Salam
Kali pertama saya mengendalikan sesi latihan di Perpustakaan Kuala Lumpur adalah kira - kira 3 atau 4 tahun lalu bersama pelajar Mahallah Hafsa UIAM. Saat itu saya terpinga - pinga kerana baru menyedari kewujudan perpustakaan yang terletak di belakang Dataran Merdeka. Kali ini melalui HPI Consultant saya diundang ke lokasi sama bagi mengendalikan program bertajuk di atas dengan pesertanya terdiri dari kakitangan DBKL. Seramai hampir 20 orang terlibat kali ini dengan penumpuan diberikan kepada pemahaman konsep pembelajaran sepanjang hayat , Analisis Keperluan latihan dan pembikinan modul latihan.
Sesi World Cafe
Antara lain yang disentuh ialah mengenai keperluan kepelbagaian bentuk pembangunan modal insan yang mana menjadi kelaziman bagi kebanyakan agensi kerajaan bergantung kepada PROGRAM dan KURSUS. Walhal pendekatan Coaching, Mentoring mahupun Facilitating boleh digunapakai dan mampu memjimatkan kos serta memberi kesan yang baik.
Simulasi "Knowledge Transfer Process"
Syukur yang amat sangat sesi ini berjalan lancar meskipun ada beberapa peserta yang terpaksa keluar masuk atas urusan yang tidak dapat dielakkan - masalah apabila lokasi kursus berdekatan dengan pejabat. Peserta juga teruja ingin mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dikeadaan yang sebenar! Semoga Berjaya
No comments:
Post a Comment