Total Pageviews

Bengkel Gamelan - SMK Pujut Miri Sarawak



Salam
17 - 19 Mac 2010
SMK Pujut Miri Sarawak

Cikgu Zaidin merupakan salah seorang pakar gamelan yang masih aktif di Malaysia. Saya ditakdirkan menghubungi beliau menerusi rakan saya iaitu Husam apabila ada permintaan untuk membeli set gamelan untuk sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Maka dari urusan niaga ini membawa saya kepada peluang mengendalikan bengkel gamelan di tempat yang paling saya tidak jangka - Miri!

Ya...Miri....kenapa Miri? Bukankah di Sarawak ada pelbagai bentuk kebudayaan berdasarkan kumpulan etnik yang pelbagai? Kenapa mereka memilih gamelan? Pelbagai andaian bermain difikiran saya. Setahu saya juga di Miri orang Melayu tak ramai..maka apa yang membawa mereka kepada gamelan?

Berhubung dengan Cikgu Emilia - penyelaras kepada kumpulan gamelan SMK Pujut ini melalui email dan telefon, saya akhirnya membeli tiket kapal terbang kesana 16 Mac dengan harapan saya ada sehari untuk berehat. Namun Allah menyusun segalanya di mana program saya di Johor dianjak ke 14 - 16 Mac maka saya terpaksa menukar tiket dan didenda oleh Air Asia untuk tujuan itu. Sememangnya saya agak keletihan kerana tiba di rumah pada 16 Mac pada jam 10 malam dan perlu bersiap kerana penerbangan saya pada awal pagi. Saya pula pada malam itu hanya mampu melelapkan mata selama 2jam..jam 4 pagi saya dah bangun dan menuju ke LCCT dengan bantuan adik ipar saya Chot.

Setiba saya di Miri, saya disambut oleh Cikgu Anuar dan Cikgu Paribu yang sangat ramah dan terus membawa saya bersarapan dengan menu wajib Sarawak - Mee Kolok. Usai sarapan saya terus ke sekolah dan mengendalikan sesi. Saya terus meminta mereka memainkan repertoire mereka untuk saya menilai sejauh mana kebolehan mereka. Nampaknya guru mereka sebelum ini mengajar mereka dengan baik...satu cabaran juga buat saya.

Cikgu Anuar & Cikgu Paribu menyiapkan tugasan mereka sambil
menemani kami menjalani latihan

Saya memulakan sesi dengan lagu Antawada...saya menukar beberapa kali pemain - pemain kerana pelajar saya hampir 25 orang. Sesi saya bersama mereka bermula dari 9 pagi - 12.30 tengahari. Sesi kedua 2 petang hingga 4.30 petang dan sesi ketiga 7.30 malam hingga 9.30 malam. Pada hari pertama ini juga nama kumpulan ini di isytiharkan secara rasmi - Seahorse Symphony. mereka juga telah mendaftarkan blog rasmi mereka http://seahorsesymphony.blogspot.com

Antara barisan ahli Seahorse Symphony

Peserta terdiri dari pelajar - pelajar cemerlang sekolah - maka menjadi lebih mudah buat saya mengajar mereka dan hasilnya 6 buah lagu dapat dikongsikan bersama mereka dan kebetulan saya membawa bersama gitar kesayangan saya. Oleh itu kami mengadakan jam session freestyle dan terhasil sebuah lagu yang begitu membangkitkan rasa. Malangnya saya terlupa merakam lagu tersebut. Harapnya mereka masih menyimpan rakamannya. Oh ya..kebetulan terdapat pelbagai instrumen muzik lain di bilik muzik mereka, saya membuat keputusan menambah peralatan lain seperti cymbal bagi memeriahkan lagi muzik mereka.

Ketika mengendalikan sesi malam

Nasi Lelapan dan Nasi Pecal menjadi hidangan istimewa saya di sana. Sedap dan menyelerakan sampai tersandar dibuatnya. Terimakasih cikgu - cikgu yang bermurah hati menjaga saya sepanjang di sana. Buat Seahorse Symphony..teruskan usaha dan mantapkan lagi permainan anda! Good Luck!

Untuk lebih gambar sila ke facebook saya.

Mohsen Amdan berkata: Hari kedua baru perasan yang sebelum ini mereka menggunakan chord muzik yang salah! Nasib baik perasan.


2 comments:

afandiahmad said...

Syabas...tuan mempunyai 'kepintaran pelbagai'...sangat membanggakan

Mohsen Amdan said...

Pendi..
kurniaan Allah pada hambanya berbeda - beda mengikut keperluan..