Total Pageviews

Program Persediaan Ke Dunia Kerjaya & Pembinaan Ketrampilan Mahasiswa

Salam
Agak lama saya tidak kemaskini blog ini atas kesibukan pelbagai urusan termasuk tahap kesihatan yang kurang baik. Kali ini saya cuba menulis mengenai 2 program yang sama tetapi berlangsung di lokasi berbeza - Morib dan Melaka. Program ini merupakan anjuran Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd dengan dana diperoleh dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Mensasarkan graduan baru dan mahasiswa tahun akhir, program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabaran dan laluan graduan, sektor perkhidmatan awam dan swasta, kaedah permohonan kerja, temuduga serta dana - dana kerajaan yang berpotensi untuk dipohon oleh mereka

12 - 14 Julai 2010
El - Azhar Camp Morib



Program ini pada mulanya menjangkakan penyertaan hampir 70 orang namun hanya 25 sahaja yang timbul - 16 dari mereka ialah mahasiswa dari UNISEL. Terimakasih kepada sahabat saya Shahrizat Said yang bertugas di UNISEL kerana telah membantu saya memperoleh pelajar  - pelajar ini. Selebihnya datang dari anak peserta FELCRA dan 2 orang lagi ialah peserta diluar kelompok ini. 
Fairus (duduk) dan Kamarul membantu melancarkan lagi perjalanan program


Dibantu oleh Pesot dah adiknya Fairus, kami ditemani oleh wakil FTC iaitu saudara Kamarul. Program bermula agak lewat kerana bilangan 25 ini hanya dicapai pada jam 5 petang. Ice breaking dilakukan pada petang hari pertama dan sesi bersambung pada malamnya dengan segmen Cabaran, Harapan dan Pasaran. Memandangkan lokasi ini merupakan kawasan Ziqzul Corporation, maka saya turut menjemput fasilitator dari ZiqZul untuk mengendalikan sesi Candle War Game pada jam 10.30 malam. 


"Di dera" oleh Sarjan Ismet Ulam Raja

Pada hari kedua, 2 penceramah yang merupakan rakan - rakan saya iaitu Afrizal Ramlan, bekas SUSK kepada Menteri Kerjaraya kini dan Shaiful Khalid - rakan di SMS Muar yang kini berada diposisi yang sangat selesa di Petronas Carigali. Kedua mereka berkongsikan pengalaman berharga mereka dan mereka merupakan contoh baik untuk diteladani kerana dengan usia yang masih muda, pencapaian mereka amatlah membanggakan.


Afrizal ketika mengendalikan sesi Sektor Perkhidmatan Awam

Sesi seterusnya sehingga hari terakhir dikendalikan oleh saya sendiri dengan bantuan Pesot dan Fairuz. Majlis penutup pula dirasmikan oleh wakil Felcra wilayah tengah.



16 - 18 Julai 2010
Puteri Resort Ayer Keroh Melaka


Sebahagian dari peserta lelaki ketika sesi Ice - Breaking

Selang sehari, program ini dilangsungkan di sebuah resort yang memiliki kolam renang terbesar di Melaka - Puteri Resort. Kali ini, peserta datangnya dari 2 institusi pengajian di Melaka - Politeknik Merlimau dan Kolej Universiti Islam Melaka. Jumlah peserta kali ini mencecah 117 orang. Saya pula kali ini dibantu oleh Pesot dan isteri, Fairus dan rakan mereka Hadi yang juga merupakan pembantu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Wakil dari FELCRA pula kali ini ialah En. Mustakim.


Sesi senaman pagi di depan kolam renang

Kali ini, cabaran saya ialah jumlah peserta yang besar tetapi ruang yang kecil dan agak sempit. Untuk kali pertamanya dalam tempoh beberapa tahun, saya tidak melakukan banyak aktiviti dalam sesi program - ruang yang sempit dan peserta yang ramai. Namun, saya bersyukur kerana peserta - peserta sangat fokus dan komited terhadap program ini.


Fadzli Kadir menyampaikan ceramahnya


Rakan penceramah lain juga dijemput bagi memantapkan pengisian kali ini. Untuk ceramah sektor awam, rakan baik saya Rizal Rosli hadir memberikan input. Sektor swasta   pula disampaikan oleh rakan yang banyak membantu menaikkan nama kumpulan muzik saya dahulu iaitu Fazli Ibrahim yang kini berkhidmat di Petronas. Saya turut mengundang rakan pemikir saya iaitu Fadzli Kadir untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran dan senario semasa dunia kerjaya. 


Tok Ijal ketika mengendalikan sesinya


Terimakasih pada Puan Suriani dan Puan Siti Marsitah kerana membantu mendapatkan peserta bagi program ini. 


Lebih gambar di facebook saya

2 comments:

DI BAWAH LEMBAYUNG ILAHI said...

Sen...Terima kasih di atas peluang yang sangat menarik ini!Sungguh aku berterima kasih!
Salam hormat buat semua warga kerabat LILCENT (Wafa,Pesort,Hadi,dan semua yang lain),dan tak lupa buat semua para peserta yang sangat tekun dan komited semasa program berlangsung.
Buat semua peserta,semoga anda akan mendapat pekerjaan yang diidamkan,Amin...

Mohsen Amdan said...

Tok Ijal..
Ini semua merupakan sumabnagn kita kepada generasi muda..moga mereka dapat membangunkan negara ni bersama - sama