Total Pageviews

Program Pembangunan Usahawan Jabatan Pertanian


Zikri memberi taklimat awal kepada peserta
Salam
11 - 14 Mei 2010
Nur Lembah Pangsun
Sekali lagi saya diundang oleh Ziqzul Corp untuk mengendalikan program usahawan bagi pelatih - pelatih Jabatan Pertanian. Peserta ini akan melalui program selama 6 bulan dengan pelbagai pengisian dari pelbagai pihak. Program yang saya kendalikan ini lebih memberi penekanan kepada kejelekitan kumpulan dan motivasi perniagaan. Peserta yang datang dari seluruh Malaysia ini berjumlah 71 orang dengan hanya 9 lelaki..ya..9 lelaki. Mengapa sikit sahaja lelaki? Jangan tanya saya...
Program selama 4 hari ini dikendalikan sepenuhnya oleh saya dan Zikri serta pembantu - pembantu dari ZiqZul Corp yang mahir dalam aspek pembangunan pasukan. Saya lebih menumpukan aspek komunikasi, pemasaran dan jualan manakala Zikri menyentuh aspek kewangan dan pengurusan perniagaan.
Pada hari pertama, peserta hanya tidur di khemah dan perlu menyediakan makan malam sendiri dengan bahan - bahan yang diberikan termasuklah seekor ayam yang perlu mereka sembelih sendiri.
Antara hidangan yang disiapkan oleh peserta. Nampak macam sedap!!!

Pelbagai bahan memasak lain turut diberikan dan cabaran besar pada petang itu ialah, mereka perlu memasak dengan kelengkapan yang sangat minimal dan ujian Rupa & Rasa turut menanti mereka dengan hukuman direndam dalam sungai sekiranya pasukan mereka tewas. Lebih teruk lagi apa bila saat menangkap ayam diumumkan, hujan lebat mencurah dan membasahkan kayu api yang ada sekeliling mereka.

Peserta berurus niaga dengan pelanggan

Pada sesi malamnya, peserta melalui sesi Ice breaking yang dikendalikan oleh Zikri. Rupa - rupanya ada sebahagian dari peserta ini yang sudah pun menjalankan perniagaan; bakeri, kedai makan dan sebagainya. Ada yang sanggup menutup premis perniagaan mereka selama 6 bulan semata - mata ingin menambah ilmu menerusi program ini.Syabas!!!!

Kami turut mengadakan sesi Candle War Game bagi tujuan menguji kemampuan peserta berstrategi, keazaman serta mengeratkan hubungan mereka. Hingar - bingar seluruh Lembah Pangsun kerana suara mereka ini. Memang meriah!

Tu dia..bukan main hebat lagi mereka berjuang!!

Subuh hari kedua dimulakan dengan solat berjemaah dan bacaan Mathurat. Sesi pagi bermula dari jam 8.30 dengan dikendalikan oleh saya. Modul Impian ku Usahawan dan Meneroak Potensi Diri membawa peserta menetapkan matlamat dengan lebih baik serta melihat potensi yang ada pada diri masing - masing dengan kaedah pembacaan tandatangan.

Makan cepat....peserta perlu menghabiskan sebiji tembikai sebagai salah satu misi mereka mendapatkan hak untuk tidur di bilik

Seperti juga di Kuala Terengganu bagi porgram KEMAS yang lalu, kami turut menyediakan modul The Apprentice di mana peserta perlu menjual pelbagai produk di bandar Kajang. Kami memilih Kajang kerana ia merupakan bandar yang hampir dengan Hulu Langat dan sibuk dengan pelbagai urusan. Kira - kira jam 3.30 petang, peserta diturunkan di depa Metro Kajang dan mula merayau sekitar bandar Kajang dengan pelbagai senario. Ada yang menggelikan hati, ada yang menyedihkan dan ada juga yang menakutkan!

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta dan semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi negara khususnya
Lagi gambar di facebook saya.

Mohsen Amdan berkata: 6 bulan bukanlah lama andai pengisiannya bermanfaat

4 comments:

Unknown said...

Nama saya Ahmad,salah seorang peserta kursus anjuran jabatan pertanian,saya mewakili 9 orang lelaki yang lain ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada en Mohsen kerana menyedarkan kami bahawa dunia usahawan ini penuh dengan cabaran.dengan bimbingan en Mohsen banyak perkara yang kami pelajari.kami akan gunakan tunjuk ajar dari encik untuk menempuh dan meneruskan perjuangan kami sebagai usahawan pada masa akan datang.sekali lagi kami ucapkan terima kasih.Anda luarbiasa,oh yeah.assalamualaikum

Mohsen Amdan said...

Ahmad
Terimakasih kembali..
Moga kita sama -sama berjaya dunia dan akhirat

ShukriAbdullah said...

Salam Sen,

Seronok dapat join trainning...aku minat sangat, bile le ada mase leh join program hang..~

TQ

Mohsen Amdan said...

Yie..
dialu - alukan..
jemput la aku ke institusi mu..
insyallah aku cuba penuhi