaktakraw / ronda merata
Malam - live di media sosial..
Saya tiada kerjaya yang melekat di badan.. tapi saya tahu apa yang saya lakukan..
Ya.. saya bukan jutawan..
Saya hanya insan biasa..
Tapi tuhan kurniakan saya sedikit kelebihan iaitu saya ada kebebasan mengurus aktiviti harian saya..
Apa cara saya urus semua ini?
Baik..mari jawab menggunakan Mohsen Amdan Method
Soalan biasa:
“Kenapa aku susah nak siapkan kerja walaupun dah duduk berjam-jam depan laptop?”
Solusi luar biasa:
Teknik Pomodoro.
1. Analisa situasi
Masalah kita sebenarnya ialah kita bukan malas.
Tapi kita tak tahu cara kawal masa.
Otak manusia tak boleh fokus 2–3 jam tanpa henti. Itu bukan malas... itu biologi.
2. Ilmu yang ringkas, tapi bernilai :Teknik Pomodoro
Pomodoro = 25 minit fokus + 5 minit rehat.
Langkah-langkah mudah:
1️⃣ Pilih satu tugasan.
2️⃣ Set timer 25 minit – 100% fokus, tiada gangguan.
3️⃣ Rehat 5 minit – minum, senyum, tarik nafas.
4️⃣ Ulang 4 kali, kemudian rehat panjang 15–30 minit.
3. Motivasi diri
Setiap kali anda fokus 25 minit, anda sedang latih disiplin diri.
Setiap 5 minit rehat, anda sedang rawat minda.
Ini bukan tentang kerja semata-mata.
Ini tentang jadi manusia yang mampu kawal dirinya sendiri.
4. Tindakan nyata yang boleh dibuat hari ini
Cuba buat 2 Pomodoro sebentar ini.
Tulis tugasan di kertas, bukan dalam kepala.
Uji. Rasai. Nilai.
Jangan hidup ikut mood. Hidup ikut sistem.
Mahu faham lebih lanjut mengenai teknik Pamodoro?

Pilihlah susah yang membawa kebaikan

Hidup ini memang susah , maka pilih saja susah yang berbaloi
Nak bangun awal dan bersenam itu susah.
Tapi bangun lewat dan rasa bersalah seharian pun… susah juga.
Nak tahan diri dari makan berlebihan itu susah.
Tapi tengok diri makin lesu, tak bermaya dan kecewa dengan kesihatan sendiri… pun susah juga.
Nak belajar ilmu baru itu susah.
Tapi kekal jahil dan rasa tak maju-maju dalam hidup… itu juga susah.



Hidup ni bukan tentang mencari jalan yang senang.
Tapi tentang memilih ‘susah’ yang akan beri kita hasil.
Susah dengan disiplin – akan bawa perubahan, kekuatan, dan kejayaan.
Susah tanpa disiplin – cuma bawa penyesalan.
Kalau dah sama-sama susah,
pilihlah susah yang mendekatkan kita kepada versi diri yang kita impikan.
Kerana akhirnya, hidup ini bukan tentang siapa paling berbakat,
tapi siapa yang paling sanggup konsisten – walau susah, walau perlahan.