Salam
26 - 28 Oktober 2010
Bandar Wawasan
Saya diamanahkan sekali lagi mengendalikan sesi untuk DBKL oleh HPI Consultants. Sesi kali ini dihadiri oleh 25 orang pegawai DBKL dan hampir kesemuanya terlibat dalam kerja - kerja pengendalian sesi latihan dan taklimat. Saya memang gemar bertemu kelompok sebegini. Maka walaupun tajuk kursus ini sama seperti yang lalu, pendekatan saya agak berbeza kali ni.
Simulasi Coaching, Mentoring dan Facilitating
Saya kurang memberi penumpuan kepada aspek yang tidak berkaitan kepada mereka - bajet, analisis TNA dan sebagainya. Sebaliknya tumpuan kepada penambah baikan kepada diri sendiri selaku Trainer DBKL.
Perbincangan kumpulan
Peserta diuji denagn pelbagai pendekatan - antaranya melepaskan mereka bertemu dengan orang awam dan menjelaskan kepada orang awam perkhidmatan yang ditawarkan oleh DBKL berdasarkan brosur dan pamplet yang disediakan. Dapat diperhatikan perbezaan mereka yang berpengalaman mendekati orang ramai dengan mereka yang kurang bergaul.
Kalau dah minat sepaktakraw tu..simulasi pun guna bola takraw juga
Dengan jumlah melebihi 12 ribu kakitangan, saya merasakan DBKL memerlukan mekanisme pengurusan latihan kakitang yang lebih baik. Sama ada dengan penggunaan sistem maklumat yang lebih baik sehinggalah kaedah Training Needs Analysis yang lebih berkesan.
Analisis masalah berkaitan sistem latihan DBKL
Tugas lapangan di sekitar Medan Tuanku
Mencari 'mangsa' di banguan SME Bank
Beri penerangan mengenai DBKL kepada pemandu teksi...Macam ni pun boleh ke?
Dan pastinya saya tidak akan melupakan program kali ni kerana pada hari kedua, sedang kami rancak menjalani program, latihan kebakaran diadakan. Maka terpaksa kami menangguhkan program kami dan berjemur di bawah sianr mentari sehingga sesi itu selesai. Sabar aje la..
Berkumpul ditempat selamat
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan mengawal keadaan
Wakil Bomba memberi taklimat keselamatan
No comments:
Post a Comment