Total Pageviews

Ihya Ramadhan - Dakwah dan Pengurusannya

Dakwah memerlukan istiqamah - seperti juga jogging yang hasilnya tidak akan kelihatan jika hanya berlari sekali setahun
Salam.
Ramadhan bakal menjengah ke minggu yang pertama dan bagaimana kita melaluinya? Saya sangat berharap agar teman - teman melaluinya dengan baik sekali.
Kali ini saya ingin berkongsi buah fikir mengenai Dakwah dan Pengurusannya. Tidaklah saya merupakan orang yang paling berkaliber tentang perkara ini namun sekadar berkongsi buah fikiran.

Kerap saya bertanyakan kepada teman - teman ketika berbincang secara santai atau ilmiah - adakah usaha dakwah Islam di negara kita ini berjaya? Saya sendiri tidak memiliki statistik berjaya atau tidak namun sekadar ingin mendapat buah fikiran dari teman yang pelbagai latar belakang - tiada satu pun jawapan yang mengatakan ianya berjaya.

Mudah sangatkah tugasan dakwah ini ? Setahu saya tidak. Kenapa tidak? Kerana manusia sifatnya yang sangat sukar menerima perubahan terutamanya kepada apa yang tidak ia sukai. Ya..perkara yang mereka tidak sukai.

Oleh itu usaha dakwah harus berterusan sifatnya walaupun penolakan lebih mudah diterima berbanding penerimaan.

Dunia hari ini menyaksikan manusia mudah terpengaruh kepada apa yang biasa dilihat dan didengarinya. Ini jelas dapat dilihat dari bagaimana produk - produk dipasaran begitu mudah mendapat tempat walaupun sebenarnya ia bukanlah keperluan manusia - tetapi semata mata kehendak. Sehinggakan ada syarikat yang sanggup menggunakan 'tag-line' seperti "The Way of Life" yang mana ia sebenarnya lebih sinonim dengan Islam iaitu Islam ialah Cara Hidup - bukan agama semata - mata.

Bagaimana produk - produk boleh menembusi tabii manusia? Mereka menggunakan Ilmu Pemasaran dan di URUSKAN dengan baik. Begitu juga dakwah..ia memerlukan ilmu pengendalian dan pengurusan yang baik. Dakwah mesti diPASARkan dengan hebat supaya manusia lebih mudah terpengaruh.

Berkain pelikat ke surau bukanlah cara Islam - tetapi ia seolah satu kemestian. Kain pelikat atau Palaykat adalah cara pemakaian India - bukan Islam. tak semua India itu muslim. Bersongkok hitam itu tidak semestinya muslim. Menggalakkan belia ke surau dan masjid tidak mudah hari ini kerana lihat sahaja pemakaian mereka - tak Mat Masjid langsung! Tetapi hakikatnya walau berseluar jeans dan T-Shirt, remaja lelaki itu menutup aurat. Tetapi kerana tidak berpelikat, dia dipandang sinis.

Lihat bagaimana iklan berkaitan cara hidup bebas di tayangkan setiap hari bersandarkan pelbagai produk dipasaran. Iklan syarikat telekomunikasi mudah memilih menari dan 'clubbing' sebagai cara mudah menyampaikan betapa 'cool'nya produk mereka. Sehinggakan ada ibu bapa yang sangat bebas pemikirannya yang beranggapan adalah OK untuk anak mereka ke kelab malam.

Maka atas pelbagai alasan lain, dakwah di Malaysia lebih dilihat memberi penumpuan kepada mereka yang sudah sedia kala baik, yang telah pun taat kepada Allah. Mendekati yang jauh hati dengan Allah nampaknya sukar sekali berlaku kerana apa? Kerana seperti juga ilmu pemasaran - Manusia sangat bimbang kepada PENOLAKAN (Rejection)

Bagaimana mengatasi ini? Kita sambung pada bahagian lain InsyAllah

Mohsen Amdan berkata: Penjara lebih kerap didatangi oleh Mubaligh Kristian berbanding ustaz / ustazah. Kenapa ya?

Ihya Ramadhan - Solat Tiang Islam


Salam
Ramadhan mula mengorak langkahnya menuju minggu yang pertama. Seperti kebiasaan, minggu - minggu awal ini surau dan masjid nampaknya menyaksikan jumlah jamaah yang ramai. Mampukah jumlah ini berkekalan hingga ke minggu seterusnya? Di kota Kuala Lumpur ini, seperti dijangka, jumlahnya bakal berkurangan. Semakin menghampiri Aidilfitri, semakin sedikit kerana pelbagai sebab - membeli belah untuk persiapan raya, pulang ke kampung, dan seribu satu lagi alasan. Berjemaah di masjid dan surau untuk bertarawih juga seolah - olah ritual bagi kebanyakan muslim di Malaysia, tidak ubah seperti Thaipussam, Berpusu - pusu kerana setahun hanya sekali.

Tajuk Solat Tiang Islam ini merujuk kepada Hadis Rasulullah yang merujuk kepada Solat itu merupakan tiang kepada agama. Bermaksud solat itu teramatlah penting dalam Islam sehingga diibarat sebagai tiang yang mendokongi. Andai tidak kuat tiang atau tidak cukup, maka runtuhlah agama. Namun, dunia hari ini menyaksikan muslim sanggup menahan lapar untuk berpuasa - tetapi tidak bersolat! Kenapa begini ? Andai anda pembaca budiman ada jawapan pada persoalan ini, sila catatkan di ruangan komen.

Menurut mazhab Hanbali, sesiapa yang meninggalkan solat barang satu waktu sekalipun, maka jatuh kafir orang itu. Hukuman bagi orang yang meninggalkan solat mengikut mazhab ini adalah sama seperti orang yang murtad - dibunuh!

Bagi 3 lagi mazhab - Syafie, Maliki dan Hanafi - orang yang meninggalkan solat ialah orang yang Kufur Nikmat! Kufur nikmat bermaksud tidak mensyukuri pemberian Allah Taa'la. Sedarkah kita ramai orang yang mempunyai mulut tetapi tidak mampu menggunakannya untuk makan? Jika tidak percaya pergi sahaja ke hospital dan anda akan jumpa ramai yang terpaksa ditebuk lehernya untuk memasukkan makanan. Maka orang yang sihat tetapi tidak menggunakan kesihatannya untuk solat, maka kufur nikmat mereka ini. Sanggup berlari kehulu kehilir selama 1 jam setengah untuk bermain bola - tetapi tidak mampu meluangkan 5 minit untuk solat.

Mengikut 3 mazhab ini juga, orang yang meninggalkan solat mesti ditangkap, didera sehingga bertaubat! Kenapa? Kerana orang yang meninggalkan solat ini adalah penjenayah! Menurut Dr. Fadhilah Kamsah, hampir 80% Melayu Muslim di negara ini meninggalkan solat - sama ada tidak cukup 5 kali sehari mahupun tidak solat langsung! Sekiranya ini benar, maka bayangkan di dalam rumah kita mungkin ada penjenayah, di sekitar perumahan kita berapa ramai penjenayah yang ada!

Kenapa mereka digelar penjenayah? Kerana mereka ini yang melemahkan dan meruntuhkan tiang agama. Bukan sekadar merosakkan diri sendiri tetapi melemahkan agama. Sebab itu, Kita mudah bertolak ansur dalam hal - hal agama, walaupun perkara itu besar sebenarnya. Bila si ayah mengejutkan anaknya solat, ibunya kata "Takpela bang..biar la dia tidur..dia penat tu..."

Mohsen Amdan berkata : Sebaik - baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain

Salam Ramadhan


Salam..
Syukur kerana kita masih berkesempatan untuk melalui Ramadhan yang seterusnya.
Ketibaannya kali ini pastinya sangat bermakna buat kita semua. Saya yakin yang cara kita berdepan Ramadhan kali ini juga berbeza agaknya.

Ada yang menyambutnya tanpa ibu
Ada yang menyambutnya tanpa ayah
Ada yang menyambutnya tanpa ibu mertua
Ada yang menyambutnya tanpa bapa mertua

Ada yang sedang mengecapi kekayaan
Ada yang sedang menanggung derita
Ada yang sedang kesakitan
Ada yang sedang bergembira

Apa juga keadaan anda...berusahalah menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita.
Nasihat buat diri saya dan semua..

Andai kita hidup bergelumang dosa..taubat lah
Andai kita hidup berselimut duka..istigfarlah
Andai kita hidup dalam berada..bersedeqah lah..
Andai kita hidup penuh mulia...bersyukurlah

Khusus buat teman yang merokok, minum arak dan meninggalkan solat..seruan saya buat diri saya sendiri serta teman - teman agar ambil kesempatan Ramadhan ini untuk menyucikan fizikal dan mental...Tinggalkan lah perkara yang ditegah itu dan jadikan Ramadhan ini pemangkin kepada menjadi Muslim dan Mukmin yang sejati.

Mohsen Amdan berkata: Dunia ini hanya kem persediaan, sebelum menghadapi laluan yang lebih mencabar

Right Leadership, Right Journey


Kumpulan HEBAT yang menjuarai cabaran hari pertama bersama model mereka - Hang Kebun!
Salam
15 - 16 Ogos 2009
Holiday Villa Cherating

Saya diamanahkan mengendalikan program pembangunan modal insan untuk Neural Services Sdn Bhd oleh Learning Studio di Cherating kali ini. Neural Services merupakan antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan biometrik bagi tujuan keselamatan. Pelanggan mereka terdiri dari sektor kerajaan hinggalah ke swasta.

Kali ini, semua peserta saya terdiri dari orang Melayu dari semuda 21 tahun sehingga awal 40 an. Amat menarik program kali ini kerana walaupun semua peserta Melayu tetapi saya tidak berkesempatan menanamkan apa - apa ideologi kebangsaan kerana jadual yang sangat padat dengan pembelajaran interaktif.

"Kalau nak khidmat kumpulan muzik tradisional, hubungi kami" kata Project Manager Shidy

Saya tiba di cherating dengan keadaan yang sangat penat - bertolak dari Kepala Batas jam 2 petang dan hanya singgah ke rumah untuk makan dan mengambil pakaian lantas terus memandu ke Cherating. Setiba di sana, lebih memeranjatkan saya ialah peserta yang tiba dari petang tadi masih belum selesai dengan sesi 'Brainstorming' mereka. Menjelang 3.30 pagi baru mereka selesai. Hebat mereka ini kerana esok seawal jam 9 kami sudah memulakan program dan syukur, tiada siapa yang tertidur semasa saya mengendalikan sesi ini.


Lompatan COCONUT - Jerit Ajeet

Pelbagai aktiviti dalaman dan luaran yang diadakan bersama mereka - dengan satu harapan mereka akan terus bergerak maju menjadi syarikat bumiputera yang cemerlang


Apa punya senaman daa..??

Lihat sahaja gambar yang saya titipkan bagi menggambarkan betapa seronoknya mereka menjalani program selama 2 hari ini.

"Kalau anda rasa gembira bunyi kambing! Mmmmbekkk" itulah lirik mereka pada ketika gambar ini dirakamkan

Dihari terakhir, pemilik syarikat iaitu En. Aziz telah sudi hadir bagi memberikan suntikan motivasi positif buat peserta. Uniknya, beliau juga turut menurunkan tandantangannya bagi tujuan interpertasi oleh saya supaya beliau lebih difahami oleh kakitangannya. Untung dapat Bos sporting sebegini.


Menang ke tu?

Mohsen Amdan berkata: Walaupun ketika jam - jam awal program kebanyakan guna topeng, sudahnya bila nak balik hilang semua topeng...tak selesa beb...

Outreach: Promotions Strategy For Life Long Learning - Siri 4


Pemandangan indah Kepala Batas dari aras 6 Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Pak Lah mesti selalu tengok pemandangan indah ni

Salam.
Saya berpeluang mengendalikan program buat kali pertama dalam hidup saya di kawasan mantan PM Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas. Bertempat di Hotel Seri Malaysia yang baru berusia 6 bulan, program kami berjalan lancar walaupun kebimbangan dengan pendemik H1N1 yang semakin buas menghantui masyarakat dunia.

Serius berbincang demi masa depan institusi pendidikan negara

Keadaan ini juga semakin membimbangkan diri saya kerana anak - anak serta isteri saya juga kurang sihat ketika saya menuju ke lokasi dan setiba di sini, beberapa peserta juga menghidap demam dan saya hanya mampu bertawakkal kepada Allah moga dilindungi dari perkara yang tidak diingini.


Ceria dalam keresahan dek H1N1

Seramai 30 peserta pada mulanya dijangkakan namun bilangan merosot ke angka24 hingga di hari penghujung kerana semakin ramai yang demam. Namun matlamat program berjaya dicapai sebaiknya.

Kolej Komuniti Kepala Batas mengambil giliran menjadi penganjur kali ini dan syukur berjalan lancar. Menariknya, peserta yang hadir pada kali ini memliki kepelbagaian yang tinggi, dari ibu kepada perenang cilik negara y ang cuba merentas Selat Inggeris, ada yang jantungnya berdegup dengan bantuan bateri, bekas kakitangan korporat dan juga yang merupakan pensyarah sejak tamat pengajian.


Ibu kepada perenang cilik negara dengan pembentangannya

Program in mencapai matlamatnya dengan agenda mempromosikan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat dan 'fieldwork' mereka nampaknya berjalan lancar.


Saya titipkan beberapa gambar bagi tatapan anda

Prospek dalam kereta pun jadi jugak...

Mohsen Amdan berkata : Meriah juga Kepala Batas ni...ada studio jamming di sebelah hotel ini..macam boleh tahan je soundnya..

Di Ciplak dari TukarTiub - Ciplak dengan Kebenaran Pemiliknya

Di salin dari Tukartiub.blogspot.comSATU PANDANGAN


KALAU DIA BOLEH DEPA LAGI BOLEH


Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali. Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.

Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua ini?

Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja.

Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum koprat
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
- Melahir kan musuh sebagai strateji politik

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Disini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknolojibio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada tahun 1970 telah keluar satu memo - National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:

‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’


Dalam bahasa yang senang Henry Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu di kawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu di warwar kan dalam negara kita ini.

Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek dari Jabataban Pertahanan Amerika.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.

Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.

Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan :

1 – mengurangkan penduduk dunia
2 – menjual ubatan

Tidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?

Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium – DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat pensenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais ? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga.

Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntung besar. Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengudam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.

Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak muda dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masaalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Anak-anak orang kaya pergi ke Havard dan Yale. Mereka berakhir membuat harta di Wall Street atau menjadi CEO syarikat multinasional. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strateji itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca - ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyrakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan.
TT

Nota : Sebaik sahaja tulisan ini siap angka kematian
telah bertambah dari 26 ke 32 - jam 3.20 petang 10 Ogos 2009.


Nota : Tulisan ini boleh diciplak demi membuat kebaikan

Teambuliding yang enjoy!!!



Salam...
7-8 Ogos 2009
Eagle Ranch Port Dickson


Kompang bang..jangan tak kompang
Ini merupakan kali pertama saya ke resort yang terletak agak jauh dari pekan Port Dickson. Apabila tiba di sana kelihatan suasana Red Indian campur Cowboy memeriahkan suasana. Saya ditugaskan oleh Learning Studio Sdn Bhd mengendalikan program Teambuilding untuk Unilever Food Sdn Bhd, salah sebuah gergasi pengeluar makanan di dunia. Peserta yang terdiri dari 18 orang ini menggabungkan Pengurus Kilang sehinggalah mereka yang berada dibahagian operasi.


Ni..tolak ke tahan?

Jangan...jangan terjun....

Sepanjang program berlangsung, banyak aktiviti yang saya kendalikan terdiri dari perkara yang telah lama tidak saya buat - Obstacle Course, Flying Fox dan macam - macam game termasuk Paint Ball diadakan buat mereka. Mereka sangat teruja dengan program ini walaupun setiap tahun mereka mempunyai program sebegini tetapi pengalaman kali ini berbeza kata mereka.

Apa pulak tuuu???

Skuad Ultraman sedia berkhidmat!

Untuk tidak menulis panjang, saya titipkan beberapa gambar bagi anda menilai sendiri bagaimana suasana program berkenaan!!

Kamilah GI.Joe!!!!

Dah macam FRU menembak gayanya

Saya jadi mangsa demonstrasi..saya nak saman jugak!!!

Jacky Chan's Angles

Hero Malaya baru balik perang

Mohsen Amdan berkata : Apa yang penting...kerjasama!!

TM Terengganu - Teambuilding


Salam.
4 Ogos 2009
Rumbai Resort Paka


Kali pertama saay dapat katil sebegini ketika berkursus

Saya dijemput oleh 1Revolution Sdn Bhd. bagi mengendalikan sesi teambuilding untuk TM (Telekom Malaysia) Terengganu. Apabila mendapat tawaran ini, saya berasa amat teruja kerana berpeluang ketemu semula dengan mereka - mereka yang pernah menghadiri program bersama saya kira - kira 2 tahun lalu. Bezanya kini, syarikat lain pula yang saya wakili.


Sesi simulasi

Bertolak pada 3 Ogos, saya dan pengarah 1Revolution iaitu En. Mat yang juga orang Kemaman, kami menginap di Rumbia Resort. Selesa resortnya cuma di sekitar muara sungai itu keadaannya agak menyeramkan diwaktu senja. Saya yang pada mulanya berhajat mengetik kamera disekitar muara terpaksa membatalkan hasrat kerana ada perkara pelik berlaku ke atas saya ketika itu. (Tak mahu cerita di sini)

Di jeti inilah saya mengalami "sesuatu"

Esoknya, apabila peserta sampai, hampir separuh dari mereka merupakan wajah - wajah yang saay kenali - walaupun terlupa nama mereka. Kami berbual mesra dan soalan - soalan seperti "Hari tu ada keluar dalam TV ye?" atau "Tuan menyanyi lagi ke?" adalah soalan yang selalu diutarakan kepada saya. Maksudnya, cam lagi mereka pada muka saya yang sudah mengembang ini.

Cabaran saya ialah - bagaimana hendak mengendalikan kumpulan yang agak besar ini ditambah dengan hampir separuh dari mereka telah pun pernah mendengar ceramah saya. Tidak ketahuan juga saya pada mulanya..namun syukur Allah membantu saya mengendalikan sesi ini dengan berjaya. Peserta juga nampaknya sangat gembira.


Program ini merupakan satu langkah bijak dan berani Pengurus TM Terengganu iaitu En. Azhar yang sememangnya gemar dengan pendekatan baru. Peserta akan didedahkan dengan kerja yang dilakukan oleh unit lain dengan tujuan membuatkan mereka lebih memahami operasi syarikat serta lebih erat rasa pemilikan syarikat TM ini. Syabas diucapkan!

Tarik..jangan tak tarik!

Mohsen Amdan berkata: Cabaran ada di mana - mana, persoalannya adakah kita berani berhadapan dengannya?