Total Pageviews

Harga hartanah bakal melambung - bagaimana generasi akan datang?



Salam
Beberapa bulan terdahulu saya sering memikirkan perkara ini dan kerap juga saya berkongsi pandangan dengan teman - teman rapat iaitu isu berkaitan harga hartanah atau lebih khususnya rumah. Kebetulan pula baru - baru ini di Buletin Utama isu ini disebut dan beberapa hari sebelumnya di The Edge juga mengulas perkara yang hampir sama. 

Sebagaimana diketahui umum, Real Estates atau urusniaga hartanah ini merupakan salah satu dari 3 jenis 'Wealth Creation Methods' atau kaedah pembinaan kekayaan. Dan uniknya penanda aras bagi harga dan nilai hartanah ini banyak bersifat spekulatif; kiranya ada sekalipun kaedah pengiraan harganya sudah pasti orang umum tidak mengetahuinya.

Bayangkan keadaan ini, sebuah projek perumahan 2 tingkat 20 x 70 berharga RM300000 ketika ianya belum dilancarkan. Melonjak ke RM325000 ketika pelancaran dan RM349000 ketika hampir siap. Bolehkah anda menjual makanan sebegini? Sebelum buka kedai Nasi lemak berharga RM1.00. Apabila kunci kedai dibuka RM1.25 dan ketika nasi sedang dimasak RM1.49? Bagaimana kalau hidangan sudah siap?



Alasan yang selalu digunakan apabila ditanya - permintaan tinggi. Pastinya tinggi kerana ia bukan sahaja tempat berlindung tetapi sebagai SUMBER KEUNTUNGAN. Yang berduit terus berduit kerana mereka sahaja yang mampu membayar deposit. Selebihnya pembeli kedua atau ketiga yang tanggung. Hebat bukan kuasa PELABURAN?

Baik kembali kepada tajuk di atas... bayangkan nasib generasi akan datang. Sejarah menunjukkan kenaikan gaji di Malaysia ini tidaklah begitu tinggi. Maka dengan kenaikan harga rumah yang sebegini, bagaimana anak - anak kita akan membeli rumah? RM200000 adalah harga murah bagi sebuah apartment kini. Dengan gaji di atas RM3000 sebulan maka berpeluanglah seseorang memiliki rumah...ingat ya..berpeluang sahaja..belum tentu dapat. Lihat sekeliling kita, kerja yang bagaimana menghasilkan gaji RM3000? Maka apa penyelesaiannya?

Apa yang mampu kerajaan lakukan untuk menghalang atau membaiki keadaan ini? Menurunkan harga rumah? Bagaimana? Berapa peratus sahaja projek perumahan di negara ini yang dibiaya kerajaan? Sedangkan kakitangan DBKL yang layak menerima kuarters pun tidak menerima yang sepatutnya atas alasan harga rumah..maka bagaimana pula nasib kita yang tidak berkhidmat dengan kerajaan ini terbela?

Anda ada jawabnya? Sila kongsikan bersama

2 comments:

Unknown said...

Semua ini kerana "bubble asset". Mungkin suatu hari nanti bubble itu akan meletup. Tapi saya pernah bertanya pada seorang agen tentang hal ini. Selamba sahaja jawapannya, "Selagi orang ada duit, tidak mungkin bubble itu akan meletup".

Pendek kata, harapnya semua ini tidak akan menyebabkan berlakunya krisis kewangan seperti yang berlaku di US.

Mohsen Amdan said...

Anuar
Ya..istilah Bubble Assetdigunapakai dalam hal ini.
Namun bak kata teman mu itu.. selagi orang berduit..